FOLLOWERS

Friday 17 January 2014

BILA MELAYU YANG DI LEMBUKAN DAP MENULIS!!!!!! KAH KAH KAH !!!!!!


MALAYSIAKINI

Bagaimana mitos anti-Melayu DAP bermula?

Mahdzir Ibrahim | 10:00AM Jan 17 2014

ULASAN

 Saya tak pasti akan dapat memberi jawapan yang jelas sebagaimana soalan tersebut kerana adakalanya jawapan tu hanya dapat digambarkan saja. Justeru, pembaca berhak menyimpulkan sendiri jawapan yang saya tulis ini, dalam keadaan sedar diri dan waras. S

Sedar bahawa siapa saya, budaya saya dan keinginan saya.Antara penolakan yang paling popular oleh DAP ke atas dasar-dasar kerajaan Umno adalah hal yang berkaitan tentang DEB. Yang nyata, DAP menolak pada kaedah atau mekanisme perlaksanaannya, bukan menolak tujuan dan matlamat DEB.

Jawapan yang sangat objektif ini rupa-rupanya belum cukup buat orang Melayu faham, kerana pendirian DAP ini telah diputar belit oleh Umno menerusi propaganda perkauman yang sangat licik.Justeru, jawapan tersebut perlu lagi dijelaskan dengan lebih mendalam, moga-moga kepalsuan dapat dijinakkan menerusi kempen-kempen kesedaran atau kempen ‘pembetulan’, dan rencana ini adalah sebahagian dari kempen-kempen tersebut.

Sebagai permulaan, kita perlu surut kembali kepada sejarah lampau untuk memahami skeleton mitos DAP anti-Melayu dengan hujah DAP menolak DEB kerana faktor perkauman.Semuanya bermula selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969. Zaman ini belum ada Internet, belum ada telefon bimbit malah, populasi kita hanya sekitar 10.8 juta orang sahaja, termasuk kaum Cina, India dan Sabah Sarawak.

Kira-kira setahun selepas peristiwa 13 Mei, Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) kali kedua diadakan di Universiti Malaya pada 1970, mungkin ia berlaku secara kebetulan dan tiada kaitan dengan tragedi 13 Mei itu.KKK ke-2 ini diadakan untuk mencari, merumus dan jika dapat, untuk mengabsahkan identiti bangsa Malaysia. 

Rasional pengabsahan identiti bangsa Malaysia ini diyakini oleh mereka (kerajaan Umno-Perikatan) akan dapat membantu menstruktur, menginstitusi atau melembagakan identiti kita rakyat Malaysia menjadi satu bentuk rigid yang dapat dipegang, dilihat dan dihormati. Maka ia lengkap sempurna menjadi identiti politik Malaysia.

Hasil dari DKK, satu dasar telah dibentuk, dan inti dasar ini ‘budaya Melayu’, ia telah diangkat sebagai teras budaya kebangsaan (nasional). Budaya kaum lain, diterima seadanya, sekadar untuk melengkapkan pakej budaya nasional, itu sahaja.Untuk membangunkan sebuah negara bangsa dari puing-puing kehampaan, imaginasi baru harus dibentuk terlebih dahulu, ini juga biasa terjadi dalam mana-mana negara yang masih muda remaja. 

Dan, jangan kita lupa, imaginasi juga selalu dikaitkan dengan ilusi.Memahami DKKDalam DKK, budaya dari satu kaum iaitu Melayu, diangkat menjadi teras budaya dan identiti nasional (kebangsaan), sebagai ‘Malaysia’. 

Hakikat ini tidak ada salah dan silapnya selagi ia diterima oleh mana-mana bangsa pada ketika itu.Apa yang pasti, pengabsahan identiti budaya nasional yang termeterai ini, secara tidak langsung seakan-akan menjadi kontrak sosial (mutual understanding) Antara kaum. Justeru, apa pula masalah kontrak sosial ini?

MitosDari rentetan sejarah dan sebahagian dari dapatan dari dokumen DKK ini, mitos Ketuanan Melayu semakin kuat dijadikan slogan, di zaman inilah bermulanya budaya politik perkauman yang terus berjalan secara sistematik oleh kerajaan Umno hingga ke hari ini.Ahli politik Umno mula berpolitik atas nama bangsa atau kaum. Hujah kaum digunakan untuk menjustifikasikan tindak-tanduk politik mereka. Cabar mencabar atas nama ketuanan Melayu hingar-bingar. 

Atas nama kaum jugalah ia digunakan untuk ‘menghalalkan’ kerja rasuah dan salahguna kuasa elit politik Umno dan rakan kroninya.Jika ia dipertikaikan oleh oposisi seperti DAP, silap berdebat kita dikatakan anti-Melayu. 

Bagi ahli Melayu parti oposisi akan dicop sebagai pengkhianat bangsa, Melayu murtad, Melayu lima puluh sen dan sebagainya. Dan hari ini, itulah yang benar-benar terjadi.Mitos ketuanan Melayu ini menjadi ‘ajaran’ yang membenam dalam ke dalam otak, menjadi peta pemikiran segelintir golongan ultra Melayu yakni kroni Umno. 

Inilah slogan, inilah hagemoni yang wujud hasil dari roh yang ditanam dalam DKK.Jangan kita lupa kata-kata Nelson Mandela, “ Tiada orang yang lahir dengan membenci orang lain kerana warna kulit, latar belakang atau agamanya. 

Manusia belajar membenci, dan jika mereka boleh belajar membenci, mereka juga boleh diajar untuk menyayangi, kasih sayang akan datang ke hati manusia secara semulajadi berbanding sebaliknya.”Maka, mitos ketuanan Melayu inilah yang membentuk satu mitos politik baru iaitu DAP anti-Melayu, hanya kerana DAP mempertikaikan tindak-tanduk elit politik Umno yang menyalahgunakan kuasanya dan memecahbelahkan rakyat pelbagai kaum.

Tanpa memahami latar-latar ini, kita tidak akan faham malah akan terpercaya dengan mitos perkauman ke atas DAP dengan menyangka DAP itu parti cauvinis Cina.Hakikatnya tidak begitu, dan sebagai rujukan, kita petik salah satu perenggan dari Deklarasi Setapak 1967, ia dibacakan setahun selepas parti DAP diabsahkan oleh ROS (ROS yang dahulu, bukan ROS yang sekarang), iaitu

:“Jika kami hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum, maka perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali, atas dasar keinginan dan boleh dilakukan.”

DAP menjunjung Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, tidak ada pertikaian dalam hal ini. Dan DAP juga mahu bahasa ibunda lain terus diiktiraf dan diberi ruang dalam bidang pendidikan, kesusasteraan, seni dan kebudayaan selagi mana ia terus mengabdikan cinta dan taat setia kepada tanahair

. Itulah yang sewajarnya dan itulah rupa Malaysia.Sebelum kita terlupa, lebih awal dari semua ini, presiden Umno yang pertama telah dapat menghidu akan semua masalah ini. Pada 1951, Dato Onn keluar dari parti Umno kerana cadangannya untuk menjadikan Umno parti pelbagai kaum, telah ditolak oleh perwakilan dan pemimpin elit Umno .

Sayang sekali, jika tidak, integrasi antara bahasa dan budaya akan lebih mencerminkan semangat Malaysia. Kini, semangat Dato Onn itulah yang sedang kita sama-sama perjuangkan.

MAHDZIR IBRAHIM ahli jawatankuasa Pemuda DAP Pusat (DAPSY Kebangsaan), juga seorang peminat seni dan kebudayaan.

PENGHUNI GUA: KESIAN DGN MELAYU NI. HANYA DAPAT SEKUPANG DUA....... DILEMBUKAN DENGAN TERUKNOTAKNYA OLEH DAP. KESIAN.

2. MENTAH SANGAT TULISANYA. KENCING MASIH BERCABANG. KESIAN DIA DIBUTAKAN DAN DI LEMBUKAN OLEH DAP SEHINGGA TAK TAHU PERANGAI SEBENAR DAP..... ANTI MELAYU !!!!!

3. KEPADA MELAYU LEMBU NI....... AGAK-AGAK LAH KALAU NAK MENULIS. GELAK DIK ORANG AJE!!!!!  KAH KAH KAH !!!!!

4 comments:

  1. Salam. Mereka-mereka ini pendek akalnya. Mereka tidak dapat menghidu sesuatu yang tak betul. Jangkaan pendek memang nampaknya betul. Saya tidak mahu memberi contoh negara yang telah menindas kaum bumiputeranya. Sepatutnya mereka ,melihat sendiri kebaikan dan keburukannya. Agenda busuk ini nampak cantik di bungkus sebegitu rupa. Tetapi hakikatnya terselit sesuatu yang busok tanpa kita ketahui.

    Saya hairan kenapa masih adalagi manusia serupa ini yang tak faham pegangan mereka yang kai fitnah dan putar belit. Allah maha adil segala keburukkan yang di sembunyikan telah menyerlah satu persatu. Keadaan dalaman Parti ( samaada PKR, PAS dan DAP) bercelaru. Sedangkan PR juga tidak didaftarkah seperti BN. Apakah rakyat tidak buka mata dan fikir-fikirkan.

    Tepuk dada tanya hati. Jangan kerana Pulus (Wang) semuanya jadi gelap gelita.

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Atas nama melayu, rasuah dibolekan? Ajaran siapa? Kalau DAP itu chauvanis, adakah sistem feudal yg membenarkan pemerintah sewenang-wenangnya meratah harta negara dibenarkan??
    Dalam Islam, dua perkara negetif tak akan jadi positif. Sanggahlah hujah mereka dengan hujah dan fakta. Bukan cemuhan. Sesungguhnya itulah yg diajar oleh junjungan kita yg disayangi...

    ReplyDelete
  3. Hang belajo mana...Melayu membolehkan Rasuah. Bendul betul....malaysia tidak ada sistem Feudal...tetapi di panggil raja Berpelembagaan. Mengapa raja di Istimewakan?...hang kena kaji asal usul akar umbi orang di malaysia ini....Hujah Fakta dengan fakta...Sial baca siapa , apa sala...kaum, raja, bangsa asing...yang sekarang jadi rakyat malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan typing, maaf...: Sial.=..Sila....sala...= asal..

      Delete

PETA PELAYAR