[1995] 3 MLJ 130
Chan Ah Moi v Phang Wai Ann
Case Details:
Malaysia
Judges ABDUL MALIK ISHAK J
Date 28 JUNE 1995
Citation
[1995] 3 MLJ 130
Catchwords:
Family Law — Relations between husband and wife —
Non-molestation order — Prerequisites — Applicability of Domestic Violence Act
1994 — Domestic Violence Act 1994 ss 2, 5 & 13 — Law Reform (Marriage and
Divorce) Act 1976 s 103
Family Law — Relations between husband and wife — Exclusion
order — Whether court can grant order excluding husband from matrimonial home —
Civil Law Act 1956 s 3
Bahasa Malaysia Summary:
Ini adalah suatu petisyen ex parte oleh pempetisyen sebagai
seorang isteri yang telah diserang-sentuh. Pempetisyen dan penentang, iaitu
suaminya, telah mendiami rumah yang berasingan selama lapan tahun apabila
penentang telah menyerang pempetisyen dengan sebilah pisau panjang, dan
mengakibatkan kecederaan serius kepada beliau. Penentang telah ditangkap dan
disabit atas suatu kesalahan di bawah s 326 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45)
(‘Kanun Keseksaan’). Beliau telah dihukum penjara selama 41Ú2 tahun dan dijangka
akan dibebaskan pada 19 Ogos 1995. Oleh kerana penentang akan dibebaskan tidak
lama lagi, pempetisyen telah membuat petisyen untuk perintah tidak mencabuli
dirinya dan suatu perintah ketakmasukan ke dalam mana-mana kawasan di dalam
kediaman suami isteri di mana beliau tinggal dan juga kawasan di mana kediaman
suami isteri itu terletak.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan petisyen itu:
(1) Di bawah s 103 Akta Membaharui Undang-Undang
(Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (‘Akta itu’), jika pempetisyen telahpun
memfailkan prosiding untuk pembubaran perkahwinan atau memberi akujanji untuk
berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan oleh mahkamah, perintah tidak
mencabuli dirinya itu akan dibenarkan. Ini telah dilakukan oleh pempetisyen di
dalam kes ini kerana beliau telah memfailkan prosiding untuk pembubaran
perkahwinannya.
(2) Tidak terdapat peruntukan di dalam Akta itu untuk suatu
perintah ketakmasukan. Bagaimanapun, di mana terdapat suatu lakuna di dalam
undang-undang di Malaysia, prinsip common law di England boleh digunakan
seperti yang diperuntukkan oleh s 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Walaupun
suatu perintah ketakmasukan mungkin merupakan suatu remedi yang kejam, ia
adalah suatu keburukan yang perlu. Oleh kerana penentang mempunyai rumah untuk
kembali kepada apabila dilepaskan dari penjara dan tidak payah memikirkan
tentang tempat kediaman, perintah ketakmasukan itu dibenarkan.
Obiter
Walaupun s 5 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (‘AKRT’)
membayangkan suatu perintah perlindungan jangka masa panjang di mana si suami
telah dituduh atas jenayah yang termasuk dalam definisi keganasan rumah tangga,
pada masa penentang dijatuhkan hukuman pada 7 Oktober 1992, AKRT belum
diperundangkan. Jika AKRT telah berkuatkuasa pada masa penentang dituduh di
bawah Kanun Keseksaan, ini akan membawanya ke dalam erti maksud ‘keganasan
rumah tangga’ yang ditakrif dalam s 2 AKRT dan perintah perlindungan yang
dibayangkan dalam s 13 AKRT juga boleh digunakan.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
No comments:
Post a Comment