FOLLOWERS

Saturday 25 September 2010

MELAYU AKAN HILANG KUASA : TUN MAHATHIR !!!!





KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.
“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya. ............................................................................................................

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

Penghuni Gua : Fikirkan pengundi muda Melayu. Fikrkan masa depan keturunan anda. Jangan jadi melayu yang di lembukan. nak kenal melayu yang dilembukan dan terus di lembukan ? Lihat aje Si Nizar Jamaluddin dan juga naib Presiden DAP dan juga Tim Ketua Menteri Pulau Piang. Lihat apa beliau boleh buat untuk kepentingan Melayu?

2. Hanya jadi lembu tua aje mereka bertiga. Yang lain banyak lagi. Tapi cukuplah dengan contoh 3 orang tu. Memadai kot!

2. Kenyataan tun Mahathir di atas telah mendapat reaksi budak mentah Nurul Izzah. Nurul Izzah ajak Tun Mahathir berdebat. Berdebat? Budak mentah ini nak berdebat? Baik dia uruskan dirinya dan bapanya cukuplah.

3. Juga lebih baik beliau kaji diri sendiri dan berdebat dengan dirinya sendiri cukuplah. Buat keputusan pun huru hara. Kejap berkecuali, kejap sokong Zaid kejap tak mahu bertanding Naib Presiden PKR , kejap bertanding pulak...............Itu pun tak berprinsip. Nak berdebat dengan Tun? Kah kah kah kah kah !!!!!!

8 comments:

  1. Pentingnya ambil pusing sejarah dan undang-undang, bukan pakai rembat.

    Dibawah Perjanjian Medina (Perlembagaan Medina), wujudnya titik pertemuan dan persempadanan (kontrak sosial)hak orang-orang Islam dan bangsa lain iaitu Yahudi antara lainnya. Tidak ada kesamarataan namun ada elemen kesaksamaan dan ihsan (equitable and fair share).

    Perumpamaannya seperti sempadan antara negeri-negeri. Maka jangan melebihi sempadan sendiri untuk mengelak peperangan atau menyinggung mana-mana pihak. Begitu juga, dikalangan kaum-kaum sudahpun ada sepakatan dan kontrak sosial. Titik pertemuan anatara kaum ini penting dipelihara ibarat biar mati anak jangan mati adat. Maka apabila hak orang-orang Melayu dan natif-natif yang sudahpun termaktub dalam perlembagaan dipersoalkan, bukankah itu mengundang persengketaan yang tak perlu? Maka sebab itu diadakan Akta Hasutan, undang-undang pencegahan untuk kesejahteraan negara (POPOC), untuk keselamatan negara (ISA), untuk penyangak dan pengedar dadah (LLPK), dan untuk orang miring otak (pesakit mental)dan tak pandai jaga diri(pesalah dan penjenayah yang sabit kesalahan). YDPA sudah sediakan tempat bagi mereka-mereka itu pusat penjagaan mereka.

    Persoalan ialah perlu ada tindakan terhadap mereka-meraka yang macam tak faham atau buat tak faham dibawah undang-undang relevan supaya negara aman dan makmur.

    ReplyDelete
  2. MANA ADA MELAYU HILANG KUASA KALAU PR MENANG BESAR DAN MEMERINTAH...!!!

    YG TAKUT HILANG KUASA DAN KEPENTINGAN ADALAH MELAYU UMNO JER...TAK DAPAT LAGI LAH NAK CILOK APA2 PUN....SILAP2 KES2 YG MERAGUKAN DAN DISEMBUNYIKAN AKAN TERBONGKAR!!!


    UMNO YG HILANG KUASA BUKAN MELAYU!!!!

    ReplyDelete
  3. Bukankah TDM yg sudah hilang kuasa? Dia cuma orang biasa yg terus merungur-rungut spt seorang yg tak puas hati, seolah2 semua perkara serba tak kena pada dia. Nurul Izzah masih keluar masuk parlimen. ltu satu hal.

    Yg kedua, di era TDM-lah kekuasaan Melayu, terutamanya kepimpinannya dlm UMNO, mula berantakan, kocar-kacir & porak-peranda oleh politik kroni & politik sembelih-menyembelih yg sangat dahsyat. TDM lebih tahu tentang ini drp Melayu2 lain kerana itulah trend di zaman kepimpinannya. Akibatnya, dlm diam2, atau sengaja disorok2kan, rasa tak puas hati membuku & meredam di kalangan pimpinan Umno sendiri. lni yg mmbentuk kem2. Dikuti oleh tindakan keluar Umno kerana berontak sebab rasa tak puas hati. lnilah api dlm sekam yg memakan Melayu dlm diam2. Sampai sekarang, tak ada seorang pun dlm kepimpinan Umno mampu memadam api ini. Api dlm semakan merebak. Sekarang api dlm sekam itu meledak & marak, membakar Melayu sendiri. TDM pun kata ini akan menghilangkan kuasa Melayu. Baru TDM nak sedarkah? lni legasi dari zaman dia juga, tapi dia terus merungut-rungut.

    Kalau PKR selalu dicap pemecah perpaduan Melayu, punca kelahirannya itu apa? PAS pun pecahan drp rasa tak puas hati kpd politik Umno.. So, siapa yg jadi biang keladi dlm smua perkara ini..? Sama ada DSN & para pemimpin2 Umno yg ada sekarang mampu memberikan jawapannya dgn bijaksana, seluruh Melayu sedang menilai2nya. Kalau berjaya, Umno hidup, kalau gagal, Umno habis.. Tapi Melayu masih ada tempat bergantung, cuma bukan lagi Umno.

    ReplyDelete
  4. nak bergantung pada PKR DAN DSAI? TAK AYAHLAH. DIA NAK JAGA DIRI SENDIERI PUN TAK LEPAS.

    KATAK PURU

    ReplyDelete
  5. Yepp!! betoi tu katak puru... suroh dorang simpan je la PKR dgn DSAI tu dlm peti ais bikin ais krim.

    PanJi alam

    ReplyDelete
  6. ANON 19 :42

    DARIPADA KO SURUH SIMPAN DSAI DAN PKR DLM PETI AIS BUAT AISKRIM LBH BAGUS JIKA ENGKO HANTAR CHE DET MENGAJI PONDOK BERAMAL SOLEH DRPD MERUNGUT2 SEJAK HILANG KUASA!!! LBH BAIK MENGABDIKAN DIRI KPD ALLAH DI WAKTU USIA EMAS DAN NAK KE LUBANG KUBUR DARI TERUS MENERUS MERUNGUT2 KEHILANGAN KUASA!!! KALAU CHE DET ENGKO TU MASIH MERUNGUT2 LG ANTAR JE KE PUSAT JAGAAN ORG2 TUA!! ABIS CERITA..ORG TUA2 NI MEMANG CAM TU LAH...MERUNGUT2 JER KEJE DIA!!

    SOKONG SEPENUHNYA ANON 18:41,

    SEBENARNYA MSLH UMAT MELAYU BERPUNCA DR UMNO JER...TAK DE PUNCA LAIN KECUALI UMNO SENDIRI TERUTAMA CHE DET MAHARAJA AGUNG ENGKO TU, BUAT2 TAK MENGERTI DAN TAK NGAKU JER CHE DET DAN DIA JD KAN ORG LAIN KAMBING HITAM UTK COVER DIRI, KUNUN!!!

    ReplyDelete
  7. Firaun tua ni dah nyanyuk...

    FIRAUN Tua ni dulu dok kata Melayu mudah lupa, tapi skrg firaun ni sendiri yg dah nyanyuk... dah lupa!

    Dia lupa... masa dia jadi PM, dia pinda perlembagaan bile timbul isu-isu Raja2... kekebalan Sultan ditarik dan institusi raja2 dihina dek UMngOk!

    Segala pindaan perlembagaan dlm parlimen yg mendapat persetujuan majoriti 2/3 akan berkuatkuasa selepas 30 hari sekiranya tidak mendapat perkenan (persetujuan/tandatangan) YDP Agong... Pindaan ini dibuat dlm zaman MAHAFIRAUN!

    Kalo PAS ditunggang dek DAP, Be-eNd tak ditunggang dek MCA ke? Tengok skrg ni... MCA dah minta 30% ekuiti bumiputera ditarik, kuota masuk IPTA ikut merit...tak pakai kuota bumi; banyak lagi permintaan Cina yg dilayan, belum lagi masuk permintaan Hindu! Skrg ni dok hu-ha hu-ha dgn 1Msia...

    Tu kat Penang... dah Be-eNd pegang 50 tahun, awat melayu masih haprak lagi. Masa UMNgOk pegang majoriti DUN kat Penang, UMNgOk dgn penuh ngok dan totoknya bagi KohTsuKoon (GERAKAN) jadi KM... IbrahimSaad dok jadi TKM! Takyah nak berangan la... dah nyanyuk bebeno MAHAFIRAUN ni. Setuju bebeno dgn Anon 22:06, masukkan aje ke rumah oran2 tua... takpun kat Tampoi/Tanjung Rambutan.

    Jangan lupa bawak sekali pemegang Sarjana Sains Sosial dgn CGPA 3.5 ni sekali... harap rambut je beruban penuh tapi akal penuh berisi... berisi taik!

    TM - seperti biasa TOTOK MELULU!

    ReplyDelete
  8. Anon 16:11 dan seangkatan dengannya. Kalau berjiwa melayu dan berketurunan darah melayu faham-fahamkan maksud TDM bukan main hentam tak tentu pasal aja. Manusia kalau tak tahu erti terima kasih itulah jadinya.
    Jasa apa Anon 16:11 dan seangkatan dengannya kepada negara Malaysia? Kenal IT pun dari jasa pentadbiran TDM. Guna kereta Proton pun jasa TDM.
    Kalau kaum kau rasa nak merempat dan rakyat kelas bawahan di tanahair sendir macam Melayu di negara jiran ok le!.
    Jadikan diri kau sumpahan anak cucu bila tiba masanya.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR