FOLLOWERS

Tuesday, 13 March 2012

BEZA ANTARA KEDUANYA!!!!!!!!!!!!!!

Agenda Daily

Shahrizat VS 'Anugerah Tuhan'....



anwar-jat

Apa bezanya pada  dua gambar ini...?

Satu, Datuk Seri Wan Azizah Ismail,Presiden PKR sedang mengiringi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim waktu perbicaraan kes liwat baru-baru ini.
Satu lagi Datuk Seri Shahrizat Jalil ,yang bakal tinggal jawatan Ketua Wanita UMNO sahaja pada 8 April ini  sewaktu di komplek mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur Isnin bila pertuduhan dibacakan terhadap suaminya Pengerusi NFC,Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail.
Kalau dari segi gambar sahaja ,jawabnya tidak ada apa bezanya kecuali persenolitinya berbeza dan kedua-duanya adalah isteri yang mengiringi suami ke mahkamah kerana kes masing-masing.
Persamaannya Wan Azizah dan Shahrizat masing-masing memegang jawatan tinggi parti.
Bezanya Barisan Nasional tidak pernah desak Wan Azizah letak jawatan Presiden PKR waktu beliau menjadi pengiring suaminya menghadapi kes moral itu.
Sebaliknya pembangkang melalak Shahrizat kena letak jawatan Ketua Wanita UMNO serentak dengan jawatan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.
Mungkin kekurangan Shahrizat beliau lupa nak bagi satu gelaran istimewa pada suaminya.
Memang susah nak berlawan dengan orang yang sudah bagi title  'Anugerah Tuhan' pada suami sekalipun masih bergelumang dengan dakwaan video seks 99.9 % tulen.
Ada budak -budakpembangkang yang bagi alasannya kononya kes Anwar dan Dr Salleh berbeza.
Bagi mereka Anwar kes ' kena fitnah' manakala Dr Salleh kes pecah amanah.
Mereka lupa Anwar tengah mengidam sangat nak jadi Perdana Menteri ...dimana rakyat Malaysia kena jadi PAK SANGGUP pada satu kemungkaran itu jika beliau tidak bersihkan diri dari dakwaan itu.
Tolong tanya buak-budak pembangkang itu hakim mana yang  pernah sahkan dakwaan terhadap Anwar itu satu fitnah.
Pembebasannya dari kes liwat cuma kerana tidak cukup bukti dan masih ada peringkat rayuan lagi oleh Saiful Bukhari Azlan.
Kalau nak tahu dakwaan kes video seks 99.9 % tulen itu fitnah atau tidak maka budak-budak pembangkang itu kena jumpa untuk dapatkan taklimat khas dari Datuk Sharzly Eskay Abdullah.
Shamsul Iskandar Mat Akim boleh tawar diri sebagai orang pertama bersemuka dengan Eskay sekalipun dia pernah bertindak macam orang hilang akal  memekak mencemari masjid di Sentul semasa tro Datuk T nak bersumpah dakwaan video seks itu benar di situ tidak lama dulu.
Kalau tidak sanggup seorang diri boleh bawa sama Nik Nazmi Nik Ahmad supaya mereka dapat mengenali sang ' Anugerah Tuhan' mereka secara lebih dekat.
Memamg lucu melihat gelagat puak yang merasa dunia ana yang empumya - tidak pernah rasa salah atas apa sekalipun tapi orang lain semua salah.
Sebenarnya ayatnya untuk lepas ke muka puak ini ringkas dan mudah saja...BOLEH BELAH. - 13/3/2012
Penghuni Gua : PG setuju benor.......................kah kah kah kah kah !!!! Tak ada pulak Sahrizat kata ini konspirasi atau memerangkap suaminya. Tidaknya..... kalau kena puak ini... ayatnya ialah memerangkap, konspirasi dan lain-lain. Semuanya salah orang dan kerajaan sehingga ustaz mangkok Badrul tu pun kata yang orang memerangkapnya. Sapa le nak perangkapnya. ... Kah kah kah kah . Itulah beza keduanya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR