FOLLOWERS

Wednesday 19 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES JUAL BELI KENDERAAN / DIRAMPAS KASTAM !


[1996] 1 MLJ 331
Public Finance Bhd v Ehwan bin Saring
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–58–1993

Judges MOHD GHAZALI J

Date 19 SEPTEMBER 1995
Citation [1996] 1 MLJ 331


Catchwords:

Contract — Void contract — Impossibility — Hire-purchase of vehicle — Vehicle seized by custom after agreement was executed — Impossible for owner to pass good title — Whether hire-purchase agreement void — Whether should return deposit to hirer — Contracts Act 1950 s 57(2) & s 66

Hire Purchase — Hire-purchase agreement — Implied condition that owner had right to sell goods at the time when property was to pass under s 7(1)(b) of Hire-Purchase Act 1967 — Vehicle seized by customs after agreement was executed — Owner could not pass good title to hirer — Whether owner in breach of s 7(1)(b) — Whether implied condition that owner had good title when he entered into agreement preserved by Act — Whether implied condition could be excluded by letter of indemnity — Whether implied conditions and warranties under s 7(1) applicable to second-hand goods — Hire-Purchase Act 1967 s 7(1)(b) & (4)

Words and Phrases — ‘At the time when the property is to pass’ — Hire-Purchase Act 1967 s 7(1)(b)

Bahasa Malaysia Summary:

Penentang telah membeli sebuah kereta (‘kenderaan tersebut’) daripada T untuk RM82,000. Penentang telah membayar RM57,000, di mana RM40,517.97 telah dibayar kepada T, dan RM16,482.03 kepada Public Bank Bhd (‘perayu’) bagi tujuan menyelesaikan baki akaun T dengan perayu. Untuk baki RM25,000 pula, penentang (sebagai penyewa) telah mengikat satu perjanjian sewa beli (‘perjanjian itu’) dengan perayu (sebagai pemunya) di mana jumlah itu didahulukan oleh perayu kepada penentang untuk membayar T baki harga belian tersebut.

Penentang juga telah menandatangani sepucuk surat tanggung rugi di mana dia bersetuju untuk menanggung rugi perayu terhadap semua kerugian, jika perayu kehilangan hakmilik dan milikan kenderaan itu. Enam minggu selepas perjanjian itu dilsempurnakan, kenderaan tersebut dirampas oleh Jabatan Kastam dan Eksais atas satu kesalahan yang dikatakan. Penentang pun memfailkan satu tindakan di mahkamah sesyen untuk pengembalian RM57,000 itu dan satu jumlah lanjut yang telah dibelanjakan atas kerja memperbaiki dan lain-lain caj ke atas kenderaan itu. Beliau berhujah bahawa, akibat rampasan itu, perayu telah mengingkari waranti dan syarat tersirat yang diperuntukkan di bawah s 7(1) Akta Sewa Beli 1967 (‘Akta tersebut’), dan bahawa terdapat kegagalan balasan sepenuh. Bergantung kepada peruntukan surat tanggung rugi itu, perayu menuntut balas untuk bayaran sejumlah RM25,294.01.

Perayu berhujah bahawa: (i) tidak terdapat perlanggaran s 7(1)(b) Akta tersebut kerana syarat tersirat bahawa pemunya berhak menjual barang pada masa apabila harta barang itu harus bertukar tangan cuma timbul apabila ansuran terakhir telah dibayar, dan ini tidak berlaku dalam kes ini; (ii) s 7(1)(b) tidak terpakai kerana kenderaan tersebut merupakan kenderaan terpakai; dan (iii) walau bagaimanapun, syarat tersirat itu telah diketepikan oleh surat tanggung rugi tersebut. Perayu juga menghujah bahawa surat tersebut bukan sebahagian daripada perjanjian, dan maka, ia tidak melanggar s 34 Akta tersebut. Mahkamah sesyen membenarkan tuntutan penentang dan menolak tuntutan balas perayu. Perayu membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Kelakuan dan tindakan perayu menunjukkan bahawa perayu telah berlagak sebagai pemunya kenderaan tersebut apabila perjanjian itu diikat, and bahawa mereka mampu memberikan hakmilik yang baik kepada penentang apabila penentang memilih untuk menamatkan penyewaan itu dengan membuat bayaran baki yang kena dibayar. Walau bagaimanapun, oleh kerana kenderaan itu dirampas oleh pihak kastam tidak lama selepas perjanjian itu dilaksanakan dan tidak dikembalikan kepada kedua-dua pihak sejak itu, adalah mustahil bagi perayu untuk memindahkan hakmilik yang sempurna kepada penentang. Oleh itu, mengikut s 57(2) Akta Kontrak 1950, perjanjian itu telah menjadi terbatal, dan perayu terpaksa mengembalikan jumlah RM57,000 kepada penentang di bawah s 66 Akta Kontrak 1950 (lihat ms 344C–G dan 345I); Ahmad Ismail v Malayan Motor Co & Anor [1973] 2 MLJ 66 dibeza.
(2) Seksyen 7(4) Akta tersebut telah mengekalkan syarat tersirat mengikut common law, di mana pemunya mestilah memiliki hakmilik yang sempurna apabila dia mengikat suatu perjanjian sewa beli, dan bukan apabila bayaran akhir dibuat. Frasa ‘pada masa apabila harta harus bertukar tangan’ dalam s 7(1)(b) bermakna pada masa apabila penyewa membuat keputusan membayar kesemua jumlah yang kena dibayar di bawah suatu perjanjian sewa beli. Perlanggaran s 7(1)(b) merupakan satu perlanggaran yang menyentuh asas perjanjian tersebut, dan ini memberi hak kepada penyewa untuk mendapatkan jumlah yang telah dibayar olehnya semula. Akta itu tidak membuat perbezaan di antara barangan baru dan terpakai, sejauh mana ia melibatkan pemunyaan. Ia juga tidak memperuntukkan bahawa syarat dan waranti tersirat di bawah s 7(1) tidak terpakai terhadap barangan terpakai. Satu syarat tersirat bahawa pemunya akan mempunyai hakmilik yang baik untuk dipindahmilik tidak boleh diketepikan daripada satu perjanjian sewa beli (lihat ms 345G, 346C–D dan 348E–G); Karflex Ltd v Poole[1933] 2 KB 251 diikut.

