FOLLOWERS

Saturday 31 July 2010

UMAT ISLAM JANGAN LEKA : DATO A. KADIR JASIN !!!




AMAT elok kita berbahas mengenai perpaduan umat Islam di negara kita kerana tanpa perpaduan, umat Islam tidak akan mampu bertahan.

Sekarang mungkin mudah kita mengamalkan Islam. Jika dibandingkan dengan banyak negara Islam, kita di Malaysia cukup bernasib baik.

Tetapi janganlah kita sekali-kali menganggap keselesaan itu datang bergolek dan akan kekal selama-lamanya.

Percubaan mengawal kebebasan umat Islam Malaysia dan menguji akidah mereka sudah pun berlaku cuma tidak secara terbuka atau dihebohkan.

Misalnya sudah ada masjid dan surau di kawasan bercampur yang “terpaksa” merendahkan bunyi azan. Cadangan membina masjid dan surau di kawasan seperti itu semakin dipersoalkan. Kini, penggunaan kalimah Allah di seluruh pelosok negara turut dituntut oleh Kristian Roman Katolik.

Umat Islam Malaysia Bertuah

Sebenarnya, sebagai umat Islam, kita di Malaysia amat bertuah. Hatta kedudukan negara kita di segi geografi pun membantu. Waktu solat dan berpuasa hampir tidak berubah. Kalau berganjak pun, beberapa minit sahaja.

Adakah terfikir oleh kita untuk bangun Subuh jam 3.46 pagi kerana jam 6.02 pagi habis waktu atau tunggu hingga jam 11.09 malam untuk menunaikan sembahyang isyak?

Di mana saya berada sekarang di Eropah, itulah kedudukannya. Masuk zuhur 1.33 petang dan Asar 5.37. Kini musim panas, jadi siang hari panjang. Maka sebab itulah jam 9.02 malam baru Magrib. Kalau puasa pun macam itu – dari jam 6 pagi hingga 9 malam.

Tetapi, alhamdulillah Islam tidak tercorot macam dulu lagi walaupun terus tercabar. Masa saya awal-awal menjelajah dunia menjalankan tugas bermula tahun 1970an, kesedaran mengenai Islam amat terhad.

Kalau bukan dalam kapal terbang negara Islam, tidak ada makanan halal. Hari ini naiklah kapal terbang milik siapa pun, kecuali dari tempat terpencil, kita boleh pesan “Muslim meal” (makanan Islam).

Kebetulan, kesedaran mengenai Islam di kalangan syarikat penerbangan khasnya dan negara-negara bukan Islam bermula sekitar pertengahan tahun 1970an.

Ia dicetuskan oleh sekatan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroliam Arab (OAPEC) pada bulan Oktober, 1973 sebagai membantah perbuatan Amerika menggantikan senjata tentera Israel yang musnah dalam perang “Yum Kippur”.

Pada mulanya tentera negara Zionis tewas dan wilayah Palestin dirampas tentera Arab. Tetapi apabila senjata mereka yang musnah diganti oleh Amerika, tentera Zionis menyerang balas dan menakluki banyak wilayah Arab.

Tindakan OAPEC menyekat bekalan hingga Mac, 1974 itu menyebabkan harga minyak naik 70 peratus dan mengancam kemelesetan ekonomi global. Dengan serta merta Amerika bertindak memerintahkan Israel berundur dari wilayah Mesir yang ditaklukinya. (Pada waktu itu, minyak mentah berharga tidak sampai AS$3 satu tong.)

Negara Islam Tidak Lagi Bersatu

Sejak itu, negara-negara Arab tidak lagi bersatu menghadapi Israel dan harapan mendapatkan balik bumi Palestin secara ketenteraan sudah tidak wujud lagi. Amerika dan sekutunya tidak akan membenarkan kemungkinan itu berlaku. Apatah lagi, banyak sekutu Amerika hari ini adalah negara-negara Arab.

Jadi, kita di Malaysia janganlah seronok sangat berpolitik dan berpolemik hingga apa yang kita kendung berciciran dan apa yang kita kejar tak dapat. Jangan lupa, tak sampai 60 peratus penduduk Malaysia adalah Islam.

Di negara tempat saya berada ini (untuk melawat cucu – tiga orang), pada bulan November tahun lalu mereka mengadakan pungutan suara dan berjaya mendapat sokongan mengharamkan pembinaan menara di masjid-masjid.

Gerakan anti orang Islam semakin menjadi-jadi di Eropah berpunca daripada kebimbangan meningkatnya bilangan penduduk Islam di benua ini. Ia adalah reaksi politik Judeo-Christian Eropah (termasuk Amerika) terhadap Islam sejak zaman berzaman.

Inilah akibatnya apabila orang Islam tidak ada kuasa dan menjadi kelompok minoriti. Walaupun mereka hidup secara aman dan menyumbang kepada negara mereka menetap, hak mereka tetap dikawal dan dihadkan.

Berbaik Tapi Ada Had

Tetapi kita di Malaysia tidak tegah penganut agama lain membina tempat ibadat hingga ada yang melampau-lampau membina tempat ibadat tanpa kebenaran dan secara haram.

Jadi ingatlah, jangan kerana gilakan kuasa, tak kira kuasa politik atau ekonomi, kita memperjudikan hak dan kedudukan kita sebagai orang Islam.

Jangan kita jadi macam umat Islam di banyak negara Islam yang sudah dicucuk hidungnya oleh imperialis ekonomi dan ketenteraan Barat, atau diperkotak-katikkan oleh Muslim liberal yang mengamalkan konsep kebebasan Judeo-Christian Eropah.

Posted by A KADIR JASIN
at 11:49 AM 4 comments
Wednesday, July 28, 2010


Penghuni Gua : Fikirkan umat islam dan Melayu Malaysia. fikirkan dan ingat. Kita sentiasa diserang. Sebab , banyak sangat kita beri muka dan berlembut dalam perkara perundangan. Lihat aje Tony Pua dan Wee ka Siong. Kalau zaman Tun Mahathir, bungkus dah di ISA kan mereka ini kerana kepala mereka bertambah besar.

2. Cukup-cukuplah dengan amaran. PG mahukan tindakan keras dan tegas dari kerajaan. Bukan hanya ucapan lunak yang hanya nak sedapkan telinga dan main selamat aje. Keselamatan negara dan bangsa perlu diutamakan.

13 comments:

  1. Salah kan Pak Dollahzzzzzzzzzzdia yang buat semua benda ni berlaku.. Mehantu dia jangan lupa... budak Tingkat 4 jangan Lupa...

    ReplyDelete
  2. Apa la punye loyar si PG ni...! Pak Kadir hanya sebut umat Islam Malaysia la... yg disebut Melayu pehal, baik nko sebut je UMNgOk... menepati cita rase nko!

    ReplyDelete
  3. PG, aku bersimpati dengan engkau, aku bersimpati dengan diriku dan aku bersimpati dengan pak menteri yang tiba-tiba kehilangan telurnya

    ReplyDelete
  4. Kita kadang-kadang terlupa bahawa bila kita mengaku Islam kita kena balik kepada apa yang telah nabi saw tinggalkan kepada kita.
    Mengapa cerita yang diambil dari akal manusia semata-mata tanpa megambil sirah yang ditinggalkan dan kemudiannya dijadikan bahan polimek.
    Cerita ini adalah cerita A.Kadir Jasin..pandangan A.Kadir Jasin, bukan dari kitab Ibnu Katsir bukan kitab Hassan Al;Banna.
    Mengapa PG begitu runsing?...kita akan mati esok atau lusa....dan kita tidak akan disoal oleh malaikat MELAYUKAH KITA ATAU CINA KAH KITA ATAU INDIA KAH KITA....yang disoal ialah ISLAMKAH KITA?.

    ReplyDelete
  5. Buka MINDA dan HATI TERBUKA.. Jangan pandang satu skop aja. Di Malaysia Melayu dari Islam so fikir-fikirkan le! Bro.

    Jangan jadi macam Anom 31 July 2010 23:43 lain dimaksudkan..politik juga minda dia nampak. Ceteknya pemikiran dan pandangan Anom 31 July 2010 23:43. Sekolah setakat Darjah Enam (Dulu) ke? Sekarang Tanun Enam

    He!!

    ReplyDelete
  6. Maaf Pembetulan "Di Malaysia sekarang ni Ramai Melayu dari Melayu beragama Islam"

    ReplyDelete
  7. betol la..
    ni ada parti politik yg nak sangat kuasa..
    dgn brsekonkol ngan parti yg terang2 tolak islam..
    payah la kalo ade specis melayu cam nih..
    janganla nanti.. yg dikejar x dapat yg dikendong keciciran..
    sesal..x guna...
    alih2 nanti... meraung2 mintak tolong...macam kat selangor n penang

    ReplyDelete
  8. ....sebab itlah kita hendaklah menjunjung tinggi Islam...umat Islam sepattnya berada dalam saf yg sama dan satu atas dasar agama...bukan dasar bangsa...cuba lihat di negara barat, islam itu satu, umat islam pelbagai keturunan dan bangsa, namun oleh kerana islam itu satu, maka umat islam yg pelbagai ketruruan, bangsa akan bersatu di bawah nama ISALM...maka dgn bersatunya dlm ISLAM maka bangsa, asal usul, tadi akan lenyap, yg kuat adalah ISLAM....dasar bangsa lah yg melemahkan kita, tetapi bersatu dalam ISALM SEMUANYA maka kita kuat!!!

    ReplyDelete
  9. PG,

    Sebab kita ambil keris kita cium, sebab itu orang tak takut dengan kita.

    ReplyDelete
  10. kalau pas nak perjuangkan islam kenalah cari rakan kongsi yg x terang2 menentang islam..
    pas macam belum kenal muslihat dap..
    kalo kenal pon pas bukannya dominan dalam pakatan..
    jadi ape bole dia buat...

    ReplyDelete
  11. PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP PENDAKWAAN LING LIONG SIK


    Semalam heboh diseluruh negara apabila bekas menteri pengangkutan, Ling Liong Sik (LLS) didakwa kerana skandal PKFZ. Dalam masa yang sama, perdana menteri, Najib Razak bercuti ke luar negara selama 10 hari.Kebetulan ye?

    Pembaca-pembaca Malaysiakini memberikan pendangan mengenai kes ini, klik disini.Diantara persoalan yang ditimbulkan adalah apakah LLS akan didakwa jika beliau adalah ketua Umno?

    Kita harus faham bahawa Umno bergerak bersama-sama dengan MCA, MIC dan parti komponen lain dalam BN. Umno tidak akan terus bertahan jika tidak ada sokongan daripada rakan-rakan parti komponen BN. Lupakah kita bagaimana LLS menyelamatkan Umno ketika parti tersebut berpecah dahulu?

    Jika terjadi skandal, mereka juga mendapat habuan bersama.

    Saya percaya LLS tidak akan dikorbankan. Cuma buat masa ini LLS dilihat dikorbankan. LLS pasti tahu beliau kini berkorban untuk menyelamatkan BN dalam PRU 13.

    Ini adalah kerana jika LLS buka mulut, pasti ramai pemimpin Umno akan terkena. Pendakwaan terhadap LLS ini tidak ubah seperti sandiwara yang berlaku di zaman Pak Lah dimana Eric Chia dan Kasitah Gaddam dikorbankan pada peringkat awal.

    Kemudia kedua-duanya dilepaskan. Pendakwaan terhadap LLS adalah salah satu persiapan kerajaan pimpinan Najib Razak untuk berhadapan dengan PRU 13. Mereka mahu tunjukkan bahawa kerajaan serius untuk membentras rasuah.

    Lihatlah bagaimana sandiwara pendakwaan terhadap Eric Chia dan Kasitah Gaddam menguntungkan BN dalam PRU 11.

    Oleh itu jangan kita terus merumuskan bahawa jika LLS adalah pemimpin Melayu Umno, dia pasti tidak akan didakwa. Umno, MCA dan MIC merancangkan perkara ini. Tidak ada sangkut paut perkara ini dengan etnik Melayu, Cina atau India.

    LLS hanya korban sementara mereka.Beliau akan dilepaskan bila sampai waktunya nanti. Jika tidak percaya, tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  12. Apa ni Anon 1 August 2010 20:55 jauh lari daripada persimpangan? Tak tau baca tanda jalan ke? Cari forum lain yang lebih sesuai. Sorry!!

    ReplyDelete
  13. Buat Anon2 1Ogos2010 01:10; 02:14 dan 16:16....

    PAS bersekongkol dgn DAP...???!!!

    UMNgOk tak bersengkongkol dgn MCA ke... bukan ke MCA juga terang-terangan menolak HUDUD. Tanya anak LingLiongSik dan kuncu-kuncu yg hantar memorandum ke Markas PAS di Raja Laut menolak HUDUD dilaksanakan. UMNgOk tak bersengkongol dgn MIC... PPP... GERAKAN... tak menyokong Presiden MCA yg berteruterang mengaku menjadi Pelakon Video Porn???...

    Pilih la perjuangan anda keTUANan atau keTUHANan. Mana patut didahulukan bangsa atau agama? Bangsa hanya satu kelompok kecil... agama menyeluruh!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR