FOLLOWERS

Monday 3 May 2010

MENUKAR AGAMA ANAK : SEMUGA DR MUHAMMAD RIDZWAN BERJAYA !





Bantahan awal dikemukakan di Mahkamah Persekutuan berhubung dua kanak-kanak bawah umur yang ditukar agama mereka oleh bapa mereka yang memeluk Islam, kira-kira lapan tahun lalu tanpa pengetahuan ibu mereka.

Peguam, Muralee Menon, yang mewakili Dr Muhammad Ridzwan Mogarajahand, berkata, ibu kanak-kanak berkenaan, S Shamala telah meninggalkan negara ini untuk ke Australia pada tahun 2004 dengan dua naka pasangan itu yan kini berusia 11 dan sembilan tahun.

"Mahkamah telah memutuskan supaya kedua-dua ibu bapa mempunyai hak untuk akses kepada anak-anak mereka tetapi sejak Shamala dan dua nak itu di luar negara, Ridzwan tidak dapat melihat mereka.”

Justeru, Muralee berkata peguam Shamala tidak ada hak untuk mengikuti perbicaraan hari ini kerana beliau telah menghina mahkamah.

Shamala, 37, berkahwin dengan Ridzwan yang ketika itu dikenali M Jeyaganesh, 41, pada tahun 1998 mengikut adat resam Hindu dan perkahwinan itu didaftarkan mengikut Akta Perkahwinan dan Penceraian 1976.

Pada tahun 2002, Jeyaganesh memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhammad Ridzwan Mogarajahand. Beliau juga mengislamkan kedua-dua anaknya, Saktiwaran dan Theiviswaran, yang ketika itu berusia tiga dan dua tahun tanpa pengetahuan dan kebenaran Shamala.

Shamala diwakili oleh peguam Cyrus Das yang mencabar bantahan yang dikemukakan oleh Ridzwan.

Kes ini mendapat perhatian umum dan mahkamah sesak dengan peguam dan perwakilan NGO kerana keputusannya akan menjadi satu 'precedent' kepada kes tukar agama membabitkan kanak-kanak dan hak penjagaan kepada pasangan nyang bercerai.

Panel lima hakim akan membuat keputusan berdasarkan perlembagaan yang menyentuh lima perkara yang pada dasarnya sudah dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan tetapi kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

1. Sama ada Seksyen 95 (b) Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah bercanggah atau ultra vires dengan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, khususnya berhubung hak menentukan agama kanak-kanak di bawah nusia 18 tahun di tentukan oleh ibu bapa atau penjaga dan Atikel 8 berhubung hak sama rata.

2. Sama ada seksyen yang sama dalam undang-undang negeri tidak konsisten dengan undang-undang persekutuan, khususnya Seksyen 5 (1) Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 dan sehubungan itu adalah tidak sah.

3. Berhubung Artikel 121 (1A) perlembagaan persekutuan, apabila hak penjagaan kanak-kanak diputuskan, mahkamah mana yang dianggap lebih berkuasa - antara Mahkamah Syariah atau Mahkamah Tinggi?

4. Apabila kanak-kanak yang ibu bapa mereka berkahwin mengikut undang-undang sivil, ditukar agama kepada Islam oleh seorang daripada ibu bapa mereka tanpa pengetahuan seorang lagi, adakah hak ibu atau bapa yang bukan Islam itu terletak dengan Mahkamah Tinggi?

5. Adakah Mahkamah Syariah mempunyai kuasa bagi menentukan kesahihan pertukaran agama golongan bawah umur ke Islam, apabila ia telah didaftarkan Dengan Pendaftar Muallaf?


Perbicaraan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sherif, Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Pasukan Shamala juga terdiri daripada peguam S Ambiga, Ravi Nekoo dan Steven Thiru.

Peguam Zulkiflee Che Yong dan Azmi Mohd Rais pula mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Penghuni Gua : Menarik kes ini. Sama-sama kita nantikan keputusannya. Semuga Dr Muhammad Ridzwan berjaya di dalam kes ini. Semuga anak-anaknya terus berada dalam islam. Semuga semua YAA Hakim mendapat petunjuk dari Allah dalam menangani kes ini. Amin.

2 comments:

  1. Ya Allah! Selamatkanlah iman Dr Ridzwan dan anak2nya. Allahu Akbar!!

    ReplyDelete
  2. It's none of anyone's business except the parents. If you're THAT religious, you shouldn't be on the internet. Use your common sense before you open your mouth. You're an insult to your own religion. Islam is beautiful in many ways. People like you, are like the mindless fanatics that believe it's right to hurt others in the name of Allah. Learn the Quran. Then speak in the name of Allah.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR