FOLLOWERS

Wednesday, 15 June 2011

MEREKA SENDIRI PENUH KOTORAN YANG TAK DAPAT DICUCI !!!!!!



Dipetik dari blog : YB Zul Kulim








Salam 2 all.

Himpunan haram "Bersih-2" yang dijadualkan pada 09 Julai nanti adalah satu perhimpunan dengan niat yang "Kotor-2". Konon cerita ianya dianjurkan oleh badan-badan NGO untuk menuntut pilihanraya umum yang bersih! Ianya sebenarnya Himpunan Bersih dengan niat kotor untuk sapu bersih negara ini daripada pemerintahan Islam-Melayu! Agenda jahat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu-Islam dengan cara haram - ala Dataran Tahrir!!

Adakah pilihanraya di negara ini tidak bersih? Kalau tidak bersih, masakan 5 negeri boleh tumbang, dan 2/3 majoriti Kerajaan hilang. Teman akui pilihanraya kita tidak sempurna, sebagaimana pilihanraya umum banyak negara lain, termasuk Amerika dan negara Eropah, tetapi nak kata tidak bersih adalah fitnah sama sekali. Memang boleh beberapa perkara diperbetulkan. Contohnya undi pos. Bukan menghapuskan undi pos, tetapi memperkemaskannya, saperti membenarkan wakil calon hadir semasa pengiraan dan Borang 14 undi pos ditandatangani oleh semua wakil calon dan masing-masing menyimpan salinan sehingga pengiraan undi sepenuhnya. Ini akan memastikan ketelusan dan transparensi.

Teman tengok pilihanraya mereka sendiri pun tak bersih. Cuba tengok pilihanraya PKR. Ahlinya sendiri mengadu berlakunya penipuan, putar belit, penafian hak, ujudnya pengundi hantu dan macam-macam lagi. Calon Timbalan Presiden komplen kena buang terus yop. Calon Timbalan Presiden Mustafa Kamil Ayob membuat aduan berkajang-kajang langsung tak dilayan. Calon Ketua AMK Badrulhisham mengemukakan memorandum bantahan berkati-kati namun dibakulsampahkan. Cerminkan diri sendiri dululah yop.

Tengok pilihanraya haram masjid-masjid yang mahu dibuat di Pulau Pinang. Perkenan Tuanku YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam langsung tidak diperolehi. Suatu penderhakaan yang jelas. Dan paling teruk, daftar pengundi anak kariah masjid pun tidak ada!!! Habis siapa yang berhak mengundi. Kata barua biaDAP yang jahil muraqab, terpulang kepada Pengerusi Masjid dan AJK menentukan siapa boleh mengundi. Nak kata bodoh, pergi sekolah. Nak kata cerdik, cakap macam orang bodoh. Maknanya Pengerusi Masjid diberi ruang untuk manipulasi menentukan siapa boleh mengundi. Sudah pasti Pengerusi akan hanya benarkan mereka yang menyokongnya sahaja boleh mengundi. Anak kariah yang tak menyokong, pasti akan diketepikan. Maka akan berlaku kekecohan dan perpecahan dikalangan anak kariah. Dan yang pasti senyum khinzir ialah kaum kafir harbi juga! Tidak kah bodoh segelintir umat Islam yop?

Tetapi persoalan pokok sekarang ialah mengapa himpunan haram Bersih 2 dijalanraya mahu dibuat juga? Pertama mereka dakwa ini hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Benar Artikel 10 membenarkan hak berhimpun, tetapi ada had batasannya. Bukan hak sembrono boleh dibuat ikut nafsu sendiri. Bukannya pihak polis tidak beri berhimpun. Tetapi pihak polis benarkan, malah mencadangkan himpunan dibuat di stadium. Samada stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, malah Stadium Shah Alam pun boleh. Tetapi mereka menolak! Jadi persoalannya bukan hak berhimpun, tetapi niat jahat nak mencetuskan kekacauan dijalanan!!!

Kedua, mereka mendakwa tujuan himpunan haram itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Teman dah periksa dengan pihak istana, setakat ini tidak ada langsung temujanji dibuat dengan pihak Istana untuk mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum tersebut. Bermakna ini satu pembohongan dan putarbelit. Dan kalau setakat nak serah kepada Tuanku YDP Agong, sesudah mendapat perkenan Istana untuk mengadap, hantarlah wakil beberapa orang dan serahkan memorandum tersebut. Mengapa perlu nak buat himpunan haram ditengah bandaraya Kuala Lumpur?

Kalau sekadar nak tunjukkan rakyat menyokong, buat sahaja memorandum yang ditandatangani oleh para penyokong mereka. Ini yang kami Pertubuhan Pembela Islam buat semasa kes murtad Azlina Jailani tahun 2006. Beberapa orang kami yang mewakili badan-badan NGO memohon perkenan mengadap Tuanku YDP Agong membawa bersama kami 1,000,000 @ sejuta tandatangan umat Islam yang membantah kes itu. Dan itu pun kami tidak dapat mengadap Tuanku, hanya bertemu Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Tetapi tidak pulak kami marah melompat. Cuba bayang kalau kami mahu main kotor macam Bersih 2 ini, kami boleh minta sejuta umat yang menandatangani memorandum itu turun ramai-ramai. Tetapi kami tiada niat jahat, tujuan kami hanya untuk menyerahkan memorandum bantahan umat Islam kepada Tuanku YDP Agong. Dan matlamat kami tercapai alhamdulillah. Tiada kecoh, tiada rusuhan; ianya benar-benar proses yang aman.

Jadi rumusannya, niat golongan pelampau yang mahu mengadakan himpunan haram Bersih 2 pada 09 Julai ini sebenarnya adalah kotor; mempunyai niat jahat dan agenda kepentingan sendiri. Kalau nak berhimpun Polis benarkan buat di stadium. Kalau nak serah memorandum temujanji dengan pihak Istana pun tidak dibuat. Kalau nak buktikan ada penyokong, mereka boleh kemukakan memorandum dengan tandatangan tetapi langsung tidak dilaksanakan. Jadi apa sebenarnya niat mereka?

Niatnya jelas. Cuba baca twitter, facebook dan laman web kaum pelampau ini. "Mari kita tumbangkan kerajaan 9 Julai ini". "Jom sapu-bersih Be End 09 Julai". "Dataran Merdeka Dataran Tahrir". "Basahkan bumi KL dengan warna merah". "Kalau rakyat Mesir berjaya, kita juga akan berjaya". Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membawa kepada satu sahaja rumusan, mereka berniat mahu menjadikan 09 Julai sebagai hari rusuhan, kekacauan sebagaimana berlakunya dinegara-negara 'Arab. Dengan niat supaya Kerajaan yang dipilih rakyat ini tumbang secara ganas, kasar dan haram.

Teman cukup yakin dalang-dalang disebalik himpunan haram ini mempunyai agenda mereka sendiri. Ambeega Sreenavasan, bekas Pengerusi Majlis Peguam, badan yang terkenal anti Islam, sudah pasti mahukan kerajaan yang ada pada hari ini tumbang kerana "terlalu Islamik". Yang ini takkan rakan-rakan dalam PAS dah lupa. Dengar kata manusia yang ditabal bininya sendiri dah pukul kompang nak turun. Apa niat Majlis Peguam, terutamanya Ambiga Sreenavasan yang dilantik menjadi Pengerusi Himpunan Haram ini? Apa niat dan agenda Anwar dan kaum Anwarinas untuk mengadakan himpunan haram ini. Insyallah akan teman kupas dalam masa terdekat ini.

Jadi yop, janganlah jadi lembu bodoh yang dicucuk hidung. Teman tahu ramai rakan teman dikalangan ahli PAS mempunyai niat baik, mahukan pilihanraya yang adil dan sempurna. Tetapi adakah mereka lupa siapa dia Ambiga Sreenavasan dan Bar Council; yang kini mereka tabalkan sebagai ketua himpunan haram ini. Dan ramai rakan teman yang berhati suci putih bersih ini tidak mengenali Anwar. Mereka tidak sedar yang parti PAS sudah dikuasai oleh kaum Anwarinas yang menyembah Anwar. YB Datuk Hassan Ali pun boleh dibuang, YB Datuk Harun Taib pun boleh diketepikan; dan ini adalah antara tokoh Islam yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam dan menentang sebarang kemungkaran termasuk para peliwat dan pengenjut China-doll. Dan kini mereka tumbang.

Pada teman dan rakan yang masih cintakan Islam didalam PAS, teman ingatkan diri teman dan mike semua, bacalah Surah Al Baqarah: 7-18, Surah Yaasin 6-17, dan Surah Al Kahfi: 1-10. Jelas ALLAH berikan amaran kepada umat Islam, yang ada Al Quran ditangannya, tetapi menjadi kaum kalkatu PBB - Pekak, Bisu & Buta hanya kerana kilauan kekuasaan duniawi. Bangkitlah, dan jadilah umat contoh. Ta'muruu nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah- sadaqallah hal adheem.

Yang baik daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor.


BOIKOT BERSIH 2
TOLAK PEMIMPIN KOTOR
SOKONGLAH PARA ULAMA'

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Rejab 1432
14 Jun 2011

Penghuni Gua
: Mereka yang tak bersih sebenarnya. Mereka yang terkotor. Pilihanraya kita tak bersih. Baik PKR dan AMiga dan Lim Guan Eng lihat diri mereka dulu. Pemilihan umum mereka pun macam bakul sampah. Semuanya ditetapkan terlebih dahulu.
2. BERSIH ? Lihat ajelah Mat Sabu, DSAI / lelaki Y. Bersih ke ? kah kah kah kah kah kah !!!!! Fikirkan pengundi muda. Fikirkan. Mereka semua ini nak bodohkan melayu Islam. Hati-hati!!!! Jangan kita semua terminum air kencing mereka. !!!!!!!!!!!!! Semuanya kencing sahaja. PG sokong penuh tulisan YB Zul Kulim di atas.

5 comments:

  1. anak haram hindu ni menjilat najis2 yg penah diberak2kannya dulu

    dulu berak skrg jilat siap kolom lg si zol kolom neh!kah kah kah!

    ape pun gua mmg sokong 110%!
    kah kah kah!

    ReplyDelete
  2. *sokong hindu ni dok jilat zol kolom

    ReplyDelete
  3. Dol Monggol ini tiada hujah sekadar memaki hamn dan melalut tanpa budi perkerti dan kesopanan.

    ReplyDelete
  4. ape lu tgk umngok2 ni berhujah dgn kesopanan dan kesusilaan ke dol!
    kah kah kah!

    ReplyDelete
  5. Bangsa Melayu dan Islam bersatu demi negara Malaysia tercinta, jadikanlah kejatuhan kesultanan melaka sebagai ingatan dan pengajaran.Kepada ahli PAS bersatulah dengan UMNO (Barisan Nasional) jika orang atasan PAS tak mahu bersatu dengan UMNO, ahli PAS yang masuk beramai-ramai. Beringat sebelum terlambat, Selamatkan Malaysia.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR