FOLLOWERS

Monday 7 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES 2 PAMPASAN KEMALANGAN !


[1995] 2 MLJ 571
Tai Siat Fah & Ors v Lawful Personal Representative of Badrul Hisham bin Hashim
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–24 OF
1993

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 20 FEBRUARY 1995

Citation [1995] 2 MLJ 571


Catchwords:

Civil Law Act — Damages — Fatal accident — Dependant compensated under Workmen’s Compensation Act 1952 — Whether could still make dependency claim under Civil Law Act 1956 — Civil Law Act 1956 ss 7 & 7(3A) — Workmen’s Compensation Act 1952 s 20(a)

Statutory Interpretation — Construction of statutes — Statutory language clear and unequivocal — Plain meaning of provisions must be given effect to — Civil Law Act 1956 ss 7 & 7(3A) — Workmen’s Compensation Act 1952 s 20(a)

Bahasa Malaysia Summary:

Seorang balu, yang suaminya telah meninggal dunia di dalam suatu kemalangan jalan raya yang membawa padah (‘perayu’), telah memfailkan suatu tuntutan kehilangan tanggungan di mahkamah sesyen di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘AUS’), untuk kehilangan mata pencarian serta ganti rugi akibat kematian suaminya, di bawah s 7(3A). Suatu bantahan permulaan telah dibangkitkan oleh penanggung insurans motokar defendan yang telah meninggal dunia (‘syarikat itu’) bahawa menurut s 20(a) Akta Pampasan Pekerja 1952 (‘APP’), perayu tidak boleh membuat tuntutan terhadapnya, selepas beliau telah menerima pampasan di bawah APP. Lagipun, adalah dihujahkan bahawa kedua-dua tindakan di bawah AUS dan APP adalah berkenaan dengan perkara yang sama. Mahkamah sesyen memberikan keputusan yang memihak kepada syarikat itu. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Dalam pentafsiran peruntukan APP dan AUS yang berkenaan, mahkamah terpaksa menguatkuasakan dan mematuhi makna peruntukan tersebut, tidak kira betapa teruk akibatnya, kerana bahasa statutori yang digunakan di dalam peruntukan tersebut adalah jelas dan tidak taksa.

(2) Dengan menggunakan rukun pentafsiran ini, adalah jelas bahawa s 20(a) APP tidak mengandungi sekatan injunktif yang tetap, yang menghalang perayu daripada menuntut di bawah AUS, selepas beliau menerima pampasan di bawah APP. Ini adalah tidak serupa dengan sekatan yang terkandung di dalam ss 31 dan 42 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

(3) Seksyen 7(3)(i)(d) APP menyatakan dengan bahasanya yang jelas bahawa sebarang jumlah yang telah dibayar di bawah apa-apa undang-undang bertulis berkenaan dengan sebarang pampasan tidak diambil kira dalam pentaksiran ganti rugi. Dengan demikian, adalah jelas bahawa pampasan yang dibayar kepada perayu di bawah APP tidak akan menghalang suatu tuntutan kehilangan tanggungan di bawah s 7 AUS, mengenai kehilangan mata pencarian dan ganti rugi untuk kematian suaminya di bawah s 7(3A) AUS, dan pampasan tersebut juga tidak boleh ditolak.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR