FOLLOWERS

Thursday 30 September 2010

GANGTER DI PEMILIHAN PKR : JAUHI PARTI SAMPAH INI !!!






KLANG 29 Sept. - Ahli perniagaan, S. Kottapan tetap mempertahankan dakwaannya yang beliau ditumbuk dan ditendang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja, Ahad lalu.

Kottapan berkata, kejadian itu memang berlaku kerana Xavier berang dengan tindakannya mengoyakkan sehelai kertas undi sebagai membantah sesi pemilihan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga di sini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Ada guna gangster, mesyuarat penuh dengan kekecohan, tak teratur, baling kotak kertas undi dan sebagainya.

2. Adakah parti seperti ini kita nak berikan amanah untuk mentadbir negara? Nak urus parti sendiri pun kelam kabut. Apa lagi nak urus dan mentadbir negara.

3. Fikirkan pengundi muda. Jangan perjudikan masa depan anak cucu kita kepada parti sampah ini. Bukannya kerajaan sekarang ini terlalu baik dan sempurna , tetapi ia jauh lebih baik dari parti dan pemimpin parti sampah ini. Kesilapan kerajaan sekarang boleh diperbaiki dan diperbetulkan. Bukan terus kita perjudikan kepada parti dan pemimpin seperti diatas yang belum tahu hujung pangkal mereka.

4. Melihat kepada mesyuarat pemilihan PKR ini, PG yakin dan berpendapat, jahanamlah negara ini jika mereka memerintah. Ada otak , lebih baik kita fikirkan jauh-jauh . Ingat, parti ini hanyalah sampah terbuang dan tak ada agenda jangka panjang. Parti ini, penuh dengan mereka yang berkepentingan!!!!

10 comments:

  1. Salam..

    Allah bagi kuasa sikit, dah berebut sampai bertumbuk.

    Apa lah jadi kalu mereke memerintah negara.

    ReplyDelete
  2. Anuar mana? Kentut pun tak dengar. Itu lah, nama dah ada kepimpinan. Pimpin lah, bukan tipu lah. Kalau tipu akhirnya, ini lah jadinya. Tuhan tunjuk terus kat kita kebenarannya. Anuar tengah jumpa bomoh di madras ke? nak cari helah macam mana nak tipu rakyat lagi.

    ReplyDelete
  3. Cq Pian,
    HANG TANYA ANWAR PI MANA?
    PI MANA LAGI?
    KALAU DI MALAYSIA, DIA AKAN KENA COURT KES LAGI SEKALI.....
    JADI, DIA TERPAKSALAH PI LUAR NEGERI..... BEBASLA CIKIT!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Cukup lah dengan permainan politik kotor yg di tunjukan olih parti pkr jahanam ni betul lah kata Tun M melayu akan hilang kuasa kalau pembakang memerintah negara tak habis lagi ayat TUN M dah jadi di cabang cabang PKR bertumbuk baling kerusi meja itu baru pemilihan ketua cabang belum pilih menteri lagi kalau pilihan menteri ada yg mati kut Anuar awat hang diam tak buat kenyataan di media bahawa itu ada lah permainan UMNO PIIIII daaaa org kesayangan hang semua bungkus di lipat org yg tak ada nama itu tanda nya rakyat sudah tolak hang kalau hang bertanding Perisdent PKR dengan hang sekali depa lipat.Lepas ni PKR akan dibubarkan kerana tiada pemilihan cabang dan dibatalkan.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    1 Apabila kosong kerusi, diadakanlah pesta demokrasi.

    2 Walhal, demokrasi adalah ideologi bathil yg mlahirkan sistem bathil, sbab demokrasi tidak brsumber drp lslam; akidah [agama] yg memerangi kebathilan.

    3 Mustahil dapat lahir kebaikan yg hakiki drp kebathilan. Sistem bathil pasti mlahirkan mnusia2 korap dlm brbagai2 wajahnya, spt; korupsi [rasuah], kronism, nepotisme, favouritism, penyelewengan,'cantasism', kasta, kem-kem, dsb. lni adalhh antara jaminan politik sekular-demokrasi-liberal - matlamat menghalakan segala cara - politik tanpa terikat kpd apa2 akidah & hukum2 agama. Jadi, apa2 pun boleh, waima yg mlanggar etika [haram], waima brgaduh & brprang ssama sndiri.

    4 Cuba check mana2 parti yg ada sekarang, trmasuk yg sedang memerintah skalipun ...

    abu faiq

    ReplyDelete
  6. salam,

    minta link blog saya ke blog saudara. Blog saudara sudah saya linkkan ke Sri Tri Buana.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan PG & Sema2...,

    abu faiq
    30 September 2010 15:05

    - Udah2lah tuh, jgn menyingkap perselisihan sesama sendiri. Komen tu memang baik jika dipandang dari segi ilmiah. Namun citarasa nurani harus difahami terlebih dahulu. Bertinta dengan berselindung dari makna, Allah sangat murka. Sebab Allah sentiasa menginati2 hati2 setiap insan dari segala yang terselindung.

    Allahuma Salim'alai Saidina Muahmmadin TibilQulubi.... teruskan..!!! Wallahu'alam..

    Pang5B..

    ReplyDelete
  8. sri buana

    sudah diambil tindakan

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Pang5B,

    1 Kalau tak singkap pun memang tlah mmanjang brselisihan ssama sendiri. Posting2 & komen2 dlm blog ini pun dapat jadi buktinya. Saya sntiasa cuba mmbongkar kbusukan & kejahatan racun drp pmikiran2 kafir spt DemoCRAZY, sekularisme, kapitalisme, hukum sivil, dll yg sdang diusung, yg mnyebabkan ssama umat lslam berselisih & bebencian, walhal itu smua perkara2 bathil yg tdak slayaknya mnjadi jlan pmikiran umat lslam. lslam tdak prnah mngajarkn smua itu, malah melaknatnya.

    2 Saya tak selindung apa2. Memang Demokrasi bukan drp lslam, & segala korap [kebusukan prilaku] yg saya sebut itu wujud dalm arus politik tanah air. Apakah Allah marah jika ssama Muslim ingat-mngingtkan utk mninggalkan keharaman & kbathilan?

    abu faiq

    ReplyDelete
  10. Saya bukan orang PR atau UMNO. Saya hanya pemerhati yg melihat telatah sesetengah Melayu yg berfikiran sempit tanpa memikir buruk baik tindakan mereka kepada bangsa Melayu dlm konteks yg lebih besar. Artikel dan komen dlm blog ini hanya akan merosakkan bangsa Melayu. Kita tidak mahu menjadi sama dgn yg lain kalau kita balas artikel ini dgn mengatakan UMNO lagi buruk berebutkan pangkat dan kedudukan bukan setakat bertumbuk malah menembak mati seperti kes pembunuhan Datuk Taha oleh Datuk Mokhtar Hashim. Mereka memfitnah untuk menjatuhkan pemimpin bangsa Melayu kedua paling disegani pada masa itu. Apabila pada 25 Ogos 2005, Dato’ Mohd Hishamudin Mohd Yunus, dimahkamah paling tinggi dalam sistem kehakiman Malaysia mengesahkan kewujudan konspirasi politik dan Datuk Seri Anwar menjadi mangsa fitnah, mereka masih lagi mencaci dan mencemuh sampailah sekarang.

    Sepatutnya bila didapati tidak bersalah dan dibebaskan, kita hulurkan tangan kepada pemimpin Melayu tak kira siapa.. Kalaulah bangsa kita berjiwa besar seperti ini insyaAllah kita akan terus menjadi bangsa yang cemerlang. Andaikata Datuk Seri Najib bertindak secara bijaksana atas dasar perpaduan Melayu menjemput Datu Seri Anwar kembali, ini akan mengukuhkan orang Melayu tidak berpecah belah seperti sekarang. Malang sungguh kepada orang Melayu, orang UMNO terus menerus menghina Datuk Seri Anwar. Beliau tidak ada pilihan lain melainkan untuk melawan parti UMNO dengan menubuhkan Parti Keadilan Rakyat dan dengan perkembangan yg kita lihat pada pilihanraya yg lalu, agak mengejutkan, Pakatan Rakyat yg diketuai Datuk Seri Anwar memenangi 5 negeri di Malaysia. Ini adalah fakta dan kenyataannya.

    Pemimpin2 kita seperti Tun Dr Ismail dan Tun Abd Razak menggunakan kuasa yg mereka pegang untuk memperkenal dan melaksanakan pelbagai dasar untuk memperkasakan orang Melayu. Dan usaha ini diteruskan lagi oleh Tun Mahathir. Tetapi saya lihat ini tidak lagi berlaku dizaman Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib. Kita harapkan dasar2 baru dikemukakan untuk kebaikan bangsa Melayu, sebaliknya yg kita lihat pembolotan wang untuk kepentingan peribadi semata-mata samada pembesar negara PM, TPM, menteri2, wakil rakyat sampailah kepada ketua2 cawangan dan bahagian termasuklah macai2 yg lain. Tun Dr Mahathir juga telah menempelak Datuk Seri Najib kerana telah menghapuskan syarat 30% saham syarikat mesti diperuntukkan kepada orang Melayu, atas alasan untuk meliberisaikan ekonomi Negara (Lihat The Star 4 Julai 2010).

    Saya tidak pasti tulisan saya ini akan sedikit sebanyak merubah pemikiran empunya blog dan lain2. Memanglah yg paling senang ialah mengutuk. Itu budak2 sekolah pun boleh buat, kerja senang, tak payah befikir panjang. Tetapi apa hasilnya? Apa faedah dan kebaikannya kepada bangsa Melayu?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR