FOLLOWERS

Friday 23 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PAMPASAN KEMALANGAN / TAHAP BERJAGA-JAGA PEMANDU !!!


[1994] 2 MLJ 497
Wong Li Fatt William (an infant) v Haidawati bte Bolhen & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — SUIT NO KG 36 OF 1989

Judges RICHARD MALANJUM J

Date 16 MAY 1994
Citation [1994] 2 MLJ 497


Catchwords:

Tort — Negligence — Road accident — Whether defendant had failed to keep proper look out — Whether defendant in reasonable control of car — Whether failure to observe s 23 of Highway Code — Highway Code s 23

Tort — Vicarious liability — Road accident — Whether car owner vicariously liable for negligence of driver

Tort — Negligence — Contributory negligence — Plaintiff a three-year-old infant — Whether liable for contributory negligence

Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries — Severe brain damage — Spastic paralysis — Pain and suffering — Loss of amenities — Factors taken into account

Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries — Severe brain damage — Spastic paralysis — Nursing care — Past and future — Services rendered by mother of plaintiff

Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries — Severe brain damage — Spastic paralysis — Special damages — Wheelchair — Medical treatment in Singapore — Transport — Acupuncture — What is recoverable

Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries — Medical expenses incurred in Singapore — Whether exchange rate applicable at time of loss or date of judgment

Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries — Interest — General damages — Rules of the High Court 1980 O 42 r 12

Bahasa Malaysia Summary:

Bapa plaintif telah membawa dakwaan ini sebagai sahabat wakil anak lelakinya yang berumur tiga tahun (‘budak plaintif itu’) yang telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh defendan pertama dan dimiliki oleh defendan kedua. Adalah tidak dipertikaikan bahawa cuaca hari yang berkenaan baik, jalan itu lurus dan penglihatan tidak dihalang sejauh 250m sebelum tempat di mana perlangaraan itu berlaku.

Budak plaintif itu telah mengalami kerosakan otak yang teruk dan epilepsi sebagai akibat kerosakan otak itu dan telah diprognosis bahawa beliau terpaksa bergantung kepada orang lain untuk keperluan asasnya buat seumur hidupnya. Mengikut laporan perubatan, beliau boleh berasa kesakitan tetapi tidak sedar akan keadaannya ataupun bahawa beliau sedang mengalami penderitaan. Jangka hayatnya juga telah dipendekkan sebagai akibat kecederaannya. Budak plaintif itu telah mendakwa untuk kesakitan dan penderitaan dan kehilangan kebolehan mental dan fizikalnya (loss of amenities), kos jagaan kejururawatan yang sudah ditanggung dan akan ditanggung pada masa akan datang dan ganti rugi khas.

Diputuskan:
Diputuskan, mengawardkan ganti rugi kepada plaintif
:

(1) Defendan pertama menggunakan jalan itu setiap hari dan tahu bahawa kawasan itu dihuni orang. Oleh itu, beliau sepatutnya meletakkan dirinya di dalam kedudukan di mana beliau boleh menghentikan kereta itu jika berlaku sesuatu kecemasan. Lebih-lebih lagi, jika beliau berjaga-jaga dan memandu pada kelajuan di mana beliau boleh mengawal keretanya, beliau akan dapat mengelak daripada melanggar budak plaintif itu. Dengan demikian, beliau juga gagal mematuhi s 23 Kanun Lebuhraya. Defendan pertama juga gagal memberi amaran kepada budak plaintif itu dengan membunyikan hon atau menyalakan lampu besar keretanya.

(2) Keputusan yang tidak dapat dielakkan adalah bahawa defendan pertama cuai, dan dengan itu defendan kedua, yang merupakan tuan punya berdaftar kereta itu, juga menanggung liabiliti vicarius untuk kecuaian defendan pertama. Liabiliti kedua-dua defendan adalah bersesama dan berasingan seperti yang dipohon di dalam pernyataan tuntutan.

(3) Budak plaintif itu tidak boleh dipersalahkan atau dikenakan liabiliti untuk kecuaian sertaan. Oleh kerana beliau hanya berumur dua tahun sebelas bulan pada masa itu, tidak ada tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dirinya yang dikenakan ke atasnya. Defendan juga tidak membuktikan bahawa budak plaintif itu bersalah kerana gagal menjaga keselamatan dirinya.

(4) Berkenaan dengan ganti rugi untuk kesakitan dan penderitaan dan kehilangan kebolehan mental dan fizikal, jumlah sebanyak RM190,000 diawardkan, dengan mengingati bahawa hakikat kehilangan itu diambil sebagai suatu kehilangan substansial dan memandangkan arah aliran award untuk ganti rugi seperti ini. Apabila mentaksirkan ganti rugi, mahkamah mengambil kira hakikat bahawa budak plaintif itu boleh berasa kesakitan walaupun tidak menyedari akan keadaannya, pendapat perubatan bahawa keadaan fizikalnya akan merosot dan kejatuhan di dalam nilai wang.

(5) Untuk kos jagaan kejururawatan yang sudahpun ditanggung, mahkamah mengaward jumlah sebanyak RM260 sebulan selama 12 bulan (iaitu tempoh apabila bapa budak plaintif mempunyai beberapa orang pembantu untuk membantunya) dan kemudiannya, RM300 sebulan sehingga tarikh penghakiman untuk perkhidmatan yang diberikan oleh ibu budak plaintif untuk menjaganya, dengan mengambil kira hakikat bahawa beliau masih perlu menjaganya sekalipun budak plaintif itu tidak tercedera. Berkenaan dengan kos jagaan kejururawatan pada masa akan datang, jumlah sebanyak RM300 sebulan diaward dan, dengan mengambil pengganda (multiplier) sebagai 10, jumlahnya adalah RM36,000.
(6) Untuk ganti rugi khas, antara lain, RM2,100 dibenarkan untuk sebuah kerusi roda dan kerusi yang dapat direbahkan; RM300 untuk kos pengangkutan ke hospital; RM520 sebagai tambang kapalterbang untuk mendapat rawatan di Singapura; S$7,764.10 untuk perbelanjaan perubatan di Singapura; dan RM20 untuk pakaian dan kasut yang rosak. Tuntutan untuk sebuah katil khas, makanan khas yang berkhasiat, fee perantara Cina, akupunkture dan urut tidak dibenarkan. Kegagalan plaintif untuk mengemukakan resit bagi pembeliannya tidak membawa padah memandangkan beliau hanya orang kampung.

(7) Walaupun perbelanjaan perubatan di Singapura telah ditanggung pada Februari 1988, jumlah itu tidak kena dibayar sebelum penghakiman diberikan. Oleh itu, kadar pertukaran sepatutnya diambil pada tarikh penghakiman dan bukan pada masa kehilangan itu dialami.

(8) Faedah pada kadar 6% setahun diawardkan atas ganti rugi am untuk kesakitan dan penderitaan dan kehilangan kebolehan mental dan fizikal dari tarikh penyampaian writ hingga tarikh penghakiman, dan seterusnya pada kadar 8% setahun hingga penyelesaian mengikut A 42 k 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar . Tq

1 comment:

  1. SALAM MENTEKEDARAH TAIK WAT BEWAK2
    (lebih koghang ngan salam 1 mesia jugak la )

    KALU PON PUAK2 BEWAK NI BEIK TADAK CURI PASIAQ TETAPI PARTI BEWAK SEBUGHUK2 TEMPAT UNTUK MAKNUSIA SEGHOPA NGAN JAMBAN TAIK LA. TAPI JANGAN DOK LUPA JAMBAN TAIK SANGAT BERGUNA TAPI UNTUK MELEPAIH SAJA. TADAK HAIH ORANG DOK MENTEKEDARAH KA, BACA PAPER KA,
    MINUM KOPI KA DALAM JAMBAN TUH. UNTUK KODA HAJAT SAJA.


    KELUAQ JAMBAN ADALAH FITRAH MAKNUSIA NORMAL. KALU SAPA2 YANG DOK AJAK MAKNUSIA DOK DALAM JAMBAN......SAH MALAON NI TELEPAIH WAD GILA LA.

    he he he
    bewak nak dok dalam jamban.....dok la sampai mampuih...jangan dok ajak kita.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR