FOLLOWERS

Thursday, 16 July 2009

SU EXCO TERJUN / TERJATUH BANGUNAN ! ENTAH




Penghuni Gua : Baru tengahari tadi PG ada menulis dan memberi pandangan mengenai cara soal siasat SPRM. Apa kaitan PG tak tahu lah.


2. Ada 3 kemungkinan. Satu mungkin si mati tak tahan dengan soal siasat yang dijalankan. Keduanya mungkin maklumat yang diberikan kepada SPRM dan ini menyebabkan si mati serba salah untuk menghadap rakan dalam partinya. atau mendapat tekanan dari pemimpin partinya. Mungkin sahaja. Ini sahaja 3 kemungkinan.

3. Sekiranya dari segi soal siasat, pihak patologist akan dapat mengetahui nya setelah dibuat post mortem. Jika ada kesan-kesan lebam pada tubuh si mati maka siaplah kome semua. Jika tiada mungkin selamat.

4. Apa pun kita semua tunggu dahulu apa kata pakar patologist mengenai sebab kematian dan adakah kecederaan lain selain dari kecederaan terjatuh bangunan tersebut.

5. Sama-sama kita tunggu. Coretan sebelum ini mengenai SPRM ada kaitan. Jagalah SPRM dengan baik. Suruhanjaya ini membawa nama baik kerajaan dan kerajaan boleh tumbang kerananya jika perkara ini berterusan.

6. Semuga kejadian ini tiada kaitan dengan SPRM. Mudah-mudahan.
Nota : Soalsiasat sampai jam 3.45 pagi ni , apa cerita wahai SPRM. Tak tahu ke 6 petang waktu masuk lokap. 6 pagi keluar lokap.

Banyak tanda soal dan jawapan yang akan dituntut oleh berbagai pihak terhadap SPRM. SPRM juga diharap mengantung tugas pegawai berkenaan sementara siasatan berjalan. Mungkin akan ganggu siasatan . Atau tukarkan sementara pegawai terlibat. Boleh ke soal siasat ini wahai SUHAKAM..............cakaplah sikit.


Kalau SPRM tak habis-habis dengan kontrovesi ini,PG cadang satu aje, tukar aje bosnya. Semasa BPR dulu dah 2 kali BPR di terajui oleh pegawai kanan PDRM kerana kekecohan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai BPR sebelum itu. Aman . Jadi apa salah dibuat semula pertukaran begitu. Atau lantik sahaja tokoh luar seperti mana yang PM cakap nak buat pertukaran antara pegawai awam dan swasta / korporat. Boleh kot dibuat dalam kes SPRM ini. Biar aman sikit.

Kalau dibiar berlanjutan, boleh rosak nama dan integriti kerajaan . Buat letih PM sahaja.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR