FOLLOWERS

Saturday 8 May 2010

MP ( PKR ) KAPAR BERI KATA DUA KEPADA MB SELANGOR !






KUALA LUMPUR, 8 Mei — Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar S. Manikavasagam dalam kenyataan dilihat sebagai kata dua kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi 72 jam kepada Menteri Besar Selangor itu agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.

Manikavasagam yang pernah memberi kata dua kepada Khalid ekoran masalah dalaman awal tahun lalu, mahu Pengerusi PKR Selangor itu supaya segera membuang tiga kakitangan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sd. Bhd. kerana mengamalkan rasuah mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Jika tidak, kata anggota Majlis Pimpinan Pusat itu, beliau akan mendedahkan segala maklumat, yang didakwa ada di tangannya sekarang, kepada umum dan juga kepada Suruhankaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tempoh 72 jam itu bermula hari ini. Kata dua ini diberikan ketika Pakatan Rakyat menurunkan calon mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak yag bermula hari ini.

“Saya tidak mahu mendedahkan sekarang dengan terperinci... tunggu dulu. Saya meminta Menteri Besar mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga orang pegawai kanan syarikat pasir negeri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun beliau membayangkan rasuah melibatkan urus niaga pasir itu mencecah RM100,000 setiap bulan.

Teks SMS diterima The Malaysian Insider dan juga maklumat yang diperoleh dari blognya lewat petang ini menyebut, “Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam memberi masa selama 72 jam kepada Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membersihkan ‘KOTORAN’ di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang terlalu banyak menerima rasuah.

“Jika benar Parti Keadilan Rakyat membencikan ‘RASUAH’ maka hentikanlah gejala tersebut dengan SEGERA. Datuk Menteri Besar Selangor harus ‘BERSIHKAN’ rumah sendiri terlebih dahulu.

“Tindakan segera harus diambil oleh Datuk Menteri Besar Selangor sebelum Ahli Parlimen Kapar ‘MEMBONGKARKAN’ semuanya.

“Kami tidak mahu ada di kalangan ahli PKR terutama sekali ‘Pucuk Pimpinan’ mengamalkan budaya tidak sihat ini. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.”

Bagaimanapun Manikavasagam menafikan beliau senjaga mahu mewujudkan masalah dalam PKR yang telah pun kehilangan empat Ahli Parlimennya dan satu kerusi lagi dalam pilihan raya kecil bulan lalu.

Sebelum ini Manikavasagam pernah dijadikan spekulasi akan meninggalkan PKR tetapi ia telah dinafikan beliau sendiri.

Menurut maklumat laman web Kumpulan Semesta Sdn Bhd, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menubuhkan syarikat itu bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.

Ia telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 Sept 2008, yang telah dirasmikan oleh Khalid sendiri.

Lokasi itu akan menjadi model operasi pengeluaran pasir yang prihatin kepada industri pembinaan, alam sekitar dan rakyat.

Awal tahu lalu wakil rakyat penggal pertama itu mengugut akan melepaskan jawatan dalam parti jika pucuk kepimpinan negeri dan pusat enggan mendengar rintihan beliau.

Akhirnya beliau melepaskan jawatan sebagai salah seorang timbalan pengerusi PKR negeri tetapi mengekalkan jawatan dalam MPP.

Penghuni Gua : No komen. Ini pun , bukan orang lain bogelkan PKR. Tetapi orang mereka sendiri atau bekas orang mereka seperti sebelum ini.

2. Inilah wajah PR. Ingat orang SIBU. Inilah wajah PR. Rupanya parti malaikat-malaikat ini ( sebab mereka semua betul , orang lain semua tak betul ) terlalu banyak tahi dan sampahnya. Betul le seperti kartun yang dilukiskan oleh Malaysia Instinct com di atas dan pernah dipaparkan sebelum ini.

3. Fikirkan orang Sibu. Dan fikirkan juga semua pengundi muda lain di Semenanjung. Mereka semua ini hanya pandai bercakap aje.

8 comments:

  1. Lepas ni heboh lah pakatan haprak kata adun ni dah kena beli...tak lama lagi kena tindakan displin. Lepas tu mereka mula attack peribadi dia...ha ha dah boleh baca.

    ReplyDelete
  2. PG, benar sangat dgn komen tuan, nampaknya satu persatu penyelewengan puak-puak pakatan haprak ini terbongkar...atak payah tunggu orang-orang UMNO-BN yg selak, padan dengan puak-puak sendiri saja.......

    ReplyDelete
  3. Amal Jariah = Rasuah
    Rasuah = Balak
    Balak = Menantu
    Menantu = Crony
    Crony = Ikut Nabi
    Masuk Gereja = Ikut Nabi
    Main bontot = Ikut DSA

    ReplyDelete
  4. Inilah kelebihan PR berani, telus, berintegriti. Yang salah ditegur, yang rosak diperbaiki, ada macam ni dalam BeEND... HARAM xda!!!

    ReplyDelete
  5. Bila hasil pasir tidak menepati sasaran sudah pasti ada yg tak kena. Menamatkan puluhan petugas tempuh hari menguatkan andaian penyelewengan. Bila MP Kapar memberi kata dua maka SAH kerajaan Khalid Ibrahim rasuah. Mungkin pemberhentian kontrak petugas bertujuan supaya dasar 'less people,more share'. Syarikat yg ditubuhkan kerajaan negeri bertujuan untuk menyalurkan keuntungan kepada mereka yg berkepentingan. PKR tidak bermaruah! Menuduh kerajaan BN rasuah dan menjanjikan kerajaan yg bersih tetapi merekalah pengkhianat.

    Bukan sahaja kerajaan negeri gagal dgn janji p.raya mereka sebaliknya menjadi perompak. Khalid Ibrahim bersekongkol dan wajib letak jawatan. TERIMA KASIH YB S.MANIKACASAGAM.

    ReplyDelete
  6. Mintak Khalid langsaikan hutang pinjaman bank dan letak jawatan. Rasuah dan jenayah terancang sudah tidak terkawal. SPRM mesti memanggil YB Kapar dan ambil maklumat supaya tindakan boleh diambil. Hasil pasir bukti penipuan yg disengajakan.

    ReplyDelete
  7. la nk bagi 100 jam pun boleh ADA AKU KISAH kan dah jadi trend PKR kuat membohong.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR