FOLLOWERS

Saturday 15 May 2010

KRISIS DI BANGKOK : ITULAH HASILNYA JIKA PIHAK BERKUASA TIDAK BERTEGAS DARI AWAL !



Penghuni Gua : Krisis di Bangkok semakin memburok. Semuanya dan asalnya adalah perhimpunan aman. Itulah alasan penjenayah demokrasi ini. Akhirnya ia telah menyusahkan rakyat terbanyak di Thailand. Ahli-ahli politik dan pendokong utama demontrasi haram ini akhirnya menghilang diri entah ke mana setelah keadaan memburok. Yang tinggalnya hanyalah pengikut yang menyokong membuta tuli. Setengahnya tak tahu apa pun apa tujuan mereka berdemo haram setiap hari. Hanya kerana di bakar semangat mereka atas alasan demokrasi dan perhimpunan aman.

2. Inilah yang akan terjadi di negara kita juga sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan membiarkan berbagai demo haram dibuat atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dan demokrasi. Jika kerajaan tidak bertegas dari awal inilah yang akan bakal berlaku atau lebih burok dari itu berlaku di negara kita.

3. Jika terjadi begini, pemimpin demo haram ini akan melarikan diri dan hanya akan menyalahkan kerajaan dan pihak polis kononya bertindak kasar dan kejam. Pemimpinya kemudian melarikan diri. Lihat ajelah pemilik blog Tukar Tiub salah satunya dulu. Tinggal le pengikut yang mengikut buta ditangkap dan di ISAkan. Mereka yang lain senang lenang termasuk si Tukar Tiub..

4. Juga PG sarankan juga agar kita bertegas dari awal dan gunakan ISA sepunhnya bagi menangani keadaan sebegini di Malaysia. Orang politik jangan campurtangan dalam hal keselamatan. Kalau campurtangan akan berlaku lagi tangkap dan lepas. Hapah pun tak ada.

Nota : Seperkara lagi kita lihat sekarang , pemimpin pembangkang sekarang ini dah kurang mengetuai tunjuk perasaan dan demo haram kerana mereka sudah tidak berani di sebabkan ramai sudah dituduh di mahkamah dan mereka mula takut kehilangan kerusi empok ADUN dan MP. Yang bodoh ialah pengikut tegar mereka yang dibakar semangat , terpekik terlolong berdemo haram. Pemimpin mereka hanya berada di dewan dan bilek berhawa dingin. Kesian melihat mereka ini terus diperbodohkan . Itupun mereka masih belum sedar!!!!!!!!!Kesian!!!!!!!

( CHAOS DI BANGKOK )

( CHAOS DI BANGKOK 1 )

10 comments:

  1. nasib baiklah malaysia ini ada ISA kalau tak macam di Bangkok lah sudahnya. Sepatutnya mereka tangkap pemimpin yang menganjurkan demo', tapi askar buat relak saja dulu. Akhirnya bertambah teruk dan membunuh bangsa sendiri. Inilah bala sumpah orang Islam di selatan Thai yang mereka niaya dulu. Biar huru hara negara Thailand di utara berbunuh semasa sendiri.

    ReplyDelete
  2. Dulu pembangkang yg suka demo, skang plak UMNO, PERKASA pulak yang suka layan demo..sikit2 demo, geli hati plak tengok si beruk2 KJ dah terlepas kandang!!..pandai plak umno/perkasa buat demo dah skang ni....tangkap jer umno/perkasa yg demo tu sumbat ke ISA...baru adil!!

    ReplyDelete
  3. Saya dah lama menyedari hakikat ini.
    Saya berharap kabinet kita akan mengambil langkah drastik untuk mendisiplinkan rakyat Malaysia yang semakin berperangai macam kacang hantu sejak dicucuk oleh pembangkang 12 tahun lepas.

    ReplyDelete
  4. memang nak kena tu pun. sokong sngat. kemunting dah kurang sangt penghuni nya. mkan gaji buta aje petugas di sana kot.

    ReplyDelete
  5. Jika tren di negara ini pun nampak ke arah itu, polis dan tentera wajar bertindak sedemikian juga.

    reject politicians using religion

    ReplyDelete
  6. Para demonstrans di Bangkok Kumpulan Baju Merah memang kumpulan jahat n ganas..

    ReplyDelete
  7. Salam,

    1 Alhamdulillah, sangat beruntung kita bebas dari segi itu, tapi belum terlepas drp krisis yg lebih berbahaya & lebih dahsyat - krisis akidah.

    2 Setelah berlaku begitu banyak penghinaan & perlekehan terhadap lslam melalui sistem yang ada, terbaru tewas & tunduk habis lagi lslamnya pemimpin2 tertentu Muslim kpd judi, lalu kemahuan taukey2 judi lebih afdhal bagi mereka drp bersabar & istiqomah menjunjung ketataan kdp Allah.

    3 lsyarat apa yg hendak mereka sampaikan kdp umat Muslim: 'Mari teguhkan akidah dan tegakkan syariah', atau 'Mari runtuhkan lslam'?

    4 Tentulah kejahatan ini bukti jelas & nyata akibat tidak dilaksanakannya syariat sebagai batang tubuh undang2 dlm pemerintahan negara.

    5 Kalau saja KPN, para mufti, orang2 drp majlis fatwa & jakim srta para kadhi, PAS, UMNO & PKR [yg Muslim] itu semua mahu mengetuai demonstrasi, kita berdemontrasi membantah kerja khianat penyongsangan terhadap akidah ini. Sayangnya, mereka semua diam2 & baik2 belaka. Kalau ada menasihati, bagus. Jika memang menikus, tanya sendiri tahap akidah Anda masing2; duduk di situ atau memeluk jawatan itu utk beribadah kpd Allah, atau utk apa.

    6 Kalau institusi2 yg dipertanggungjawabkan mempertahankan lslam sebagai agama rasmi negara tidak mempertahankan lslam, malah tidak berani bertegas utk membanteras penyongsangan2 akidah oleh pihak2 di peringkat tertinggi spt kes ini, buang saja klausa itu drp perlembagaan. Tidak perlu lagi kerja bersusah2 membuat tangkapan & mendakwa pihak2 yang menghina lslam.

    7 Yg di Bangkok itu puak2 kafir. Tidak ada iktibar bagi Muslim yg boleh diambil drp kafir.

    8 Kita ada perbilangan: Agama raja agama rakyat. Benar2 ini mahu dijadikan realiti dlm 1Malaysia.

    Wallahu a'lam.

    Abufaiq.

    ReplyDelete
  8. bab 7 tu silap besar abu faiq. buat kajian lebih lanjut.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Sdra Anon 16 May 2010 08:18,

    1 Terima kasih atas teguran itu.

    2 Memang ada ramai kaum Muslim yg terlibat. Tapi saya simpulkan pada visinya & motivasinya - atas ketaksuban kepada politik & kepimpinan Taksin, si kafir. Bahkan, bukankah sangat disayangi keterlibatan mereka?

    Abufaiq.

    ReplyDelete
  10. SLM BRO..AGAKNYE BERANI KE PEMBANGKANG NAK PEGI THAILAND SKRG NI? PUAK2 GROMBOLAN BUDUS MCM DIORANG NI MANE TAU NAK BERTERIMA KASIH..HARKK PTUIHH! KEHKEHKEH

    ReplyDelete

PETA PELAYAR