FOLLOWERS

Thursday 20 May 2010

PKR PEJUANG KEBEBASAN? LIHAT INI !!!!!





KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan notis lisan kepada semua ahlinya yang tidak berpuas hati supaya meninggalkan parti itu dalam tempoh sebulan tanpa perlu menunggu tibanya pilihan raya kecil untuk berbuat demikian.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, notis lisan sudah memadai dan tepat pada masanya berdasarkan perkembangan terkini rangkaian beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggalkan parti terutama semasa pilihan raya-pilihan raya kecil.

"Mana-mana pihak yang berfikir nak tinggalkan parti boleh berbuat demikian sekarang.

"Tak perlu tunggu bila tibanya pilihan raya kecil untuk berbuat demikian kerana ia akan menimbulkan masalah bila mereka keluar semasa musim pilihan raya kecil... ia akan menjejaskan strategi parti," katanya kepada The Star semalam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa yang Fauziah bising-bising ini. Muka tak malu ke dia ni. Mungkin beliau masih belum bangkit tidor barangkali.

2. Mengapa Fauziah perlu beri kata dua kepada MP dan ADUN serta pemimpin PKR agar keluar dari PKR dalam tempoh sebulan dua ini tanpa menunggu sehingga ke satu lagi PRK? Mungkin Fauziah sudah lupa tentang motta perjuangan PKR dan PR yang mementingkan KEBEBASAN / KEBEBASANsepenuhnya.

3. Mengapa perlu beliau memberi kata dua ini? Biarlah bila dan di mana pun MP dan ADUN atau pemimpin PKR nak keluar parti pada masa bila pun. Ia tentang kebebasan. Mengapa perlu kata dua dan memberi amaran . Kan PKR pelopor kebebasan utama di Malaysia ini ( kata merekalah).

4.Kebebasan? Cakap boleh le PKR ni. Kena kepada diri sendiri , tak tahu pula hujung pangkal tahap kebebasan yang diperjuangkan saban hari.

5. Sudahlah. Cakap aje bolehlah. Lain kali lihat diri sendiri dulu kalau nak menghentam kerajaan mengenai kebebasan. Kebebasan nyang PKR perjuangan itu hanya sampah sarap politik sahaj. Hanya si bodoh sahaja yang mempertahankan dan mempercayai kebebasan gaya PKR ini.

6. Makin bertambah meluat. Sudahlah!!!

10 comments:

  1. Salam..

    Adun atau MP juga mempunyai KEBEBASAN untuk keluar dari PKR bila-bila masa yg mereka suka.

    Jadi dia tidak perlu la menyibuk suruh itu dan ini.

    -------------
    ana dah berwajah baru daa, dah jadi blog rojak, campur2.. http://mimpi916.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. keadilan kebebasan ketelusan hanya untuk UMNO. bagi PKR itu semua tidak perlu dalam PKR kerana mereka adalah maksum. tidak berbuat dosa dan senantiasa mendapat restu rakyat. jika tidak manakan mereka dapat merampas selangor, perak, KL, kedah dan PP.jadi kerjaan PaKATAN RAKYAT tak perlu adil, telus, ikhlas, bebas kerana kami MAKSUM. peliwat akan diangkat sebagAi PM. pemfitnah akan menjadi menteri penerangan kerana mereka bole menjalankan penerangan fitnah mereka untuk selama-lamanya,. hidup PKR

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Nak hak sama rata dan macam2 sampai kalimah Allah pun ugama lain boleh guna. Orang tua2 kata 'kebebasan ada batasannya'.

    Negara komunis je yang mengamalkan hak sama rata.

    ReplyDelete
  4. Bebas ala-PKR:

    1) bebas meliwat sesiapa sahaja, tanpa mengira bangsa dan jantina

    2) Bebas untuk berzina dengan sesiapa sahaja, di mana sahaja

    3) bebas untuk murtad dan mempermainkan ALLAH demi satu undi

    4) Bebas untuk merasuah dan menyeleweng

    5) bebas untuk merusuh dan memberontak

    ReplyDelete
  5. Patutlah pernah dulu ada pemimpin pembangkang kritik latihan komando terlalu keras. Dia suka yang jenis lembut-lembut ni.

    Hooliganism of DAP supporters

    ReplyDelete
  6. Aku sokong sgt kenyataan Fauziah Salleh tu.sebab yg keluar tu sudah dirancang dgn sesuatu situasi, dan sanggup pulak dibeli...

    lihat kronologi berikut :

    1. BN nak rampas Perak = dituduh dan disiasat serta ditekan Adun PKR. Akibat tertekan maka dua adun PKR itu mengalah dan jadi bebas sokong umno. bila dah sokong umno kes rasuah selesai dgn jayanya...kes selesai duit dapat pulak (alasan gelihati 2 adun itu ialah hiang kepercayaan pd PKR...ha..ha..ha.. alasan bodoh)

    2. MP Zahrain dan MP Tan Tee Beng = mula2 buat kecoh lah kat PP....bila lompat dan dah kenyang senyap terus...mereka berdua lompat jd bebas apabila sidang Dewan Rakyat akan hampir bermula, skrip 16 Mei pun dah siap untuk dibaca Zahrain (kalau UMNO yg baca nanti rakyat tak caya plak, tapi kena belilah MP power PKR untuk baca skrip 16 Mei barulah ada thrill)

    3. Zul Nordin buat kecoh pelbg isu = kerana dia asalnya hampir2 hilang kerusi MP akibat kesalahan semasa proses penamaan calon dulu. umno bijak tidak meneruskan kes dgn harapan Zul Nordin menjadi pengacau dr dalam dan utk baca skrip tuduhan najib bunuh Tuya di Parlimen
    4. MP Wee Ko Cheong keluar PKR = sama gak kerana ada PRK Sibu. sebenarnya MP Wangsa Maju ni merempat, dr DAP masuk PKR pas tu keluar jd bebas dgn alasan bodoh.
    5. skrg umno nak kacau pulak NGobala Krishnan = sebab MP ini dah kena RM 3000. 00
    6. Dr Halili dan Fauzi Muda keluar masa nak PRK HUlu selangor dan Sibu...utk kelabukan mata org jer.
    7. dan umno terus meneropong mana2 adun dan MP PKR yg bermasalah utk dicekup, dan istihar keluar parti atas alasan hilang kepercayaan pd PKR
    8.tak lama lg Manikavasagam plak akan lompat = sebab dah bising dia pasal isu pasir selangor...tak lama lg lompat lah tu...tu tanda2 awal la tu (spt kes dulu-dulu tu_
    9.
    10..semuanya sama lah

    Dengan kenyataan Fauziah Salleh itu memang tepatlah bhw sesiapa yg rasakan umno itu tpt cari lubuk emas..silakan sebab umno kaya dan byk duit...silakan cepat berambus...namun yg menggelikan hati tu bila dah keluar PKR dan sokong umno/bn isu2 negara yg besar2 spt penghalalan judi bola mereka membisu plak...tapi isu curi pasir sungai mrk lah heronya...inilah dinamakan hipokrit!!!

    dan yang paling kesiannya ialah UMNO sendiri..kerana umno makin tidak mampu berdepan PKR hanya mengharakan isu katak lompat PKR dan katak2 lompat inilah menjadi lidah rasmi umno utk kempen pd rakyat...umno makin keliru dgn tindakan mereka

    namun yg pasti rakyat tetap macam biasa....Adun dan MP PKR nak keluar, biarkanlah, dan sokongan pd PKR makin melebar dan pengaruh PKR makin meluas sebenarnya....tak macam umno, dgn isu katak2 lompat PKR ini , secara tidak langsung nama UMNO menjadi lbh busuk....

    cuba lihat skrg..apa sumbangan katak2 lompat pd UMNO? apa? org makin benci pd UMNO itu sendiri...lbh baik umno bergerak secara solo tanpa mengharapkan org lain yg sah dibenci rakyat...umno silap!!!


    dengan ledakan maklumat dan tahap pemikiran rakyat yg semakin bijak...tak mudah utk digula2kan begitu saja...org skrg bijak menilai bukan bodoh...umno memang silap...

    umno tak perlukan katak2 lompat PKR...mrk bukan membantu pun, sebaliknya menambah kebencian rakyat pd UMNO sendiri...


    aku : umno/bn = barisan nazak...

    2.

    ReplyDelete
  7. Assalaamu 'alaikum sdra PG & sdra2 Muslim yg melayari blog ini,

    1 lnilah dia fakta paling benar dan sejati; anugerah drp demokrasi - KEBEBASAN. Maka, sesiapa saja yg ikut mndukung demokrasi, tidak layak, bahkan tidak sewajarnya berasa kecil hati, hairan, apatah lagi ralat atau marah jika terjadi perilaku busuk keluar-masuk, atau menyuruh orang keluar-masuk parti seperti ini. lni alami, natural dlm demokrasi. Bahkan orang2 yg memilihnya dahulu pun tidak ada asas undang2 mendakwanya di mahkamah. Moral? Dari penilaian demokrasi, moral hanya nisbi.

    2 Bahkan, inilah antara intipati yg sangat dijunjung & disucikan olh demokrasi - kekebasan berpendapat & berperilaku. Yg penting, tidak mengganggu atau mengancam keselamatan serta hak2 orang lain. lni bukan jenayah yg undang2 menghalangnya dari bertanding lagi. Bahkan, bagi seorang demokrat Muslim, dia percaya perbuatannya itu sama sekali tidak pun menyumpikkan akidahnya walau secubit.

    3 Bukan orang Pkr saja yg dibolehkan [dan sudah pun] lakukan ini. Bukankah sama persis yg sudah berkali2 terjadi dlm Umno, Pas & parti2 politik lainnya?

    4 Politikus yg TIDAK DIBOLEHKAN meninggalkan parti adalah aktivis yg mengikatkan dirinya kpd parti sebagai da'i, iaitu bergerak mendakwahkan & menyebarkan ideologi lslam di atas jalan kenabian, sehingga tertegaknya Daulah Khilafah Rasyidah yg melaksanakan syariah sebagai pillar [batang tubuh] perlembagaan & undang2 negara.

    5 Siapa yang mahu menarik diri keluar dari dakwah & meninggalkan perintah Allah SWT utk memperjuangkan terlaksananya syariah lslam secara kaffah [total]? ltu dia tuntutan WAJIB politik lslam, yg jika ditinggalkan hukumnya BERDOSA; tak kiralah dia Umno-kah, Pas-kah, atau Pkr-kah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. PKR= Parti Kencing Rakyat...

    ReplyDelete
  9. Kerana KEBEBASAN ciptaan PKR...lah pemimpin dan pengikut PKR tidak berkualiti.

    ReplyDelete
  10. Betul tu Anon 20 May 2010 20:24 Lepas Kencing Rakyat apa pulak PKR bagi?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR