FOLLOWERS

Saturday, 26 June 2010

MAKANAN LAUT DI PERKAMPUNGAN PORTUGIS MELAKA !!! JOM DATANG !!!!



PG dan keluarga bersama ibu mertua pada malam ini jam 8 malam telah keluar makan di perkampungan Portugis di Ujung Pasir , Bandar Hilir Melaka. Kebetulan pada malam ini di dapati perkampungan tersebut begitu meriah dengan Pesta San Pedro yang bermula dari 23 jun dan akan berakhir pada 29 jun.

2. Berbagai gerai dan persembahan diadakan di perkampungan tersebut dan pengunjungnya begitu ramai. PG dan keluarga telah menjamu selera di Restoran De Costa ( gerai no. 8 ). Inilah gerai paling enak makanan lautnya. Samada masak lala bersambal, ketam masak lada hitam atau dengan butter dan ikan jenahak masa stim halia. Berpeluh jugalah dibuatnya. harganya tak mahal untuk makan 6 orang. tetapi bengkok juga lah RM 176.20.

3. Sesiapa yang melintasi ke Melaka, PG cadangkan singgahlah makan di perkampungan Portugis ini terutama di Restoran De Costa ini. Tak rugi. Amat enak masakannya. Cuma gerai ini dibuka dari jam 6 petang hingga 12 malam sahaja. Gerai ini PG dah mula makan pada tahun 1986 lagi sehinggalah sekarang.

4. Di perkampungan ini juga , bagus untuk riadah bersama keluarga kerana ada kawasan rekreasi yang mana keluarga dan anak-anak boleh bermain dan makan-makan dengan dihembusi angin Selat Melaka. Kawasan riadah / benteng / jeti , amat indah pemandangannya. anda akan nampak kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka semasa menjamu selera. Kedudukan dan keindahan Pulau Besar pun nampak di kejauhan.

5. Jemput datang ke Melaka untuk menjamu selera di sini. Anda takkan rugi kerananya. Kampung ini telah diistiharkan sebagai " Malacca world heritage city ".

15 comments:

  1. ALOO BEWAK YANG DOK DALAM GUA........

    MAKANAN LOT TU SAPA YANG MASAK.....ORANG PAIH KA, ATAU BETINA PUAK2 BEWAK?...KALU PUAK BEWAK, TOSAH HANG DOK PROMOTE MENDE HARAM LA.....KALU BETINA BEWAK, MASAK PON TAK IKUT SYARIAH....BASUH JUBUQ TAK CUCI LEPAIH TU JAMAH
    MAKANAN UNTUK KITA......WEEEEEEEEEEEEEKKKK KOTOQ.

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak

    ReplyDelete
  2. subhan Allah, PG,

    pilih2lah sikit tentang makan-minum. adalah sikit syak wasangka tentang halal-haram, suci, muhaladzah, mustakmal, atau bersih-kotor benda2 apa yg mau dimakan; tempatnya, penyedianya, perkakasnya. jangan pakai balon aje... macam tak berhukum pula... kat umbai, kat serkam, kat pernu, restoran seafood muslim kan banyak tuh...

    pemakanan ni ada kesannya kpd kalbu - kaku atau lunaknya qalbu [khasnya trhadap pgangan kpd agama].

    dah tu..awak ajak orang lain pula. tak snonoh.!

    ReplyDelete
  3. anoy dan lord reid
    anda ini katak bawah tempurong. aku dah makan di sana pun. Imam masjid besar melaka pun ke sana. ada sijil halal. jauh lebih baik kebersihannya dari kedai islam. aku dah kesanan. juga , apa perkara yang tak dipegang oleh orang bukan islam. syak wasangka pekerjaan syaitan. seluar dalam anda pun dibuat oleh kafir. sabun basuh berak anda pun dibuat oleh kafir. itu lah, inilah jadinya kalau fikiran tertutup. berAS YANG KAU MAKAN TU PUN DI PROSES DAN DIJUAL OLEH KAFIR. TANGAN TAK BASUH BERAK JUGA YANG PEGANG. DUIT PADA KAU TU PUN , DAH BERAPA TANGAN KAFIR TAK BASUH BERAK YANG PEGANG. SYAK ITU SYAITAN. BUKA LAH MINTA ANDA LORD REID DAN ANOY.

    ReplyDelete
  4. BODOH DAN OTAK BERKARATNYA KAU LORD REID.

    SEAFOOD. SEAFOOD. FAHAM KA? AKU SETUJU DENGAN ANOY 0821.

    ReplyDelete
  5. anon 27 jun 2010 08:21 & 08:28,

    itulah kamu, dah trlalu lama trperap dlm parti gua biawak, tak tau nak bezakan antara hukum makan-minum, hukum brpakaian & hukum cari rezeki.

    bagi kamu smuanya main pukul borong. tak tau perincian hukum lslam. perbuatan imam besar masjid melaka bukan sumber dan dalil bagi hukum syara'... dia maksum ke?

    ReplyDelete
  6. bila pulak lord ried nak bukak kedai makan, buleh kita pi ramai2... tapi jgn lupa basuh jubuk dulu sblum hidang... kahkahkah

    ReplyDelete
  7. WAH, SERONOK PERGI BERCUTI PG !...TAPI DALAM2 BYK TEMPAT MAKAN, KENAPA PERGI MAKAN KEDAI BUKAN ISAM, ADA PAPAN TANDA ARAK LAGI TU...PG YAMSENG SEKALI KA?

    AGAKNYA MELAKA NI TAK DE KEDAI MAKAN MELAYU KOT...?APA BARANG MAKAN KEDAI MELAYU..! TAK GITU PG...YAMSENG PG...YAMSENG..

    ReplyDelete
  8. TU LAH BUKTINYA, ORG UMNO NI MANA PEDULI DAN SENSITIF PASAL NAK MENTERDARAH, HALAL KA, HARAM KA MANA NAK TENGOK KELILING...PULUN HABIS BILA PERUT DAH KEBULUR...NI NAK PUBLISITI MINUMAN HARAM KA PG?

    KALAU NAK BERGAMBAR PUN CARILAH TPT LAIN...NI BERBANGGA GAMBARNYA DITAJA OLEH GUINNES STOUT DAN CARLSBERG!!!

    UMNO OH UMNO...MANA ADA TARBIAH AGAMA!!!

    ReplyDelete
  9. apalah semua nie..banyak cakap pula..tapi buat buatnya semua sama saja yang bagi komen-komen..tahu cakap saja boleh lah..mana lah tahu orang-orang yang komen tu lagi pergi kelab malam,main nombor ekor..pandai pulak berbahas sana sini tapi amal yang wajib agak-agaknya sekali sekala je buat..betul tak?fikir lah sendiri..

    ReplyDelete
  10. BUDAK KAMPUNG. TAK PERNAH KENAL DUNIA. BAJU KAU SEMUA PUN CINA DAN KAPIAK YANG BUAT LORD REID. TIGER. BIASALAH. IKLAN. BUKAN DIA JUAL PUN.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...
    Di kala daku menaip keyword 'angin selat melaka', daku terjumpa blogmu ini...Hmmm, mencadangkan aku beriadah makan angin dan open minda. Yes! Daku setuju. Tapi, di kala ketika ini, daku terikat dengan kontrak pekerjaan. So, daku akan pegang amanah dan menjadi seorang pekerja yg berdisplin. Membaca posting dan komen di sini, bagi daku; itu semua tk perlu. Pertengkaran itu tidak membawa apa2 hasil sebab ia adalah mainan syaitan. Syaitan suka kepada perkara yg boleh merugikan manusia...Itulah permainannya yang ramai manusia akan terjerat dalam...Namun daku di sini adalah utk menjemput sesiapa yg setelah makan seafood atau apa jua makanan terasa gatal2, tk selesa dan bersin dgn teruk, luangkan masa di web page ini:

    Hilangkan gatal-gatal hidung, muka dan sakit alahan

    Di situ akan diberi penerangan terperinci serta cara bagaimana nak atasinya. So lepas ni, bolehlah makan apa jua makanan dengan selesa. Tk payah susah payah berpantang (kecuali sakit dan pantang atas arahan doktor...) Trimas!

    ReplyDelete
  12. aduhhhh...tiba2 d balun dengan umno semua???hahahaha...adik2 sekalian...tak guna nak mencaci mencarut dlm ni...dah kalau adik2 tau mkn benda haram tak elok...haram...di larang agama...abis tu mencarut2 dan bersangka buruk di tuntut ke dalam islam???adik dah pegi ke tempat yang admin ni pegi???kalau belum...dari terus menabur dosa dalam diri...baik adik diam...dan selidik dahulu sebelum berkata-kata...adakah bila ambil gambar berlatarbelakangkan beer...admin minum beer???adakah dia juga mempromosikan beer itu???buka minda...bersihkan hati...tak guna nak memperbetulkan org lain...kalau hati adik masih kotor dengan sifat terkutuk adik...pesan abg...berfikir sebelum melafazkan kata2...ni dgn umno pon di sebut???adik jgn terlalu obses dgn politik sampai semua perkara perlu d campur aduk dgn politik,dik...guna akal...guna ilmu...baru mula bercakap...

    ReplyDelete
  13. Baru tau ada sijil halal. Tentu akan gi cuba makan sana. Selamanya kalau gi Kampung Portugis minum air aje

    ReplyDelete
  14. Aku prnh mkn kt de costa ni..ikut kwn n dia prnh mkn sini..cuma ada was-was in term of halal..sbb tgk keliling mostly yg dtg rmi chinese n tkg msk pn org portugis kot..x igt nm dia tp bkn islam..tp kwn dh order, mkn jek la..mknnya mmg sgt sedap..cuma tgh2 mkn leh tgk anjing2 banyak area mkn ni..dr segi penyediaan mknn tu, allahualam la..hopefully secara bersih n halal la..nk g lagi?? Maybe x..wlupn mknn dia awesome

    ReplyDelete

PETA PELAYAR