(3) Surat tanggung rugi itu membentuk sebahagian daripada perjanjian tersebut. Surat itu, yang nampaknya telah mengenepikan peruntukan Akta tersebut yang bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada penyewa, telah melanggar Akta tersebut dan adalah tak sah di bawah s 34(a), (b) dan (g) Akta tersebut. Terdapat juga kegagalan balasan sepenuh, dan perayu tidak boleh menuntut bahawa syarat tersirat tentang hakmilik yang diperuntukkan di bawah s 7(1)(b) Akta itu tidak terpakai (lihat ms 349C–G); Rowland v Divall[1923] 2 KB 500 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

5 comments:

  1. Pengajaran yang mungkin ingin disampaikan. Kalau ingin beli kereta terpakai, pastikan pemiliknya sudah habis membayar kepada pihak bank. Jadi perjanjian jual beli kereta hanya di antara pembeli dan pemilik tanpa melibatkan pihak bank.

    Kalau tidak betul, sila beri pencerahan.

    I support I.S.A.

    ReplyDelete
  2. www.kereta2u.my

    Kereta2U | Selling Buying and Cars Bidding | Jual Beli Kereta Car For Sale Used Car

    Car Price MalayRM 10K ONLY !!

    PERODUA KELISA 1.0 EZ 02/03 ( one owner & original condition)
    Bidding Date: 1 November 2010...
    Time: 12.00pm till 4.30pm next day
    Starting Price: RM10,000.00Venue: www.kereta2u.my
    Car Viewing Location: Sg Ramal, Kajang

    ReplyDelete
  3. www.kereta2u.my

    Kereta2U | Selling Buying and Cars Bidding | Jual Beli Kereta Car For Sale Used Car

    Car Price MalayRM 10K ONLY !!

    PERODUA KELISA 1.0 EZ 02/03 ( one owner & original condition)
    Bidding Date: 1 November 2010...
    Time: 12.00pm till 4.30pm next day
    Starting Price: RM10,000.00Venue: www.kereta2u.my
    Car Viewing Location: Sg Ramal, Kajang

    ReplyDelete
  4. Saudara... Saya juga telah ditipu dan di aniaya oleh pihak bank cimb dan pihak sindiket yang menjual kereta saya pada beberapa orang yang tidak saya kenali... dan pihak bank telah menghantar sesalinan geran kereta ke kelantan pada orang yang saya tidak kenal untuk merenew roadtax dan insurans saya di sana walaupun saya telah membuat report polis di beberapa balai polis di kl untuk meghalang kereta itu tapi masih gagal...dan skg sy menghadap dgn satu kes penyeludupan yang dilakukan oleh pihak tersebut... kecewa saya rakyat malaysia tidak mendapat keadilan mengikut undang-undang dgn sewajarnya... rukun negara daulat undang2 untuk siapa sebenarnya??? Yang menyedihkan saya, ketika saya pergi ke bukit aman untuk melaporkan kes tersebut dan dalam satu report saya ada nyatakan yang saya diugut oleh seorang lelaki untuk memberi rm3 ribu kepadanya dan sekiranya gagal kereta saya akan dijual kepada orang lain... tetapi ASP itu boleh membuat ulasan yang mengatakan saya bukan hendak dirogol, bukan untuk menculik saya, bukan untuk ugut membunuh saya...Tuan2 dan puan2..renung2kanlah.. adakah mereka dapat membanteras jenayah atau hanya bercakap kosong??? atau hanya janji2 kosong untuk mendapat menyokongan terhadap mereka??? Saya seorang muslim...tetapi x tahu nak declare bangsa ape??? sy malu sebab bangsa saya sendiri menindas kaumnya sendiri... Di sini, sy mohon Ya Allah,Engkau tunjukkan kekuasaan Mu pada mereka yang menaniaya kaumnya sendiri... Doa org yang dianiaya dan teraniaya sangat2lah diperkenankan oleh Nya... Amin...

    ReplyDelete
  5. 1. Sangat berguna. Apabila kenderaan di sita oleh pihak kastam atas sbb yang munasabah mungkin sbb duti tak berbayar dan sebagainya itu adalah masalah bank sebagai owner. 2. Kegagalan pihak bank sebagai owner memenuhi tuntutan Kastam boleh menyebabkan perlanggaran Akta Sewa Beli oleh pihak bank sendiri. 3. Hirer atau penyewa berhak mendapat pampasan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR