( Setiap seorang penyelam wajib minum coke dan sedikit air laut setelah berjaya menyelam.
Ini adalah acara semasa majlis tamat latihan di Pantai Panuba Inn Tioman )
Penghuni Gua : 17 Jun 2011 dah selesai dan berjaya menamatkan kursus berkenaan . Selaman paling dalam 100 kaki ( sejauh / setinggi bangunan 10 tingkat ). Pemandangan yang amat mengkagumkan. Terima kaseh kepada jurulatih Emy dari Swissland, Gatner dari Peranchis , Tony Labenon, dan Endrea Jerman kerana begitu komited dalam mengajar kami hingga berjaya. Juga kepada Min , Samsul , dan lain-lain yang membantu kami dan menjadi Buddy kami semasa menyelam. Tahniah kepada rakan-rakan lain juga.
2. Hari ini 18 june 2011 berada di Langkawi. Berjalan-jalan dan kalau ada masa lapang nak guna menyelam di Langkawi. Tinggal di Sand Chalet. Pemandangan yang baik di sini dan amat tenang. Pagi ini sedang dok tinjau-tinjau nak cari rakan untuk menyelam. Nampak gayanya ada peluang untuk menyelam. Cuaca amat baik.
No comments:
Post a Comment