FOLLOWERS

Saturday 15 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN SIASATAN TEMPATAN SPR / BUDI BICARA SPR / KEHADIRAN PEGUAM !


[1994] 2 MLJ 241
Teng Chang Khim v Suruhanjaya Pilihanraya, Malaysia
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — ORIGINATING SUMMONS
NO R2–24–90–93

Judges WAN ADNAN J

Date 16 APRIL 1994
Citation [1994] 2 MLJ 241



Catchwords:

Constitutional Law — Review of constituencies by Election Commission — Local enquiry held under Sch 13 of the Federal Constitution — Whether opposers had right to be representated by counsel — Federal Constitution Sch 13 s 6 — Commissions of Enquiry Act 1950 s 18

Constitutional Law — Review of constituencies by Election Commission — Local enquiry held under Sch 13 of the Federal Constitution — Discretion of Election Commission to allow opposers to be legally represented — Refusal to allow legal representation — Whether opposers denied the right to be heard — Federal Constitution Sch 13

Bahasa Malaysia Summary:

Defendan, Suruhanjaya Pilihanraya, telah mencadangkan beberapa perkara berkenaan dengan Bahagian Pilihanraya Parlimen Seputeh di bawah perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan (‘Perlembagaan itu’) dan dikehendaki mengadakan suatu siasatan tempatan di bawah ss 4 dan 5 Jadual 13 Perlembagaan itu (‘Jadual itu’). Plaintif dan pengundi berdaftar yang lain, Bahagian Pilihanraya Seputeh telah menandatangani suatu memorandum untuk membuat bantahan terhadap cadangan itu. Memorandum itu telah diserahkan kepada defendan yang telah meminta mereka menghadiri suatu siasatan tempatan.

Plaintif telah menghadiri siasatan itu pada masa dan tempat yang ditetapkan dengan peguambelanya dan telah memohon secara rasmi kepada defendan supaya dapat diwakili oleh peguambela tetapi permohonannya telah ditolak. Peguambela pihak plaintif menegaskan bahawa plaintif mempunyai hak di sisi undang-undang supaya diwakili oleh peguambelanya di siasatan itu, bergantung kepada s 6 Jadual itu dan s 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (‘Akta itu’). Plaintif telah memohon suatu deklarasi sedemikian dan suatu deklarasi lanjutan bahawa penafian hak plaintif untuk diwakili menjadikan prosiding itu tidak sah dan terbatal, tidak berperlembagaan dan tidak berkesan dan oleh itu menjadikan cadangan untuk kajian semula itu tidak sah.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu
:

(1) Seksyen 18 Akta itu menyatakan hak seseorang di bawah Akta itu untuk diwakili di siasatan itu dan tidak terpakai di sini. Seksyen 6 Jadual itu merujuk kepada kuasa-kuasa pesuruhjaya di bawah Akta itu, yang kebanyakannya terkandung di dalam s 8 Akta itu, dan bukan kepada hak orang yang terbabit atau berkenaan dengan perkara yang disiasat di bawah Akta itu. Oleh itu, plaintif tidak boleh bergantung kepada s 6 untuk menuntut bahawa beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk diwakili oleh peguambela di suatu siasatan yang diadakan di bawah s 5 Jadual itu. Oleh kerana tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan, terutamanya Jadual itu, yang memberikan plaintif hak untuk diwakili oleh peguambela di siasatan itu, beliau tidak mempunyai hak untuk diwakili secara guaman.

(2) Terpulanglah kepada budi bicara defendan sama ada membenarkan plaintif diwakili oleh peguambela atau tidak di siasatan itu. Walaupun plaintif tidak mengatakan terdapat penggunaan budi bicara secara tidak wajar tetapi menegaskan bahawa defendan tidak mempunyai budi bicara sama sekali di dalam perkara itu, mahkamah berpendapat bahawa defendan telah menggunakan budi bicaranya dengan wajar. Lebih-lebih lagi, plaintif tidak dinafikan peluang yang munasabah untuk didengar semata-matanya kerana permohonannya untuk diwakili oleh seorang peguambela dan peguamcara telah ditolak.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi manafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

  1. Salam PG,

    Maaf lari topik sikit. Nak tanya, ada tak di Malaysia ni undang-undang berkaitan dengan konspirasi?

    Tanya sebab di kes sodomi Anwar, peguam Karpal dah timbulkan balik tuduhan konspirasi. Saya dah cari internet tapi yang ada banyak mengenai undang2 konspirasi di Amerika & UK. Kalau boleh, harap PG buat satu posting mengenai undang2 konspirasi di Malaysia. Kita perlu membalas tuduhan Karpal itu dengan hujah yang berasaskan undang2 juga. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. ada. saya dah tulis sebelum ini. sila layari di : http://arifomar.blogspot.com/2009/05/konspirasi-pakatan-jahat-mengikut-akta.html

    juga di blog saya juga di : http://arifomar.blogspot.com/2009/09/undang-undang-keterangan-kes-konspirasi.html

    baik untuk kita fahami mengenai konspirasi dari segi undang-undang bukan cakap aje macam dsai dan karpal tu. tq

    ReplyDelete

PETA PELAYAR