FOLLOWERS

Tuesday 4 May 2010

KES SCORPENE : BELUM APA-APA...................




Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif."Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti

'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia...............................................secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai, belum apa-apa , peguam Pranchis ini sudah mempunyai pandangan buruk kepada Malaysia dan kepimpinannya.

2. Bagaimana nak menyiasat secara adil sekiranya otak peguam ini dari awal sudah diracun oleh SUARAM. Akhirnya siasataan peguam ini hanya akan mencari bukti yang menyedapkannya sahaja. Dan akhirnya apabila gagal menjumpai bukti maka akan dibuat ulasan secara rambang dan mengaitkan pemimpin negara dengan berbagai andaian dan tohmahan.

3. Nampak gayanya akan jadi begitulah. Sudah nampak bayang dan bunganya. Nampak sangat wajah peguam dan organisasi ini akan menyiasat kearah mana dan " finding " yang bakal diperolehi dan dibuatnya. Lagi pun siapa tak kenal dengan SUARAM ( rakan peguam ini ). Suaranya pun sama aje dengan pembangkang dan tak kurang dari itu.

4. Peguam ini melahirkan dan percaya akan ada ugutan dan tekanan. Apa yang beliau cakapkan ini pun kita tak faham. Siapa yang nak berikan tekanan dan ugutan. Siasatlah. Kalau ada tekanan dan ugutan buat repot polis. Senang cerita. Jangan asyik melhirkan pandangan kosong dan bodoh. Apa yang peguam ini katakan pun, hanyalah skrip yang telah ditulis. Siapa yang menulisnya ? Tak lain adalah rakannnya. Biasalah.

Nota : Kepada peguam ini , baik anda siasat tentang ketidakadilan dan pelanggaran hak asasi manusia di negara anda terhadap umat islam lagi baik. Siasat tentang pengharaman umat islam memakai purdah, jubah dan pembinaan menara masjid serta pendengaran azan di Peranchis. Mengapa anda tak siasat perkara ini jika anda dipihak yang benar?

.......Cakap boleh lah. Ini semuanya kerana ada spesis kaduk naik junjung di Malaysia yang telah membutakan mata peguam ini. Hanya kerana kepentingan peribadi dan puak mereka dan kerana kredit politik. Itu aje jawapannya. Lebih baik selak kain sendiri sudahlah. Tengok kurap yang ada di bawah kain anda. Itu lebih baik......................

1 comment:

  1. ni gayanya macam csi prono dari thailand ajer.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR