[1994] 1 MLJ 129
Dato Low Nam Hui v Vu Siew Chin
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — DIVORCE
PETITION NO
47–139–1986
Judges ALAUDDIN J
Date 24 OCTOBER 1993
Citation
[1994] 1 MLJ 129
Catchwords:
Family Law — Ancillary relief — Whether application can be
made after decree absolute made — Whether leave of court necessary — Divorce
and Matrimonial Proceedings Rules 1980 r 56
Civil Procedure — Striking out — Application for ancillary
relief in divorce proceedings not made in respondent’s answer to divorce
petition — Application filed 41Ú2 years after decree made absolute — Whether
application was scandalous and vexatious
Family Law — Ancillary relief — Whether respondent entitled
to ancillary relief based on merits of the case
Bahasa Malaysia Summary:
Pempetisyen dan responden telah berkahwin pada tahun 1976.
Dalam tahun 1986, pempetisyen memfailkan suatu petisyen untuk memohon supaya
perkahwinan itu dibubarkan. Pada tahun 1987, pempetisyen memfailkan suatu
petisyen yang telah dipinda. Responden tidak memfailkan jawapan sama ada kepada
petisyen ataupun petisyen yang telah dipinda itu. Dalam tahun 1988, suatu
decree nisi telah diberi kepada pempetisyen di hadapan kedua-dua responden dan
pempetisyen bersama-sama dengan peguambela masing-masing. Responden mahupun
peguambela beliau tidak membuat sebarang permohonan untuk relief sampingan.
Decree nisi telah dibuat mutlak pada 11 April 1988. Selepas itu, responden
telah memfailkan satu rayuan terhadap dekri tersebut tetapi telah menarik balik
rayuannya. Lebih kurang 41Ú2 tahun kemudian, responden telah memfailkan suatu
permohonan untuk relief sampingan. Pempetisyen kini memohon untuk membatalkan
permohonan responden atas alasan bahawa: (i) permohonan responden untuk relief
sampingan tidak mematuhi k 56 Kaedah-Kaedah Penceraian dan Prosiding-Prosiding
Hal-Ehwal Suami-Isteri 1980 (‘Kaedah itu’); dan (ii) permohonan responden
adalah tanpa merit.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan pempetisyen:
(1) Adalah jelas daripada k 56 Kaedah itu bahawa suatu
permohonan untuk relief sampingan mesti dibuat dalam petisyen atau dalam
jawapannya. Ia merupakan suatu peruntukan mandatori kerana perkataan yang
digunakan adalah ‘mesti’ (‘shall’). Jika tiada sebarang permohonan seperti itu
dibuat dalam petisyen ataupun jawapannya, kebenaran mahkamah diperlukan di
bawah k 56(2)(a) Kaedah itu. Oleh kerana kebenaran tidak diperolehi, permohonan
responden adalah cacat dan dengan itu tidak dibawa dengan betul di hadapan
mahkamah.
(2) Responden telah mengambil hampir 41Ú2 tahun untuk
memfailkan permohonan untuk relief sampingan dan, oleh kerana beliau telah
menarik balik rayuan beliau terhadap dekri hakim, beliau dihalang daripada
membuat permohonan beliau ini, yang telah dibuat selepas suatu kelengahan yang
melampau dan tidak munasabah dan adalah mengaib atau menyusahkan. Dengan
menarik balik rayuan beliau, responden telah menerima perintah dan dekri
mahkamah.
(3) Tidak satupun daripada aset yang diperolehi semasa
perkahwinan telah diperolehi melalui usaha bersama kedua-dua pihak. Responden
tidak menyumbang apa-apa pun kepada kebajikan peribadi pempetisyen ataupun
kepada kebajikan keluarga semasa perkahwinan mereka dan tidak ada anak yang
dilahirkan semasa perkahwinan itu. Pempetisyen telah memberikan aset yang
substansial kepda responden semasa perkahwinan mereka dan responden juga
mempunyai aset yang substansial. Tuduhan pempetisyen bahawa responden juga
telah bersetuju bahawa pemberian aset tersebut kepada beliau merupakan satu
pemberian ataupun penyelesaian sekaligus dan bahawa beliau tidak akan membuat
sebarang tuntutan ke atas aset pempetisyen atau meminta untuk sebarang nafkah,
boleh dipercayai. Selanjutnya, aset substansial dan sumber kewangan responden
sendiri adalah lebih daripada mencukupi untuk segala keperluan munasabah responden.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam . ia boleh diakses di Laman Web Jabtan Kehakiman Malaysia. Tq
No comments:
Post a Comment