FOLLOWERS

Friday 25 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN GERAN TANAH YANG DIPINJAM / DICAGAR !


[1993] 3 MLJ 476
Nallammal & Anor v Karuppanan & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL SUIT NO F449 OF 1985

Judges LIM BENG CHOON J

Date 6 AUGUST 1993
Citation [1993] 3 MLJ 476


Catchwords:

Land Law — Lien-holder’s caveat — Title obtained by fraud or misrepresentation — Whether first defendant could use document obtained by fraud or misrepresentation to enable creditor to lodge lien-holder’s caveat

Contract — Non est factum — Thumb-print obtained by fraud or misrepresentation
Land Law — Lien-holder’s caveat — Title obtained by fraud or misrepresentation — Validity of lien-holder’s caveat — Caveator not party to fraud or misrepresentation — Whether caveator could enforce security

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif pertama, yang merupakan tuan punya berdaftar sebidang tanah (‘tanah itu’), telah meminjam suratikatan hakmilik tanah itu kepada defendan pertama dengan kepercayaan bahawa beliau memerlukannya untuk membiayai kerja-kerja kontrak dan atas syarat bahawa suratikatan hakmilik itu dipulangkan kepada plaintif dalam tempoh satu atau dua bulan. Defendan pertama kemudiannya telah membawa satu dokumen (‘D6’) untuk dicap jari oleh plaintif pertama. Defendan pertama telah menggunakan suratikatan hakmilik itu sebagai cagaran untuk suatu pinjaman daripada defendan kedua dan defendan kedua telah memasukkan suatu kaveat pemegang lien ke atas tanah itu.

Plaintif telah membawa tindakan untuk:

(a) satu deklarasi bahawa semua dokumen yang telah ditandatangani atau diletakkan cap jari oleh plaintif pertama adalah batal dan tidak sah;

(b) bahawa semua catatan berkaitan dengan kaveat pemegang lien yang dimasukkan oleh defendan kedua disingkir dan dikeluarkan dari rekod;

(c) kaveat pemegang lien itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah;

(d) tanah itu dilepaskan oleh defendan kedua. Plaintif menegaskan bahawa defendan pertama telah gagal mendedahkan tujuan sebenar untuk meminjam suratikatan hakmilik tersebut dan beliau telah memperolehi cap jari plaintif pertama dengan melakukan fraud, atau sebagai alternatif, bahawa defendan pertama telah memperolehi suratikatan hakmilik itu melalui salah nyata.

Dalam pembelaannya, defendan pertama menegaskan bahawa beliau telahpun memberitahu plaintif bahawa beliau memerlukan suratikatan tersebut sebagai cagaran untuk satu pinjaman daripada sebuah bank. Sementera itu, defendan kedua menegaskan bahawa tidak ada fraud yang dilakukan oleh sesiapa dalam kes ini dan walaupun ada, ia telah dilakukan oleh defendan pertama.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Defendan pertama tidak memberitahu plaintif bahawa beliau ingin menggunakan suratikatan hakmilik tanah itu sebagai cagaran untuk pinjaman daripada defendan kedua. Defendan pertama telah melakukan fraud ke atas plaintif untuk mendapatkan suratikatan hakmilik tanah itu dan melalui perbuatannya yang sengaja hendak memperdayakan plaintif, plaintif pertama telah kehilangan keempunyaan dan milikan tanah itu.

(2) Doktrin non est factum dengan jelas boleh digunakan oleh plaintif kerana: (a) plaintif pertama tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai kandungan D6 di atas mana beliau telah mengecap jarinya; (b) ketiadaan pengetahuan ini mengakibatkannya memikir bahawa beliau telah menandatangani suatu dokumen yang dipercayainya tidak akan mempunyai kesan undang-undang yang diwujudkan oleh D6; (c) tanpa mengetahuinya dan tanpa apa-apa kesalahan dilakukan olehnya, beliau telah mengecap jarinya pada D6 yang memudaratkan keempunyaan dan milikannya terhadap tanah itu. Defendan pertama memang telah memperdayakan atau mendorongnya supaya mengecap jarinya pada D6. Dengan membenarkan pli non est factum terhadap defendan pertama, defendan pertama dengan itu tidak mempunyai sebarang hak di sisi undang-undang untuk menggunakan D6 sebagai cagaran untuk pinjaman dan membolehkan defendan kedua memasuki kaveat pemegang lien ke atas tanah itu.

(3) Oleh kerana milikan suratikatan hakmilik tanah itu telah diperolehi oleh defendan pertama melalui fraud atau salah nyata, deposit suratikatan hakmilik itu tidak diberikuasa oleh plaintif pertama, tuan punya tanah itu. Tidak terdapat keterangan yang mencukupi tentang lien Torrens atau lien statutori yang dikatakan telah diwujudkan oleh plaintif pertama. Sebaliknya, plaintif telah membuktikan bahawa hakmilik tanah itu telah diambil dengan salah daripada plaintif pertama. Dengan demikian, kaveat pemegang lien juga telah dimasukkan dengan salah ke atas tanah itu. Defendan kedua tidak berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada defendan pertama dan oleh itu, tidak boleh menguatkuasakan cagaran itu. Dengan itu, kaveat ke atas tanah tersebut dilepaskan dan kos untuk tindakan ini ditanggung oleh kedua-dua defendan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR