FOLLOWERS

Thursday, 22 October 2009

INKUES TEOH : PANDAI NYA DSAI KOMEN !




Sementara itu, mengulas kenyataan Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang mengatakan bekas Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, mungkin dicekik sebelum jatuh, Anwar menegaskan kenyataan itu berdasarkan fakta dan bukan isu politik.

Katanya, kenyataan tersebut tidak boleh diperlekehkan kerana beliau adalah pakar forensik terkemuka di Asia dan kenyataan tersebut berdasarkan kajian yang mendalam mengenai kes kematian tersebut.

“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang wajar dan adil berkenaan inkues kematian ini. Saya juga berasa dukacita kepada keluarga mendiang kerana isu ini terus membelenggu mereka,” katanya. Semalam, Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Beng Hock dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sedapnya DSAI cakap dan komen. Pandai pula dia komen kalau kes orang.

2. DSAI katakan bahawa keterangan Dr Pornthip dari Thailand berdasarkan fakta, dan bukan isu politik , tidak boleh diperlekeh keran ia keterangan pakar, kajian mendalam.

3. Begini ajelah DSAI. Sepatutnya komen anda dalam isu inkues/ keterangan pakar Forensik Dr Pornthip ini di tujukan juga kepada kes liwat anda. Termasuk kes terdahulu dan juga kes liwat sekarang.

4. Kes dulu, Pakar / Ahli kimia sahkan air mani di tilam Tivoli Villa adalah DNA anda dan Shamsidar ( isteri Azmin Ali ). Air mani tersebut adalah air mani persetubuhan untuk keduanya.

5, Kes liwat sekarang pun lebih kurang samalah. Kalau tidak kerana DNA positif, pasti Peguam Negara tidak akan menuduh anda di Mahkamah dalam kes meliwat Saiful.

6. Ini juga fakta, keterangan pakar tidak boleh diperlekeh, ia juga setelah pakar menjalankan kajian mendalam dan is bukan isu politik. DNA ini keberangkalian / kemungkinan seseorang itu sama DNAnya dengan seorang yang lain adalah 60 billion bagi lelaki. 70 billion kepada wanita.

7. Setakat ini hanya ada satu kes persamaan DNA iaitu dalam satu kes pembunuhan di Mexico ( 2006 ) di mana tertuduh mempunyai persamaan DNA dengan kembarnya. Itu sahaja satu kes. Itu pun kes yang amat istimewa . Kembar-kembar lain pun tak ada persamaan DNA . Kecuali kes ini sahaja. Ia unik menurut ahli sains.DSAI ada kembar ke? DNA dalam kes terdahulu di mahkamah dan pakar forensik sahkan anda bersetubuh / berzina, bukan hal politik. Ini sains. Ia adalah keterangan pakar.

8. Kalau cap jari , keberangkalian cap jari seseorang mungkin sama dengan seseorang yang lain ialah 6 juta bagi lelaki dan 7 juta jika perempuan. Itu pun sehingga kini ( setelah hampir 100 tahun cap jari diperkenalkan ) tidak ada satu kes pun cap jari seseorang itu ditemui sama dengan seseorang yang lain di seluroh dunia.

9. Jadi kepada DSAI, komen anda terhadap keterangan Dr Pornthip itu lebih baik ditujukan kepada diri anda sendiri. Dan amalkannya. Mengapa dalam kes anda, lain pula prinsip yang anda pakai? Lidah ANDA bercabang ke?

10. Itupun : pendokong dan penyokongnnya masih buta mata dan mata hati untuk melihatnya. DNA ini adalah asas kejadian manusia. Inilah satu keagungan yang Allah ciptakan untuk manusia memikirkannya.

11. DSAI : Anda bagaimana?

1 comment:

  1. Salam Tuan,

    benarlah kata peribahasa Melayu, kuman diseberang lautan Anwar nampak...tetapi gajah didepan mata dia sendiri malangnya dia tak nampak...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR