( Ikan Nemo bertelur )
Agenda Daily
Dewan Rakyat luluskan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas...pembangkang terus 'buat perangai'
- Selasa, 20 Mac 2012 16:22
- NOOR HASILAH ISMAIL
Kerana matlamat politik pembangkang boleh tukar warna jadi
macam-macam.Laporan pakar antarabangsa kata kilang Lynas di Gebeng,Kuantan
OK...mereka tak setuju.Laporan pakar luar negara kata video seks Datuk Seri
Anwar Ibrahim 99.9 patus tulen...mereka kata bohong.
Yang melucukan bila orang mereka sendiri,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr
Rosli Che Mat ,seorang pakar nuklear kata kilang Lynas selamat....mereka kata
itu pandangan peribadi beliau.Dewan Rakyat Selasa menyaksikan tindakan tanduk pembangkang yang meloyakan
itu - tanpa sokongan laporan pakar antarabangsa, mereka menolak usul untuk
menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas.
Namun atas sokongan majoriti ahli parlimen BN penubuhan jawatankuasa itu
diluluskan.Usul berkenaan dibentang oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Nazri Aziz.Usul berkenaan hangat dibahskan kerana gelagat ahli parlimen pembangkang yang
bagai kanak-kanak menangis minta ais krim....tetap meluahkan kata-kata kosong
dakwa kilang itu tidak selamat.
Entah kenapa Dr Rosli tidak hadir semasa perbahasan berkenaan.Ahli Parlimen PAS Shah Alam ,Khaled Nordin bagi alasan beliau ada urusan di
luar.Alasanya ini telah disambut oleh sorakan sindiran dari para ahli parlimen BN
yang cukup tahu pendirian ahli parlimen PAS Hulu Langat itu tidak selari dengan
ahli parlimen pakatan pembangkang lain.
Dr Rosli ialah seorang pakar sedangkan ahli parlimen pakatan pembangkang
lain satu benda habuk pun tak tahu pasal soal nuklear.Ramai para pemerhati perbahasan itu menerusi CCTV hanya golek kepala lucu
melihat gelagat mereka yang kemudiannya bertindak keluar bila usul itu
diluluskan.
Mereka kemdianya buat sidang akhbar di luar dewan kata hendak boikot
jawatankuasa khas itu.DAP sebelum ini sudah menyatakan tidak mahu sertai jawatankuasa yang
sepatutnya dianggotai oleh empat ahli parlimen BN,tiga pembangkang dan seorang
Bebas.Ia akan diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled
Nordin.
Pembangkang marah kerana menuntut agar jawatankuasa diberi kuasa membuat
keputusan keatas nasib kilang itu.Mereka dakwa jawatankuasa itu tidak ada apa-apa makna jika tidak ada kuasa
penentu itu.-20/3/2012-OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
Penghuni Gua : Inilah jadinya bila yang tiada akal bercakap. YB Dr Rosli MP PAS Hulu Langat di bawa lari oleh PAS untuk tutup mulutnya dari bercakap bab lynas . Ini kerana Dr Rosli kata selamat. Mangkok hayun lain yang tak tahu apa bab nuklear boleh kata tak selamat. Itulah jadinya jika yang tak berakal bercakap dan buka mulut. Tak ke lawak ? KAH KAH KAH KAH KAH !!!!!!
mereka tak tau apa pun, setakat menghambur air liur je! Ibarat jurulatih takraw diminta bercakap dan melatih pasukan bola real madrid!
ReplyDeleteInilah stail kepimpinan pembangkang. Orang yang ada kepakaran bila berhujah didapati tidak selari dengan maksud politik mereka ditolak mentah-mentah manakala yang tidak pakar atau kaki kelentong disokong sebulat suara asalkan ada persamaan dengan maksud politik mereka. Itupun masih angkuh kata rakyat sokong mereka semakin ramai. Minta |Allah tunjuk kat puak-puak ini yang menggadai agama supaya jadi macam kat serawak, cakap berdegar-degar tapi abok saja ada..
ReplyDeletedepa tau lynas tidak bahaya tapi dah nama pun pembangkang kat malaysia ni takdak kualiti (biseksual, rasis, konon nabi, imam mahdi, anugerah tuhan ntah apa lg)
ReplyDeletedepa main isu ni mcm 'milking the cow til dry'...baca akhbar cina. Yg aku gelak, org tua ngaku hidup dia tak sihat tapi tak mampuih2 pun! tua ganyut lagi...
YG AKUI LYNAS SLMT PAKAR PAS JUGAK. YG BANGKANG PUN PAS JUGAK. LAST2 DIORANG NK DGR CKP SAPE KLU SESAMA SENDIRI PUN BANGKANG SATU SAMA LAIN?..BENGAP BTOL LER PASRAEL NIH HUHUHUHU
ReplyDeleteTumpang ketawa, keh! keh! keh! keh!
ReplyDelete