FOLLOWERS

Saturday, 24 October 2009

PANDANGAN CETEK BERSIH !


Malaysiakini

Bersih: Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil
Okt 24, 09 3:16pm




Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS."Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen."Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan.

Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.


Penghuni Gua : Betapa ceteknya pandangan BERSIH ini. Keputusan mahkamah pun masih dipolitikkan.

2. Dalam hal ini kesemua YB MP dan ADUN terlibat adalah dengan rela hati dan sukarela dan tahu bahawa menjadi satu kesalahan meyertai perhimpunan haram tersebut. Mengapa masih mempersoalkan ini hukuman kepada Tian Chua dianggap gelombang kedua yang akan melanda dan menimpa MP-MP PR yang lain. Kalau mahkamah mendapati mereka bersalah maka mereka kena tanggung akibatnya. Jangan cuba hendak mempersalahkan undang-undang, sistem yang ada dan orang lain.

4. Jika BERSIH dan PR menganggap perhimpunan haram ini sesuatu yang sah, mengapa perhimpunan yang di buat oleh Dr Khir Toyo dan pemuda UMNO di hadapan rumah karpal singh tahun lalu di Jelutong dikecam oleh karpal dan juga PR serta BERSIH juga?

5. Dr Khir juga akan menghadapi tuduhan yang sama kerana perhimpunan haram tersebut. Masanya sahaja berbeza.. Tunggulah.

6. Adakah semua MP-MP PR ini mempunyai kuasa istimewa dan kebal dari sudut undang-undang? Ini baru memerintah 4 negeri : Sudah besar kepalanya bukan main. Jika memerintah Malaysia , semua YAA Hakim mungkin akan dibuang kerja atau di ISAkan sekiranya keputusan tidak meyebelahi mereka. Melihat dari keadaan sekarang begitulah keadaan yang akan terjadi.

7. Kalau mereka memerintah, semua kesalahan yang dilakukan oleh MP-MP ini akan di diamkan atau tiada tindakan lanjut diambil. Mereka ini , PG percaya tidak segan silu mencampuri tugas penyiasatan polis dan juga mengganggu tugas Peguam negara .

8. Contohnya sudah jelas. Dalam kes liwat terdahulu pun, kita lihat bagaimana DSAI mengarahkan pengarah Cawangan Khas membuat lapuran yang menyebelahi DSAI. Juga mengarahkan Ummio Hafilda di tangkap.

9. Jadi dalam hal di atas, mereka semuanya memandang tindakan polis dan hukuman yang dijatuhkan oleh YAA Hakim dari sudut politik dan di arahkan oleh tangan-tangan politik ( maksudnya kerajaan/ BN ). Sebabnya , BOS besar mereka iaitu DSAI pernah melakukan dan terus mencuba melakukannya.

10. Kepada BERSIH: sudahlah. Tak bersih pun anda. Lapuran dan pandangan anda pun berpihak. Diam aje lah. Berani buat berani lah tanggung akibatnya. Pelacur pun lebih baik dari anda semua di mana mereka mengakui tentang kesalahan lacuran mereka dan mereka bersedia menanggung akbibat perbuatan salahnya. Pelacur tidak pernah menuding jari ke arah orang lain di atas kesalahan mereka.

11. BERSIH dan MP-MP seperti di atas lebih teruk dari itu. Undang-undang adalah di kepala lutut mereka. Itulah standard mereka ini. Jadi jangan cakaplah lagi mengenai keadilan. Meluat.

5 comments:

  1. politik...politik....hmm...

    ReplyDelete
  2. Ini adalah provokasi lapuk mereka. Matlamat menghalalkan cara. Semuanya adalah konspirasi jika tidak berpihak kepada mereka.....Rakyat perlu berhati-hati kerana mereka akan menggunakan undang-undang rimba apabila mereka memerintah.....

    ReplyDelete
  3. biasalah..kan MP & ADUN PKR tu maksum & ahli syurga..

    ReplyDelete
  4. Dah jelas memihak mana bersih lagi. Memihaklah namanya. Walau apa pun bersihkanlah badan anda itu dari penghinaan terhadap keputusan mahkamah dan unsur unsur berbau subversif.

    ReplyDelete
  5. Bersih= memperjuangkan keadilan terpilih

    ReplyDelete

PETA PELAYAR