FOLLOWERS

Tuesday, 20 October 2009

CUTI 16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA : TIDAK SETUJU !


PM DS Najib telah mengistiharkan bahawa 16 sep sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Malaysia. Bab ini PG tidak setuju. Cuti di Malaysia ini sudah terlalu banyak. Yang wajib sahaja sudah lebih 14 hari. Belum dikira dengan kerja 5 hari seminggu sahaja.

2. Setiap PM , PG lihat akan memberikan cuti apabila menjadi PM. Tidak cukup ke lagi dengan cuti yang ada dan cuti yang diambil sendiri?

3. Hari Malaysia : Tidak bolehkah diraikan tanpa cuti. Boleh . Malah lebih baik dirai tanpa cuti. Berbagai program boleh diatur untuk memperingati nya. Mengapa perlu cuti?

4. Sepatutnya kita bekerja lebih kuat . Bukan bercuti lebih banyak. Lagi banyak cuti lagilah banyak berpolitik. Masa kerja pun masing-masing memonteng dan berpolitik. Apa lagi masing-masing kakitangan awam 2 ke 3 jam hanya berada di kedai kopi. Pergilah mana-mana kedai kopi berhampiran jabatan kerajaan. Bersepah mereka asyik berbual berjam-jam tanpa faedah.

5. Datang ke pejabat memang jam 8. Punch card , kemudian terus ke kedai kopi atau kantin. Jam 10 keluar lagi. Paling tidak pun 1 jam. Tengahari keluar lagi. jam 3 keluar lagi. Silap gaya tak balik kepejabat. Terus aje ke rumah. Itu belum masuk ajakan teman dan kenalan untuk pergi makan. Berapa jam aje yang tinggal.

6. Tak ada signifikannya cuti dengan Hari Malaysia. Tanpa cuti pun hari malaysia boleh dirai dengan lebih bermakna. Kita jangan asyik memegang kata-kata mat saleh " work Smart ". Jepun mangamalkan " work hard " sebab itu mereka maju. " work smart " ini kebanyakkannya bohong sahaja. Pengamal work smart ini , pada pandangan PG hanya mereka yang pemalas dan hanya menjadi pacat dengan mengerah darah orang lain untuk kepentingan mereka sahaja.

7. PG juga berharap, PM atau PM-PM selepas ini janganlah lagi menjadikan cuti sebagai habuan mudah bagi tujuan-tujuan tertentu. Satu analogi mudah ! Berapa billion negara rugi dengan setiap hari cuti. Bukan tak boleh cuti. Tetapi cukuplah dengan cuti yang ada. Jangan dok tambah lagi.

!@#$%^&*()_+_)(*&^%$#@@#$%^&*()_+_)(*&^%$#@!@#$%^&*Pening.

10 comments:

  1. Teman sangat setuju dgn pendapat PG.
    Mmg cuti yang ada tu dah banyak ..tu tak kira yg dibawa kedepan lagi..siap boleh pergi melancong untuk habiskan cuti yg berbaki..

    ReplyDelete
  2. Bagi kebanyakan PR, setiap hari adalah cuti. Datang punch card, lepas tu duduk dikantin sampai waktu makan. Lepas tu tunggu nak balik je. So cuti sebenar tak penting.

    ReplyDelete
  3. Aku dah meluat dengan perangai org politik. Politik ambik hati. Walaupun cuti tu takde kena mengena dengan ISLAM sbg agama Rasmi, contoh, Thaipusam, Wesak.

    ReplyDelete
  4. pg,
    walaupun saya penduduk tetap Sarawak merasa gembira kerana walaupun agak lewat baru nak declare tapi saya setuju dengan saudara, nanti kita jadi macam India, ahli Parlimen mati pun cuti,keretapi berlanggar pun cuti..

    ReplyDelete
  5. hamba setuju sgt dengan pendapat Tuan Hamba

    ReplyDelete
  6. Betul sangat apa PG kata tu, sama dgn reaksi awal saya bila mendgr berita ini. Skrg ini pun pelabur luar dok kata negara kita ni byk sangat cuti umum. Tambah lagi satu, boleh lari mereka...

    ReplyDelete
  7. SLM BRO..MUNGKIN CUTI KALI NI BLH DIBERIKAN KERANA KITA MENYAMBUT KEMASUKKAN SABAH DAN SARAWAK SBG SEBAHAGIAN DARI PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA DISAMPING MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA RAKYAT.

    MENGENAI KAKITANGAN AWAM YANG SUKA CURI TULANG TU MMG LA TAK PATUT SGT!. SETELAH DI MANJAKAN DGN PELBAGAI KEMUDAHAN DAN INSENTIF, MEREKA NI MULA NAIK TOCANG. DI SEBABKAN SEBILANGAN PEKEJE YG TAK AMANAH DAN BERETIKA MAKA PEKERJA2 YANG BENAR2 JUJUR AKAN TURUT TERPALIT SAMA. KETUA2 JABATAN HARUS DIBERIKAN PERINGATAN AGAR ANAK2 BUAH LEBIH MENGUTAMAKAN AMANAH YG DIBERIKAN SELAKU PENJAWAT AWAM!. KLU PERANGAI MASIH TAK BOLEH DI UBAH, BUANG SAJE!

    ReplyDelete
  8. Salam tuan,

    Sebagai anak jati Sarawak, sayapun agak bingung dengan keputusan kerajaan ini. Cuti telah terlalu banyak dan bagi saya tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi negara kita.

    Rakyat Malaysia harus kerap bekerja. Banyak sangat masa yang terbuang begitu saja. Malaysia adalah bagi saya negara yang paling banyak hari cutinya.

    Hari Malaysia kalau nak sambut juga tidak salah untuk dirayakan pada hari bekerja. Contoh orang sambut harijadi masing-masing..balik dari kerja pun boleh sambut.

    Bagi saya juga, tidak salah menyambut sesuatu hari kebesaran itu tapi jangan sampai kita melepaskan waktu-waktu atau masa-masa yang sangat bernilai hanya kerana untuk sesuatu perkara itu... kan masa itu emas.

    Sebagai anak Sarawak, saya tidak nampak selama ini kerajaan pusat meminggirkan Sarawak ataupun Sabah...peruntukkan selalu juga diberi, kekadang samarata dan adakalanya lebih dari Semenanjung. Jadi jika hanya disebabkan tiada perayaan Hari Malaysia itu Sarawak dan Sabah telah dikatakan seperti dipinggirkan..saya tidak setuju, sebab bagi saya bukan itu ukurannya.

    Hari Malaysia tidak salah disambut, tapi janganlah sampai memakan masa sehingga sehari suntuk...cukup sekadar 2 atau 3 jam begitu...semua orang boleh meluang masa selama itu. Contohnya jika diadakan konsert Jom Heboh,Konsert Beyonce ataupun MLRTR ke atau juga perlawanan bolasepak..semua orang boleh pergi.

    Bagi sayalah tuan, jika untuk menyemaikan perasaan cintakan negara kepada generasi muda-muda sekarang ini...kerajaan buat apa-apapun juga jika mereka gagal untuk memahami sesuatu itu tidak guna juga. Apa yang penting ialah kecintaan terhadap negara mana boleh dipaksa-paksa tetapi ianya tumbuh dengan sendiri dari dalam sanubari masing-masing..

    ReplyDelete
  9. PADA PG PUN BUKAN BERMAKSUD NAK MENGHINA DAN TIDAK MENGANGGAP PENTING SABAH DAN SERAWAK TETAPI DAH TERLALU BANYAK CUTI. NAK MERAYAKAN SESUATU MEMANG TAK PERLU CUTI. BAB CUTI JUGA : LIHAT AJELAH SEMBAHYANG JUMAAT. kALAU NEGERI YANG CUTINYA HARI JUMAAT PG PERHATIKAN TAK LE SERAMAI MANA YANG HADIR SEMBAHYANG JUMAAT BERBANDING DENGAN NEGERI YANG BEKERJA HARI JUMAAT. LAGI MERIAH JUMAATNYA APABILA JUMAAT PADA HARI KERJA. MAKSUDNYA ADALAH LEBIH BANYAK KEBAIKAN KALAU HARI MALAYSIA ITU DISAMBUT PADA HARI KERJA. DI NS BULAN INI CUTI LAGI. MACAM-MCAM CUTI. KADANGKALA DI NEGERI-NEGERI KERANA SATU-SATU NEGERI MENAG ATAU JADI JUARA PIALA MALAYSIA PUN ( STANDARD TAK LE SETARA MANA PUN MAINNYA ) PUN BOLEH MENTERI BESARNYA ISTIHARKAN CUTI UMUM. SAKIT HATI KITA DIBUATNYA. BILA CUTI TAHU AJE LE, KALAU TAK MEMBUTA PUN, ANAK-ANAK MUDA PUN BERPELESIRAN LE DI KOMPLEK BELI BELAH ATAU KE PUB. ITU AJE LE. SAYA SETUJU SEPENUHNYA DENGAN PANDANGAN HILBERT. TQ

    ReplyDelete
  10. alamak bro....u sound smcm ja ngn gov staf,pandangan u xslah tp xsmuanya btul...aku keje dlm sektor awam n dil ngn org awam ni tnggungjwp tinggi bro...u tgk klu banjir@bancana alam sapa la y dok sbut turun pdang tuk jg keamanan awam?org keje kilang@keje sndri ka?aku rsa x kot...kami y 'KAKI PONTENG' ni gk la y brsengkang mata kdang2 2 da y mati smata2 nk slamatkan org lain...aku bkan merungut bro cz 2 mmg dh tnggungjwp kami tp jgn la smpai pandang hina kami y gov staf ni...dh la gov staf rmai org melayu bro...dipndang hina oleh bngsa sndri..pa la nsib kami ni...k bro klu persepsi u negatif ngn gov stf ni aku xbleh alang...da btul n da y slah...skurangny klu da org keje time cuti OT pn dpt kn.....stau aku MELAYU la y ramai keje kilangkn jd bleh gk la dpt duit lbih bla keje time cuti...stiap bnda 2 sure da y positif n negatif...cmna bangsa nk maju bla MELAYU still byk pk y negatif...k bro aku blah dlu...salam...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR