FOLLOWERS

Monday, 21 June 2010

MANSUH UPSR, PMR : BERUBAH MENTERI BERUBAH DASAR !





MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG memang setuju dengan pandangan TPM di atas. Baik juga dibuat peperiksaan hanya pada tahap SPM sahaja. Ada masa panjang untuk membentuk sahsiah dan kebolehan seseorang murid. Bukan hanya beroreintasikan peperiksaan sahaja.

2. Walau bagaimana pun, PG tak setuju jika setiap kali bertukar Menteri Pelajaran , maka dasar pelajaran negara berubah. Murid-murid hanya / dan dilihat seperti dijadikan bahan uji kaji bagi beberapa pendidik / pegawai pendidikan untuk mempraktikkan teori mereka atau kepercayaan mereka.

3. Yang jadi mangsa ialah anak-anak kami dan kami . Anak-anak kami itulah sahaja aset yang ada pada kami semua. Jadi jangan anak-anak kami dijadikan bahan uji kaji setiap kali Menteri bertukar. Pegawai-pegawai pendidikan yang bijak pandai dan beratus-ratus dari mereka memiliki Phd di kementerian berkenaan haruslah melihat ini dalam perpektif yang lebih luas. Dasar pendidikan ini bukan begitu senang nak diubah / atau boleh berubah jika Menterinya berubah. Satu-satu dasar itu terutamannya pendidikan , sekurangnya memerlukan 20 ke 25 tahun untuk kita melihat hasilnya!!!

4. Jadi kearah tuju mana murid-murid yang terdidik di bawah UPSR dan PMR ini akan di bawa?

5. Fikirkanlah ! Terutama pegawai pendidikan di Kementerian. Beri nasihat yang baik dan holostik kepada Menteri. satu-satu dasar dan perancangan jangan lah diubah begitu kerap. Pendidikan adalah aset bagi masa depan negara! Fikirkan.

8 comments:

  1. HARI INI BERUBAH MENTERI, DASAR PUN BERUBAH, ESOK BERUBAH MENTERI DASAR LAMA PUN BERUBAH PULAK...MACAM ITU JER LAH KERJA DIA...ASYIK2 BERUBAH2 TAK HENTI2...PENCAPAIAN MASIH DITAKUK LAMA GAK...YG PENING KEPALA MAK BAPAK MELAYAN KARENAH PAK2 MENTERI, YG RUGI ANAK2 KITA SENDIRI!!

    TAK TAHULAH APA YG NAK DIUBAH!!!

    DULU MALAYSIA BOLEH, LEPAS TU ISLAM HADHARI, TAPI KINI ONE MALAYSIA...KAN BERUBAH2 TU IKUT SELERA MASING2...

    DULU PTS, SEKOLAH KLUSTER, BELUMPUN HILANG HANGATNYA DIGANTI PULAK SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBP)...
    TERKULAT2 KITA DIBUATNYA....MEMANG BENAR DUNIA BERUBAH TAPI TAK KAN LAH BOLEH BERUBAH2 DLM SEKELIP DLM JANGKA MASA SETAHUN DUA.YG JADI MANGSA ADALAH KITA SENDIRI.. INIKAN DASAR...!!! INI NAMANYA BILA TERLALU POLITIK SGT..SEGALANYA DEMI KEUNTUNGAN POLITIK...

    ReplyDelete
  2. Saya sependapat dengan Tuan PG dalam isu ini...

    ReplyDelete
  3. menteri pelajaran dah berapa kali tukar dan setiap kali bertukar masalah beg yang berat dengan buku teks sudah dibangkitkan tapi tak kemana. Sepatutnya isu ini lah harus diambil perhatian oleh pihak menteri bukan dasar yang asyik nak diubah. Kesian saya tengok anak-anak yang mengalas beg yang berat setiap hari pergi dan balik sekolah.

    ReplyDelete
  4. pak arif

    suka betul dorang ni flip flop ya ? kesian anak2

    ReplyDelete
  5. anak2 kita hanya menjadi eksperimen demi kepuasan nafsu golongan ini saja...macam2 dah diubah sesuka hati...habuk pun tarak...


    mungkinkah kelemahan pemimpin itu sendiri yg ego mengakui kelemahan masing2.....

    ReplyDelete
  6. Ni yang patut sangat diubah:

    1 Ubah balik kuota biasiswa JPA kembali kpd yg asal.

    2 Ubah semula kuota kemsukan ke uni. kembali kpd yg asal

    3 Ubah dasar pendidikan negara sesuai dgn khendak memantapkan pemikiran, jiwa & pandangan hidup lslam di kalangan anak2 orang lslam.

    4 Ubah sekolah agama rakyat mnjadi sekolah bantuan penuh kerajaan tanpa merosakkan kurikulumnya yg sedia ada, bahkabn menambahkan kekuatannya kerana di sanalah tersimpan potensi generasi umat lslam masa depan.

    5 Ubah sekolah elit yg mmberi keistimewaan kpd kelompok elit itu kpd sekolah biasa yg tidak mmlilih bulu [program Permata msalnya]

    ReplyDelete
  7. Semasa anak saya darjah 6 dulu, seorang cikgu ade kata ada murid darjah 6 yg tak tahu membaca !!!

    Jika dihapuskan UPSR, bagaimana kita nak saring pelajar lemah ?

    Bagaimana kita nak tentukan yg masuk SBP & MRSM ?
    Atau pun nak dihapuskan saja SBP & MRSM supaya 'adil' utk semua (baca DAP) ?

    ReplyDelete
  8. Takde periksa, budak-budak takdelah nak belajar. Pada saya, penekanan disekolah rendah adalah meningkat budaya suka membaca dan mencerita. Kalau sudah takpandai mencerita, tak faham lah tu.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR