FOLLOWERS

Tuesday, 28 June 2011

UNTUK SUHAKAM , PROF AZIZ BARI DAN AMBIGA : DR SHAMRAHAYU A . AZIZ UIAM !!!!!







Amalan demokrasi bukan tiket peserta demonstrasi ganggu ketenteraman

EKORAN isu semasa mengenai perhimpunan atau demonstrasi, mungkin ramai pembaca yang sudah merujuk dan menghayati peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan asasi. Peruntukan yang paling berkaitan ialah Perkara 10(1)(b) yang menyatakan, ‘Tertakluk kepada Fasal (2), 3 dan (4), semua warga negara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata’. Fasal 2(b) menjelaskan mengenai kuasa Parlimen untuk ‘…mengenakan ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam’. Kebebasan untuk berhimpun begitu penting di dalam amalan demokrasi. Atas dasar itulah ia dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, seperti kita lihat peruntukan di atas, kita tidak harus lupa bahawa peruntukan yang sama mengiktiraf kuasa Parlimen untuk mengenakan sekatan kepada kebebasan ini sekiranya difikirkan ‘perlu atau suai manfaat’ kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Saya amat yakin mereka yang terdidik di dalam bidang undang-undang, terutama peguam memahami peruntukan ini – sama ada mengenai hak untuk berhimpun dan kuasa Parlimen untuk membuat sekatan yang ‘perlu dan suai manfaat’ kepada kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam.

Tetapi menerusi perbincangan dan pembacaan, saya agak sangsi sama ada mereka yang menyokong perhimpunan sebegini menghargai kuasa Parlimen dan juga maksud frasa ‘keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya’ dan ‘ketenteraman awam’. Mungkin pada mereka, kebebasan untuk menyuarakan pendapat melalui perhimpunan tidak akan mengganggu keselamatan negara atau ketenteraman awam kerana mereka berjanji akan sentiasa patuh kepada undang-undang negara. Alangkah baiknya sekiranya ini benar.

Namun begitu, adakah janji seperti ini akan dapat meyakinkan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara? Ia agak mustahil. Pihak keselamatan tidak mungkin yakin dengan janji sebegini kerana perhimpunan sebegitu besar semestinya payah untuk dikawal. Cuba kita bayangkan sekiranya peserta perhimpunan ini yang mengawal keselamatan dan ketenteraman awam. Tidakkah mereka juga bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku?

Dari kacamata siapakah kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam perlu ditentukan? Siapakah sebaik-baik pihak yang patut menentukan sama ada kebebasan berkumpul ini akan mengancam keselamatan atau ketenteraman awam ataupun tidak? Sejauh mana orang awam mengetahui mengenai tahap ancaman dan juga tahap keselamatan negara. Mungkin benar orang awam boleh mengagak dan membuat andaian, tetapi mungkin tidak begitu tepat seperti mereka yang ahli.

Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal kerana perasaan fanatik peserta perhimpunan, saya percaya mereka akan menuding jari kepada pihak keselamatan negara. Sekiranya ini berlaku mungkin orang lain, terutama pihak keselamatan pula akan disalahkan.

Mungkin perlu juga kita ketahui maksud dua frasa penting yang berkaitan. Apa maksud ‘keselamatan Persekutuan’ dan ‘ketenteraman awam’? Ini penting untuk difahami. Ia membolehkan kita membuat analisis mengenai maksud yang ingin dicapai oleh undang-undang ketika meletakkan sekatan ke atas kebebasan berhimpun.

Secara umumnya kedua-dua frasa ini amat berkait rapat walaupun kita dapati tiada tafsiran undang-undang yang khusus mengenainya. Frasa ‘keselamatan negara’ menunjukkan keperluan untuk menjaga negara daripada ancaman aktiviti subversif (Black’s Law Dictionary, 1999, hlm. 821). Ketenteraman awam pula merujuk kepada keteraturan sistem kehidupan di kalangan khalayak awam untuk kebaikan mereka (reP.P Long@Jimmy & Ors[1976] 2MLJ 133, hlm. 136). Ia mempunyai maksud yang sama dengan keselamatan awam (re Tan Boon Liat [1976] 2 MLJ 82, hlm.86).

Kekacauan kepada ketenteraman awam adalah berbeza daripada perbuatan melanggar undang-undang. Perbuatan melanggar undang-undang hanya membabitkan individu atau beberapa individu saja. Sekiranya perhimpunan dilakukan tanpa permit, ia adalah melanggar undang-undang. Tetapi, ia berbeza dengan perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam yang bermaksud perbuatan yang menjadikan persekitaran atau patologi tidak selamat di kalangan orang awam.

Ujian perundangan untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu hanya perlakuan melanggar undang-undang atau ia menjejaskan ketenteraman awam ialah, adakah perlakuan itu menyebabkan rasa tidak selamat orang awam atau kumpulan masyarakat yang berada di suatu tempat; atau adakah ia hanya membabitkan individu tertentu saja tanpa menjejaskan kestabilan atau ketenteraman awam.

Sekiranya perlakuan itu hanya mengganggu seorang atau beberapa individu saja, ia hanyalah perbuatan melanggar undang-undang. Sekiranya ahli masyarakat tidak dapat menjalankan aktiviti atau rutin harian, maka perbuatan itu adalah gangguan kepada ketenteraman awam. Oleh itu maksud keadaan yang menjejaskan ketenteraman awam ialah ia mengganggu aktiviti atau rutin harian ahli masyarakat.

Berdasarkan tafsiran undang-undang itu, bukankah perhimpunan seperti dirancang itu adalah ancaman kepada keselamatan negara dan keselamatan awam? Adakah mereka yang menyertai perhimpunan mementingkan diri tanpa menghiraukan hak orang lain dalam sistem demokrasi? Bukankah mencegah itu lebih baik?

Penulis ialah Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM

Penghuni Gua
: PG harap Prof Aziz Bari dan SUHAKAM serta Ambiga membaca artikal oleh Dr Shamrahayu ini. Cukup-cukuplah menipu dan membelitkan fakta undang-undang dan menipu orang ramai.

2. PKR dan PAS ini jangan cakaplah. Telinga mereka dah jadi tuli dan mata mereka semuanya buta. Mereka ini semuanya serupalah dengan yahudi. Cakap apa pun tak kan dengar. Allah pun sebut mengenai Yahudi ini dalam surah Al Fatihah. Yahudi ini cakap apa pun takkan dengar kerana Allah dah anggap mereka macam orang mati dah.

3. Tangkap aje !!!!!!!

14 comments:

  1. CITER DGN ORG KEPALE BESI MCM FUCKATAN MEMBAZIR JEK BROO..TANGKAP SUMBAT JEK DLM LOKAP..HARKK PTUIHHH!!

    ReplyDelete
  2. Memang dia org buat serupa mcm Yahudi... buat ikut telunjuk Yahudi - APCO!

    Memang diorang jadi buta dan tuli sebab permintaan diorang utk PRU yang benar-benar BERSIH dibuta-tulikan... rasa-rasanya tak salah dan tak berat pun permintaan tu. tambahan pulak untuk hak dan kebaikan rakyat.

    Dakwat kekal... dah cadang nak buat tapi dibatalkan saat akhir atas sebab ade org buat dakwat utk menipu PRU, tapi kenape sampai skrg tak ditangkap/didakwa...retorik utk tak guna dakwat kekal? ...contoh mudah!

    UNDI POS... ketelusannya? takkan sampai anak-pinak laki-bini pun jadi pengundi POS? Cube la dikaji untuk penambahbaikan dan ketelusannya.

    Krang kaji la sendiri... apa salahnya jika penambahbaikan dan cadangan BERSIH tersebut diambil untuk ketelusan. Yg mana perlu pergi ke Parlimen... kita ikut prosidur la! Yg boleh diperbaiki... kita layan!

    Jangan takut kat BERSIH... kita perlu lebih takutkan yang KOTOR kerana yg kotor membawa penyakit!

    ReplyDelete
  3. Ralat... Memang dia org buat serupa mcm Yahudi... tapi tak buat ikut telunjuk Yahudi - APCO!

    ReplyDelete
  4. la....pihak ko orang pun apa kurangnya...TALI BARUT YAHUDI.....tapi yahudi yahudi dia orang pun,,,,kalau dah salah...dia org begitu "GENTLEMEN " letak jawatan,,,tapi mamat tu ,,,dah clear macam macam,,,malas nak sebut,,,,dok kata konspirasi,,,,konspirasi "KEPALA HOTAK DIA " kalau hati tu dah kelam...mata dah buta....susah la den nak cakap dah....LANTAK LAH KO ORANG....

    ReplyDelete
  5. Hoi hoi, betuile hang kata yang kotor bawa penyakit. Bang Nuau kou tu pengotoq, pengkonket, penjuboq, penjilat. Itu dulu mau kasi bersih. Bodoh Langsi ni...

    ReplyDelete
  6. Cuba tanye ZianaZ soalan ni - Siapa lari pakai spender je? Kat PD ke kat Port Dickson?

    ReplyDelete
  7. ada 4 saksi ke anon 1832.

    nanti kena qasaf.

    ReplyDelete
  8. sendri punya taik kasi tutup rapat..
    org punya taik jgk kasi korek..
    mahai ini umngok!

    ReplyDelete
  9. Dol... dia bukan kasi tutup rapat itu taik tapi dia kasi C4 mahu kasi hablur itu taik!

    Tapi kuasa TUHAN lagi besar... masih ada sisa-sisa bukti! Polis dan hakim punya tugas buat siasat dan hukuman dunia... donia boleh spin la, nanti akhirat sendiri mau jawap tau!

    Hakim perlu sedar... penghakimannya dihakimi rakyat!

    ReplyDelete
  10. Pandai pulak ko langsi kasi hujah mana bole kasi tutup rapat...sisa bukti jugak ada,,,kuasa TUHAN....Habis itu klip Video apa citer,,,,sapa buka seluar anuar,,,sapa lap kote anuar,,sapa buka baju anuar,,,apa? HANTU BUKA KA???? Ngaku aje lah kebenaran..Buat apa spin byk byk,,,Sama anuar jugak la...DONIA BOLE SPIN LA...NANTI AKHIRAT SENDIRI MAU JAWAP TAU!

    ReplyDelete
  11. Tunggu saja langsi(ur) dan daolmonggolsondol jadi akim suma lawan kena ukum. Yang sebelah suma betul berpaksai ukum udud hamPAS dalam mangkok. Kaedah sains suma tak boleh guna, tapi itu udud dibuat oleh wollay triumphah dan bang nuawi bastad konketkuti dan keling pundekuti itu melayu supa macam langdol untung sebelah ajer...

    P5B...

    ReplyDelete
  12. rupanya Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM nak kuliahkan Prof Aziz Bari

    ReplyDelete
  13. Assalamulaiakum PG, lama tidak muncul. Syabas saudara tetap bergerak tegas dan cergas pantau gara gara akal dan pemikiran orang yang bijakpandai berkata kata, maklumlah ada hendak menuju ke jln kanan dan ada yang ke kiri jalanan, biasalah kot manusia, nak jalan laluan yang di fikirkan mudah baginya, mungkin tak mudah bagi orang lain.

    Negara ini ada Perundangan dan penguatkuasa undang2 dan semua pihak perlu hormati ruang kebebasan, jangan lah bertindak melampaui batasan, itu sudah bukan lagi hak kebebasan, itu sudah berunsur mencabar undang-undang dalam negara itu sendiri.

    Perhimpunan ditempat awam ker atau dijalanan ker satu tindakan yang tepat, bukan ditempatnya, agak tidak manis.

    negara telah memberi ruang dalam Undang Undang Negara, memberi kekebasan untuk menyertai menubuhkan pertubuhan NGO, termasuk parti politik supaya semua orang atau ahli pertubuhan itu sendiri patuh kepada perlembagaan pertubuhan itu sendiri,

    jika ada juga pihak yang menggunakan ruang awam mesti ada pihak berkuasa dipertanggungjawab, minta lah kebenaran permit, jangan terbawa bawa kerana marah untuk melepaskan ketidak puasan hati, jika pihak yang berkuasa tidak memeberi permit, pasti ada sebab munasabah keselamatan awam lagi diutamakan dari peribadi, sudah menjadi satu kesalahan pada pertubuhan itu sendiri, jika tidak patuh kepada undang-undang tubuh pertubuhan itu sendiri. kecuali dalam Undang2 pertubuhan itu boleh sebebas bebasnya mengadakan perhimpunan jalanan dan tempat awam? mungkin boleh?, ......

    tetapi tak pernah pulak dengar ada kebebasan seperti itu sebebas bebasnya yang pernah diluluskan dalam pertubuhan NGO dan mahupun Parti Politik?

    jika perkara itu tidak wujud, maka perhimpunan dijalanan dan ditempat awam adalah satu kesalahan, jika tak ada permit, seolah tindakan itu sudah mencabar ketentteraman awam, sama lah juga tindakan itu sudah mencabar Perundangan negara seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,

    bermaksud salah lah juga jika diteruskan. Tidak kira sesiapa sekali pun, selagi dia rakyat negara ini, patuhlah undang-undang negara ini dan jika semua pihak tahu menghormati hak hak dalam perundangan negara itu sendiri, tidak kiralah baik rakyat biasa, pertubuhan NGO, parti Politik, kita semua asset negara ini untuk memelihara Kedaulatan negara ini dari ancaman anasir jahat,

    bersatulah, bincanglah, tabah dan sabar tanpa emosi, insyallah apa pun yang dianggap masalah itu hanya permainan emosi dalam akal dan pemikiran manusia itu sendiri.

    kadang kadang emosi itu punca penyakit membawa tekanan yang menyebab keputusan bertindak itu tidak mengikut kehendak dan sasaran. kadangkala kesan emoasi itu memebri kesan negatif, jadilah rakyat yang berbudi baik jiwanya untuk kebaikan masyarakat sejagat.

    Fikir-Fikirlah, pilihlah yang mana yang benar dan yang mana yang batil.

    Wassalam.

    Raja Pelangi Banjaran Titiwangsa banjaran kroker

    ReplyDelete
  14. hadui parahlah kalau org islam sdiri menyahudikan org islam... siapa penulis utk menilai keislaman seseorg..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR