FOLLOWERS

Sunday 20 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MENGENAI JAMINAN / BAIL !


[1995] 3 MLJ 66
Yusof bin Mohamed v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–4–1–1995

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 23 MAY 1995
Citation [1995] 3 MLJ 66


Catchwords:

Criminal Procedure — Bail — Non-bailable offence — Bail pending appeal against sentence — Accused pleaded guilty to charge — Whether bail will be granted — General principles of bail — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) Ch XXXVIII

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon mengaku salah kepada tiga pertuduhan di bawah s 397 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) (‘Kanun Keseksaan’) di mahkamah sesyen, dan telah dihukum: (i) tujuh tahun penjara dan lima sebatan rotan; (ii) dua tahun penjara dan tiga sebatan rotan; dan (iii) dua tahun penjara, untuk pertuduhan masing-masing. Ketiga-tiga hukuman tersebut dijalankan secara konsekutif. Pemohon juga mengaku salah kepada pertuduhan yang lain di hadapan mahkamah sesyen yang berlainan, dan telah secara serentak dihukum lapan tahun penjara dan lima sebatan rotan. Pemohon memfailkan notis rayuannya di Mahkamah Tinggi terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah sesyen tersebut. Walau bagaimanapun, hakim mahkamah sesyen tidak membenarkan penggantungan perlaksanaan pemenjaraan dan pemberian jaminan kepada pemohon sementara menunggu rayuan. Pemohon memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk jaminan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan untuk jaminan:

(1) Di bawah undang-undang umum mengenai jaminan dalam Bab XXXVIII Kanun Prosedur Jenayah (NMB Bab 6), jaminan adalah hanya diberikan sebagai suatu hak tertuduh jika ia melibatkan kesalahan boleh jamin. Bagi kesalahan tidak boleh jamin, pemberian jaminan harus dilakukan dengan ketelitian kehakiman. Perlindungan awam daripada penjenayah mestilah dipertimbangkan berdasarkan anggapan ketakbersalahan seseorang sehingga dapati bersalah.
(2) Pertimbangan yang mahkamah harus mengambil kira untuk memutuskan sama ada untuk memberikan jaminan atau tidak adalah jenis dan keseriusan kesalahan; sifat keterangan pihak pendakwa; kemungkinan yang munasabah bahawa tertuduh akan hadir pada hari perbicaraan; kekhuatiran yang munasabah bahawa saksi mungkin dipengaruhi oleh pihak pemohon; perlindungan awam daripada penjenayah; dan pertimbangan lain seperti kecenderungan tertuduh untuk melakukan kesalahan selanjutnya, serta kelakuannya yang mungkin terhadap perkara, orang atau hal di sekelilingnya.

(3) Untuk sementara waktu, penjara adalah jawapan yang terbaik untuk pemohon. Beliau bukan sahaja telah mengaku salah terhadap pertuduhan yang melibatkan kesalahan yang tidak boleh dijamin, tetapi adalah jelas daripada rekod sabitannya yang dahulu bahawa beliau telah terbabit di dalam banyak kesalahan yang mempunyai ciri-ciri yang sama, dan oleh itu, beliau mempunyai kecenderungan untuk melakukan jenayah yang sama lagi jikalau diberi kebebasan. Lagipun, amaun yang terlibat ialah RM3 juta, dan pemohon telah melakukan kesalahan di bawah s 400 Kanun Keseksaan tersebut apabila dia diberi jaminan dahulu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR