FOLLOWERS

Saturday 3 July 2010

RIADAH DI AYER KEROH !

Pagi tadi jam 9 pagi, PG sempat beriadah menunggang kuda ( bernama Ah Choy ) di sekitar Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Sempat jugalah menunggang dalam 10 km. Semasa menunggang bebarapa pelancung luar negara meminta untuk bergambar dan ada yang meminta nak duduk aje di atas kuda. Terpaksa jugalah melayan mereka. Semua percuma. Kemudian PG sempat juga mengambil gambar pemandangan Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka di mana kemudahan Buggy yang disediakan kepada pengunjung / pelancong.

2. Juga sempat juga PG ambil gambar kemudahan rekreasi yang baru di bangunkan iaitu Melaka Wonderland ( seperti yang dijanjikan oleh PG pada minggu lepas ) . Jadi di bawah ini dipaparkan gambar-gambar yang sempat dirakam. Selamat datang ke Melaka dan anda boleh enjoy di Melaka. Melaka , kota untuk seisi keluarga. Selamat datang.................................









Berbasikal pun boleh

Buggy kecil untuk kelilingi Hutan Rekreasi Ayer Keroh


Buggy besar untuk tujuan yang sama

Pelancong luar negara yang nak bergambar

2 comments:

  1. PG PERGI MAKAN ANGIN TU HEBAT SUNGGUH...SIAPA TAJA PG TU?...UMNO KE?

    ReplyDelete
  2. mana ade taja-taja. sebelah rumah aje.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR