FOLLOWERS

Friday 7 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES WASIAT WANG KWSP !


[1996] 2 MLJ 474
How Yew Hock (Executor of the estate of Yee Sow Thoo, deceased) v Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Case Details:

Malaysia FEDERAL COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL 02–372
OF 1994

Judges CHONG SIEW FAI (SABAH & SARAWAK) CJ
PEH SWEE CHIN FCJ
MOHAMED DZAIDDIN FCJ

Date 30 MAY 1996

Citation [1996] 2 MLJ 474


Catchwords:

Provident Fund — Nomination — Contributor nominated daughter to receive amount standing to her credit in Employees Provident Fund under reg 9 of Employees Provident Fund Regulations 1969 — Contributor passed away — Whether nomination a testamentary document which must comply with Wills Act 1956 — Employees Provident Fund Act 1951 s 20 — Employees Provident Fund Regulations 1969 reg 9 — Wills Act 1956

Succession — Probate — Testamentary document — Contributor nominated daughter to receive amount standing to her credit in Employees Provident Fund under reg 9 of Employees Provident Fund Regulations 1969 — Whether nomination amounted to testamentary document — Whether compliance with Wills Act 1956 necessary — Employees Provident Fund Act 1951 s 20 — Employees Provident Fund Regulations 1969 reg 9 — Wills Act 1956

Bahasa Malaysia Summary:

Pada tahun 1986, puan Yee Sow Thoo (‘si mati’) telah membuat suatu wasiat melantik anak lelakinya (‘perayu’) untuk menjadi wasi dan pemegang amanah kepada wasiatnya. Selepas itu, si mati membuat penamaan (‘penamaan itu’) di dalam Borang KWSP-4 di bawah Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja1969 (Peraturan-Peraturan KWSP), menamakan anak perempuannya untuk menerima amaun yang ada pada kreditnya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (‘KWSP’). Si mati meninggal dunia pada tahun 1987. Pada tahun 1991, perayu telah diberi probet wasiat itu oleh Mahkamah Tinggi.

Perayu kemudiannya mengambil tindakan di Mahkamah Tinggi dengan cara saman pemula untuk mendapatkan deklarasi bahawa penamaan KWSP untuk faedah anak perempuan si mati adalah batal dan tak sah dan bahawa wasiat itu sepatutnya diberi pendahuluan. Adalah dihujahkan bahawa pelupusan harta si mati di bawah peraturan 9 Peraturan-Peraturan KWSP, yang menjadi suatu bentuk pelupusan perwasiatan harta si mati, tidak mematuhi pruntukan-peruntukan Akta Wasiat 1959 (‘Akta Wasiat’) di dalam kes ini.

Sebagai jawapan, peguam responden menghujahkan bahawa Akta Wasiat tidak terpakai di dalam kes ini, dan oleh itu tidak boleh mentaksahkan penamaan KWSP itu yang dibuat di dalam borang yang ditetapkan di bawah peraturan 9 Peraturan-Peraturan KWSP. Hakim telah menolak permohonan perayu. Perayu telah membuat rayuan. Isu yang penting di dalam rayuan ini ialah samada penamaan di bawah Peraturan-Peraturan KWSP adalah satu dokumen perwasiatan yang mesti mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Wasiat 1959.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak rayuan itu:

(1) Penamaan mempunyai beberapa ciri-ciri perwasiatan. Bagaimanapun, ada perbezaan yang besar di antara kertas perwasiatan dan pelupusan dalam bentuk perwasiatan. Kertas perwasiatan mesti mematuhi Akta Wasiat, tetapi pelupusan mungkin mempunyai beberapa karekteria perwasiatan tanpa kertas yang mengandunginya menjadi kertas perwasiatan (lihat ms 478D dan 481A–B).

(2) Penamaan itu adalah penamaan statutori yang dibuat di bawah kuatkuasa Akta Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 1951(‘Akta KWSP’) dan Peraturan-Peraturan. Seksyen 20 Akta KWSP memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh ahli KWSP akan orang-orang yang kepada mereka apa-apa amaun yang berada pada kreditnya dalam KWSP pada masa kematiannya hendaklah dibayar setelah kematiannya. Berdasarkan seksyen ini, Peraturan-Peraturan KWSP berkuatkuasa dan kuasa untuk membuat penamaan oleh ahli yang mencarum di dalam KWSP ada diperuntukkan di bawah peraturan 9. Penamaan itu, untuk menjadi sah, mesti dibuat secara bertulis di dalam borang yang ditetapkan (Borang KWSP-4) dengan ditandatangani oleh penama di mana tandatangan itu perlu diakusaksi oleh saksi. Adalah tidak dipertikaikan bahawa penamaan di dalam kes ini telah mematuhi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan sebelum ini, dan oleh itu ia adalah sah (lihat ms 481B–D)

(3) Alasan bahawa pelupusan harta si mati di bawah Peraturan-Peraturan KWSP adalah tidak sah kerana ia tidak konsisten dengan Akta Wasiat tidak mempunyai apa-apa merit, memandangkan pendapat mahkamah di atas isu utama bahawa penamaan si mati bukan dokumen perwasiatan dan bahawa ia telah mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan 9 Peraturan-Peraturan KWSP (lihat ms 481E).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

  1. For Muslims, hukum Faraid juga telah tidak diambil kira. Ramai dari kalangan balu serta anak-anak sah Arwah tidak mendapat bahagian mereka kerana penamaan masih atas nama ibu/bapa Arwah.

    Itu penjelasan yang kami dapat dari pihak KWSP. Kenapa? Apakah wang dari simpanan KWSP datang dari sumber tidak halal, maka mereka KWSP/Pejabat Agama tidak dapat memberi pengesahan bahawa simpanan KWSP termasuk dalam golongan HARTA PUSAKA?

    Anak isteri dibiar jadi peminta sedekah!

    BALU

    ReplyDelete
  2. ANOY

    PADA PANDANGAN SAYA, LEBIH BAIK BAGI MENGELAKKAN PERKARA DI ATAS TERJADI, WASIAT DAN BUAT DOKOMEN BERTULIS UNTUK PEMBAHAGIAN HARTA SEMASA KITA MASIH HISUP. SELESAI MASALAH.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR