FOLLOWERS

Thursday 30 September 2010

PAS DAH PANAS BADAN : AGENDA DAILY





Berbeza dengan senario menjelang pilihanraya kecil yang lampau…PAS nampak macam darah gemuruh sikit untuk berdepan dengan Galas walaupun kerusi itu miliknya.

Antaranya kalangan pemimpin PAS membuat kenyataan yang bernada pelik.Kata orang ‘ buang tabiat’ bunyinya.

Mungkinkah mereka goyah mengenangkan kejutan ketika pilihan raya kecil DUN Manik Urai tak jauh dari situ ,Julai tahun lalu apabila calon mereka Fauzi Abdullah hanya menang tipis dengan 65 undi.

Dari pemerhatian ada tanda-tanda yang jelas apa buat PAS cukup tak sedap badan macam deman tak kebah ialah faktor Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dilantik sebagai Pengarah pilihanraya BN untuk pilihanraya kecil itu.

Sebab itu, tiga pemimpin PAS buat kenyataan pelik pasal PRK Galas.

Jika Selasa Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berrkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas kononnya atas dasar perpaduan Melayu.

Rabu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib pula kata Tengku Razaleigh Hamzah akan sokong calon mereka.

Harakahdaily.net pula memetik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.

"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.

"Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku.

Sama ada sudah buang tabiat atau sudah merepek agaknya pemimpin-pemimpin PAS bila mereka sedar PAS bukan lagi ada jalan mudah untuk menang di Galas.

Logik ke Tengku Razaleigh , ahli parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO Bahagian itu sejak sekian lama tiba-tiba hendak sokong calon PAS dalam PRK Galas?

Walaupun beliau nampak macam memihak PAS dalam isu royalti Petronas untuk Kelantan, ini tidak bermakna bekas Menteri Kewangan itu sanggup korbankan prinsip dan kesetiaannya selama ini dengan UMNO dengan menyokong calon PAS.

Kenyataan Harun dan Takiyuddin hanya menggambarkan parti itu sudah kecut perut untuk bertembung UMNO atau BN di Galak tidak lama lagi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS dah mula panas badan. Deman tak kebah. Pok Nik pun tiba-tiba tawar ahli UMNO masuk PAS. PAS dan Pok Nik mimpi kot.

2. Panas, Panas!!!!

5 comments:

  1. Salam,

    1 Dlm pilihan raya perwakilan Demokrasi yg diamalkan skarang, sama ada Pas atau BN/Umno menang, Melayu pada keseluruhannya tdak juga akan menang dlm erti kata brsatu dlm satu ksatuan - jamaah lslamiyyah - bahkan semakin rosak & buruk perpecah-belahannya, smakin kuat brmusuhan ssama sendiri, smata2 berebut kerusi kuasa yg tdak pun demi memartabatkan lslam sbagai ad-deen [praturan hdup], baik di Galas, di negri Kelantan, waima di negara ini.

    2 Pilihan raya perwakilan tidak lain hanyalah jalan utk trus melestarikan tatacara kehidupan brnegara di atas rel ideologi thaghut-sekular- Demokrasi yg tidak pernah brsumber drp al-Quran atau pun ajaran Rasulullah SAW.

    3 Umat lslam hanya bersatu, menang di atas kuffar, & mulia di sisi Allah jika bersatu dgn berpolitik yg diikat dgn ikatan akidah, ikatan hukum syariat. lkatan spt ini hanya dapat dwujudkan apbla umat lslam bernaung di bawah payung Daulah Khilafah, krana apa juga sistem brnegara selain drp sistem Khilafah pasti tdak mampu menyatukan umat lslam, tidak mampu mmuliakan lslam, bahkan memecah-belah kesatuan mreka, selain mlontar jauh hukum2 syariat Allah drp kehidupan. Kehinaan inilah yg tlah & sdang dideritai oleh umat lslam di sini & di sluruh dunia apabila mreka tdak mnjadikan lslam sbagai ad-deen scara kaffah, sbaliknya hidup dgn sstem yg mlanggar & brtentangan dgn perintah Allah spt mana firman-Nya,"Wahai orang2 yg briman, masuklah kamu seklian ke dlm lslam scara kaffah [ksluruhan]". Erti kaffah itu tentu trmasuk dlm hal brideologi, brpolitik, & brtatanegara, sdangkan dlm lslam, brnegara adalh prkara pokok [ushul]. wa Allahu a'lam.

    abu faiq

    ReplyDelete
  2. CAKAP KONSEP BOLEH LAH. PAS PUN PENUH DENGAN MWEREKA YANG MENDAKWA ALIM ULAMA. TETAPI MULUT DAN TINDAKANNYA , HAMPAS

    ReplyDelete
  3. PG,
    GENG-GENG hamPAS NI MEMANG DAH CELARU FIKIRAN....
    TERLALU BANYAK MENERIMA "PETUA" DARI TOK GURU N.AJIS!!!!!!!!
    KALAU GURU KENCING BERDIRI, ANAK MURID KENCING BERLARI!!! KESIAN KAT CIKGU, HAMPA BUAT PERIBAHASA GUNA NAMA DEPA!!! AKU PUN BEKAS GURU JUGA. TERASA TAU!!!
    ITU KALAU GURU, KALAU TOK GURU MACAM MANA YA?

    ReplyDelete
  4. Anon 14:29,

    1 Apakah konsep [ideologi] politik yg diambil sama ada oleh Umno/BN atau Pas? Bukankah ideologi sekular-Demokrasi-thaghut? Dan apakah natijahnya kpd umat lslam di M'sia? Apakah mereka lebih baik drp kaum kafir yg mreka jadikan aulia' [teman karib] dalm sekutu brpolitik mereka? Bukankah konsep itu yg menjadikan umat Melayu-lslam pecah-belah, brmusuhan & dihina oleh puak2 kafir? Apakah pada anda konsep itu yg trbaik utk trus diusung? [Fahami ayat Allah yg dinukilkan itu, & asuh2 hati Anda utk beriman dengannya]

    abu faiq

    ReplyDelete
  5. Salam tuan PG & Sema2...,

    abu faiq
    30 September 2010 15:05

    - Udah2lah tuh, jgn menyingkap perselisihan sesama sendiri. Komen tu memang baik jika dipandang dari segi ilmiah. Namun citarasa nurani harus difahami terlebih dahulu. Bertinta dengan berselindung dari makna, Allah sangat murka. Sebab Allah sentiasa menginati2 hati2 setiap insan dari segala yang terselindung.

    Allahuma Salim'alai Saidina Muahmmadin TibilQulubi.... teruskan..!!! Wallahu'alam..

    Pang5B..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR