FOLLOWERS

Sunday 30 May 2010

DSAI JANJI TPM II UNTUK DAP ? FIKIRKANLAH!!!!






Awang tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berjanji untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang akan dilantik di kalangan pemimpin DAP.

Semua orang tahu, beliau boleh menjanjikan apa sahaja demi mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri. Puluhan sahabat dan pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti, kenal sangat siapa sebenarnya Anwar.

Sebab itu, beliau dilabelkan oleh mereka sebagai putar alam. Sudah banyak bukti tentang pembohongan Anwar. Isu 16 September antara sekian banyak bukti. Beliau sanggup mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mewajarkan cubaannya mengambilalih kerajaan secara jalan pintas. Kalau di Barat, pemimpin yang berbohong mudah sahaja ditolak dan terhumban daripada arena politik.

Kini Anwar makin terdesak. Majoriti masyarakat Melayu menolak beliau atas banyak faktor antaranya isu moral, kecenderungan mendapatkan campur tangan asing dan pengkhianatannya terhadap kepentingan agama dan bangsa.

Perbicaraan kes liwat kali kedua membongkar banyak cerita tentang perilaku Anwar. Cubaan untuk terus menangguh-nangguhkan perbicaraan memperlihatkan betapa beliau tertekan dengan realiti dan sentimen yang tidak memihak kepadanya. Gelombang pemimpin dan ahli PKR keluar parti memburukkan lagi keadaan.

Menurut ramai sahabatnya yang tidak lagi yakin kepada penasihat PKR itu, Anwar seorang yang suka tikam belakang. Beliau mudah sahaja mengkhianati orang atau pihak yang membantunya. Ada agensi media dan blog asing turut melaporkan bagaimana beliau mengkhianati pihak yang pernah membantunya di Amerika Syarikat (AS). Perkara ini turut didedahkan oleh Rachel Motte menerusi tulisannya dalam The New Ledger. Akibat pengkhianatan Anwar, beliau mula ditempelak oleh banyak pihak antarabangsa.

Dalam konteks Malaysia, Anwar akan lakukan apa sahaja bagi membolehkan momentum sokongan bukan Melayu kepada beliau berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13.

Malah beliau boleh ke tahap memecahkan asas kenegaraan dan menulis semula perlembagaan demi kepentingan politiknya. Sekali lagi Awang tidak akan terkejut jika Malaysia akan dibawa melangkah menjadi negara republik sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri. Banyak petunjuk ke arah itu boleh dilihat dengan kerjasama Anwar dan DAP.

Awang minat mengkaji sejarah termasuk bagaimana tersungkurnya tamadun yang hebat angkara pengkhianatan pemimpin. Salah satu kisah yang menarik ialah kejatuhan empayar Bani Abasiah ketika di bawah pemerintahan Khalifah Al Mustashim Billah (640-656H).

Tercatat dalam banyak dokumen sejarah, ia berpunca daripada pengkhianatan seorang pembesar bernama Umayiyudin Muhammad al-Aqami, yang bercita-cita mahu menjadi khalifah atau pemerintah agung. Akibatnya, peradaban selama 500 tahun empayar Bani Abasiah dimusnahkan oleh tentera Mongol. Melaka juga tumbang angkara pengkhianatan si kitul manakala empayar Melayu Kedah jatuh kepada Siam disebabkan pengkhianatan pemimpin Melayu.

Kepada masyarakat Cina, ingatan Awang, berwaspadalah dengan strategi Anwar. Orang yang biasa mengkhianati pihak lain, tidak akan berhenti untuk mengkhianati kawan-kawan barunya nanti. Kalau masyarakat Melayu dan pihak antarabangsa boleh menjadi mangsa Anwar, tiada sebab untuk kaum Cina juga tidak terlepas daripada dikhianati oleh beliau suatu hari nanti. Apabila sudah mendapat apa yang dimahukan, nilai kita akan menjadi rendah pada kaca mata si pengkhianat. Sebab itu, berdasarkan sejarah juga, tamadun tanah besar China tidak pernah memberi ruang kepada berlakunya pengkhianatan. Budaya menolak pengkhianat cukup hebat dan hukuman ke atas pengkhianat amat dahsyat mengikut tamadun China.

Dalam pada pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang atau anaknya, Lim Guan Eng boleh memasang angan-angan untuk menjadi TPM II, Awang tertanya-tanya apa motif Anwar mengumumkan perkara itu ketika PKR semakin lemah dan mengecil.

Bukankah parti pembangkang terbesar yang mewakili masyarakat Melayu sepenuhnya pada masa ini adalah Pas. Pengaruh Pas lebih hebat berbanding PKR di kalangan orang Melayu yang menyokong pembangkang. Bahkan jentera kempen pilihan raya PKR bergantung nyawa kepada Pas. Mengapa perlu lebih komited kepada DAP berbanding Pas dan apakah beliau sudah tidak meyakini Pas? Mungkinkah juga kerana DAP kelihatan lebih menyokong Anwar sedangkan ramai pemimpin Pas kini bersikap dingin kerana tidak mahu terjebak dengan isu moral pemimpin PKR itu. Pada Awang, Pas juga sebenarnya terdedah kepada risiko pengkhianatan Anwar. Segala-galanya mungkin apatah lagi berurusan dengan pemimpin yang mempunyai rekod pengkhianatan yang bukan kecil. Awang Selamat.

Penghuni Gua : Mengeleng kepala kita dibuat oleh si peliwat ini. Semua boleh.

2. Pengundi muda ! Fikirkanlah masa depan agama dan bangsa kita. Nakkan si peliwat tegar ini memikul amanah memimpin negara? Semuanya halal dan liberal asalkan hajatnya menjadi PM Malaysia tercapai.

3. Fikirkanlah. Setiap kaum ada TPM. Jadi apa gunanyya PM? Juga mana ada di dunia ini , TPM sampai 2 ke tiga orang? Negara besar seperti Amarika pun tak ada mecam tu. Indonesia jauh lebih besar pun tak ada 3 TPM. Tapi dengan DSAI, semua boleh. Peliwat katakan!!! Semua mahu diliwatkannya hatta kepada perkara asas kenegaraan. Janji hajatnya tercapai. Baca juga isu TPM II ini di KLIK.

3 comments:

  1. Sekiranya pakatan memerintah ahli parlimen melayu dalam pas dan pkr ada 38 orang sahaja sedangkan bukan melayu ada 94 orang. Ini bermakna melayu cuma 30% dan bukan melayu ada 70%. Dalam kabinet menteri akan dilantik 9 melayu dan 18 bukan melayu. Apakah akan berlaku nasib kepada Agama Islam, tanah-tanah kerajaan dan bangsa melayu?

    ReplyDelete
  2. Depan dan belakang sama aja..sama rata dan sama rasa. Sebab tu Peliwat ni serba boleh.

    ReplyDelete
  3. mana pegi komen pembangkang?kalau tak rajin berkokok?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR