FOLLOWERS

Saturday 8 May 2010

REMAJA DITEMBAK : SURAT PEMBACA !



7 mei 10


SAYA turut bersimpati dengan keluarga remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis selepas tidak berhenti apabila cuba ditahan oleh polis minggu lepas. Sebagai ibu dan anggota keluarga yang kehilangan anak/anggota keluarga, seharusnya mereka sangat bersedih atas tragedi itu dan adalah hak mereka untuk mempersoalkan tindakan polis sehingga mengorbankan anak mereka.
Walau bagaimanapun, saya juga berpendapat pihak polis yang selama ini kita semua amanahkan untuk menjaga keamanan negara tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya apabila tragedi seperti ini berlaku.

Pada saya, mereka telah mengikut prosedur yang sepatutnya sebelum tembakan dilepaskan. Apabila ia berlaku, amat malang sekali mangsa tembakan adalah seorang remaja 15 tahun. Saya ingin memetik kata-kata seorang pegawai atasan polis yang begitu kecewa dengan masyarakat yang terlalu mudah menyalahkan pihak polis atas kejadian ini.

Bayangkan dalam situasi cemas ketika anggota polis cuba menahan dan mengejar mana-mana suspek, adakah mereka berpeluang dan mempunyai masa untuk 'bertanya' berapakah umur suspek (yang sudah terang cuba melarikan diri) sebelum tindakan lanjut boleh dilakukan?

Saya percaya kejadian sedih ini tidak akan berakhir begini sekiranya remaja dan rakannya berhenti dan menyerah diri sesudah tayar kereta mereka bocor terkena tembakan dalam usaha polis memberhentikan kereta. Benar, mereka masih muda tetapi mungkin kita lupa banyak sudah kes jenayah melibatkan remaja sekitar umur begini.

Sekiranya mangsa adalah anggota polis, siapa yang membela nasib mereka? Paling tidak pun, sudah tentu kita akan berkata; ''Oh.. itu kerja mereka dan risiko terkorban atau tercedera sudah tentu polis sudah sedia maklum.''

Beginilah nasib pihak yang menjaga keamanan dan keselamatan negara. Apabila kadar jenayah meningkat polis dituduh tidak buat kerja. Tetapi apabila pekara begini berlaku polis pula dituduh salah guna kuasa.


SHIDI
Semenyih, Selangor




SAYA begitu bersimpati kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, 15, di atas kejadian Allahyarham mati ditembak polis baru-baru ini.

Dalam kesedihan ini, saya berharap keluarga Allahyarham juga sepatutnya lebih berhati-hati apabila terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh. Secara terang-terangan keluarga Aminulrasyid telah dipergunakan oleh golongan-golongan tertentu untuk mencapai agenda-agenda mereka.
Sebagai insan seagama, saya menasihatkan keluarga Aminulrasyid supaya menerima perkara tersebut sebagai takdir Ilahi. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ternyata kejadian ini memberi seribu satu hikmah yang sangat berguna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kepada ibu bapa/penjaga, berilah perhatian yang sepenuhnya kepada anak-anak anda. Didiklah anak anda menghormati undang-undang. Jangan biarkan mereka melanggar undang-undang walau sekecil mana pun. Pastikan anda tahu di mana anak anda berada.
Jangan beri alasan anda tidak tahu di mana anak anda berada, dengan siapa mereka berkawan, apa mereka buat selepas waktu tengah malam. Pada hal dalam masa yang sama, anda cuba mempertahankan bahawa anda sangat mengenali anak anda.

Nasihat saya kepada masyarakat, hormatilah polis sebagai orang yang dipertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Polis juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Mereka juga punya harga diri, keluarga, anak dan isteri.

Saya yakin pihak polis dan kerajaan akan menjalankan siasatan secara telus tanpa keraguan. Pihak polis tidaklah begitu kejam untuk menembak dan membunuh orang sesuka hati. Mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga ketenteraman awam.

Kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik, janganlah mengangguk di air keruh, menunjuk-nunjuk mahu membantu tetapi sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Sikap sedemikian hanya akan memburukkan keadaan dan menampakkan kerakusan anda mencari publisiti.
Akhir sekali, media cetak dan elektronik buatlah laporan yang tidak mengelirukan. Media merupakan sumber utama untuk mendapat laporan, maka tanggungjawab anda juga sangat besar untuk melaporkan perkara yang sebenar.

Chokie3200
Kuala Lumpur

Penghuni Gua : Isunya ,mengapa lari dari polis. Tak melarikan dari polis , tak jadi begini. Susah sangatkah dan apa yang takut sangat kepada polis sehingga takut untuk berhenti? Itu aje isunya. Polis tahu ke atau perlu ke polis tahu berumur seseorang pemandu dalam keadaan begini untuk mengambil tindakan menembak?

2. Nyawa sendiri perlu dipertahan, harta sendiri perlu dipertahan, juga nyawa dan harta orang lain perlu dipertahan. Itu sebab polis mengambil tindakan sedemikian. Perlu kah nyawa pengguna jalanraya lain pada malam tersebut melayang dahulu dilanggar oleh remaja ini dan kemudian baru polis bertindak?

3. Ada otak fikirlah. Cuba yang dilanggar mati itu anda? Mungkin pendapat anda akan berlainan terhadap tindakan remaja ini. Emosi tolak tepi. PG percaya, polis ini akan terlepas dan tak bersalah pun. Jika dituduh pun atas dasar kepentingan awam / redakan keadaan, mahkamah akhirnya akan bebaskan anggota polis ini. Apa lagi nak tuduh di bawah sek 302. Tak ada asas langsung................................

4. Tak ke bodoh sangatnya polis dan tak ada untungnya polis atau anggota ini nak menembak orang kalau tak ada asasnya. Berapa ratus ribu penghuni Shah Alam? Mengapa remaj ini sahaja yang ditembak? Mengapa penduduk Shah Alam lain tak ditembak polis.

5. Isu ini sebenarnya mudah pun. Cuma sudah dipolitikkan dan semuanya lebih bijak dari yang lain. Isu pokok langsung dibutakan. Emosi dan kepentingan politik di utamakan. Jika DAP atau PAS PKR prihatin sangat terhadap isu ini, PG nak tanya satu aje " sudahkah mereka membela mangsa yang dilanggar oleh YB Jeffry yang kini masih terlantar di hospital dan masih koma? Sudahkah mereka ini diberi bantuan seperti seorang tentera yang di langgar kenderaan Tian Chua di Johor? Sudahkan isteri kedua Rohaizat telah dibela seperti yang di war-warkan oleh PAS semasa PRK Permatang Pasir? Sudahkan PAS memberi bantuan kepada penyokongnya seramai 4 orang yang patah dan cedera parah dan lumpuh dalam kemalangan di Rawang untuk demo ISA tempoh hari?

6. Hampas!!!!!

22 comments:

  1. Budak yang baru berumur 15 tahun, melarikan diri sejak selepas dia bergesel dgn kereta di restoran lagi, bukannya lari drp polis semata-mata. Kemudian berlaku lagi kemalangan2 kecil yang menambahkan lagi ketakutan, menyebabkan dia seboleh-bolehnya mahu terus sampai ke rumah, sebuah tempat perlindungan bagi manusia. Jika dia penjenayah tak ada maknanya melarikan diri balik ke rumah. Namun jika begitu lah PG menjustifikasikan tindakan polis, bermakna SEMUA PEMANDU yang memandu tanpa kelayakan (tiada lesen) boleh lah DITEMBAK MATI!!! Nampaknya PG sahaja lah orang yang paling cerdik pandai di Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Bab kemalangan2 yang melibatkan YB PR dan janji2 untuk memberi bantuan kpd orang, PG usah melontar tuduhan mereka masih tidak dibela.. cuba selidik dulu sebelum nak menuduh! Ada ke kumpulan media gerombolan PG mahu melaporkan jika pembelaan sudah diberi? Setakat ini tidak pernah ada lagi sebarang laporan yang positif yang baik2 untuk YB2 PR di media2 hampas itu... kalau ada maka ia adalah satu KEGANJILAN....

    ReplyDelete
  3. Adakah polis itu mempunyai pengetahuan tentang siapa yang memandu di dalam kereta dalam jarak walau 2, 3 meter?

    Manusia bila sudah berbahas tanpa ingat tentang kuasa Allah maka akan berhujah dangkal tentang ketidakmampuan manusia dalam hal-hal seperti ini.

    PG! CCZ sokong 100%. Polis tak salah!

    ReplyDelete
  4. stupid kuda perang..the issue is not on illegal driving..its about running from police road block at a freaking 2 am..

    ReplyDelete
  5. kudang perang ni kenapa la bodoh sangat?

    tak perlu diterangkan tentang kebodohannya, pasal kalau diterangkan kepada dia tentang apa yang betul pun, dia tetap bodoh juga.

    bodoh yang tidak mahu belajar. jadi biarkan saja dia dengan kebodohannya ...

    ReplyDelete
  6. kuda perang .... memang kuda akalnya ...

    ReplyDelete
  7. PG .. ternyata anda memang paling cerdik pandai di malaysia.

    dan kuda perang itu terbukti memang PALING BODOH BEBAL di malaysia ini dengan komen yang dia berikan.

    ReplyDelete
  8. sekarang nie semua orang kata macam2 tapi tu pendapat peribadi masing2 soalnya naper isu nie diperbesarkan.banyak lagi isu yang patut diketengahkan.Polis dah jalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.rakyat malaysia rasa selamat cuma sejak anwar ibrahim keluar dari isa semuanya berubah disebabkan kelemahan pak lah.semua haru biru dan ada saja isu2 sensasi.pembangkan biasalah time mcm nie diaorglah hero of the planet.bising sana ceramah sini tapi habuk pun tarak

    ReplyDelete
  9. Kuda Perang... ada Polis tahu ke rumah budak tu kat mana. Ada budak tu cakap ke dengan Polis yang dia nak balik rumah kejap, lepas tu sambung main kejar2 balik. Saya malas nak komen yang lain2 tu. Tapi kalau cakap tu biarlah fikir dulu pakai otak, bukan pakai lutut.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    sy igt nak copi sja entri ini..boleh ??

    bukan tak simpati dan sedih dgn apa yg berlaku, kerana kita juga punya kaum keluarga..

    .... tetapi kenapa ia dijadikan isu yg nampaknya sengaja nak membelahbelahkan kita sendiri...


    kat radio dah ada kempen supaya ibubapa berhati-hati jgn membenarkan anak tak da lesen memandu..nilah contoh tebaik kenapa kempen itu wajar dihebatkan lagi..

    Kenapa Najib menjadikan mengurangi kadar jenayah sebagai KPI utama kerajaannya ??


    ..T.Kasih kepada polis kerana menjaga keamananan negara ini!!!

    ReplyDelete
  11. sokongan untuk PDRM 200%, TERIMA KASIH kerana menjaga keAMANan MALAYsia.. PAKATAN SIAL manede keje nak buat untuk RAKYAT.. turun KAWASAN sekadar CERAMAH FITNAH je, aktiviti KEMASYARAKATAN?? SENSASIKAN ISU, wujudkan PERSEPSI BURUK terhadap kerajaan, GULAkan orang-orang kampung.. PASrael mainkan ISLAM, PKapiR lagakan MELAYU & DAPigs celaka plak mainkan PERLEMBEGAAN.. bagus untuk AGAMA & NEGARA?? MELAYU..

    p/s: kejadian BERLAKU hanya kerana perkara yg REMEH.. arwah di bawah umur keluar lewat MALAM tanpa PENGAWASAN KELUARGA dan MEMANDU TANPA PENGETAHUAN PEMANDUAN & LESEN.. bukannya SEMUA yg Xde lesen boleh TEMBAK, kalau arwah pandai memandu MUSTAHIL beliau tidak pandai MENDENGAR ARAHAN polis untuk BERHENTI.. SALAH POLIS??

    ReplyDelete
  12. disebabkan isu ni satu malaysia ....berbahas disebabkan mamat sorangni ...jadinya ibu bapa tolong pantau kemana anak kita pergi,ngan sapa ia berkawan,kul berapa balik rumah.selebihnya kita berserah pada allah....dan bagi pihak polis jalankan tanggung jawap yang diamanah dengah iklas hati tanpa ada perasaan dendam.dan selebihnya kita sama bertawakal pada ilahi....amin

    ReplyDelete
  13. kuda perang...
    hang memang bodoh......

    ReplyDelete
  14. Salam...entah ape yg ade dlm otak kuda perang...biarla...ni la kalau tak baca benda yg betul n tak paham isu...what ever pun..kite usaha n bdoa pd allah moga semua mendapat keadilan...

    Polis...teruskan usaha anda....allah maha kaya..

    ReplyDelete
  15. berbalik pada soal penjaga... apakejadah budak form 3 bawak kete dengan alasan 'minum'... ni semua dijadikan isu politik untuk beberapa isu besar lain oleh puak PKR...
    dah jadi tabiat, kalo lari, kite kejar... pastu kalo tengok wawancara kawan dia tu, macam ada yg xkena, ayat dia mcm dirancang... bahunya ditepuk-tepuk oleh mamat sebelah dia... mata dan pergerakan banyak ke kiri... tp mcm biasalah, orang akan carut aku dan kata "tak jadi kat adik beradik ko bolehla"... kalau jadi kat adik beradik aku, aku redha... tu jawapan aku. xpandai jaga anak, jangan nak salahkan orang lain...

    ReplyDelete
  16. Kuda perang tu mesti kuda si Zaid kot... huhuhu

    ReplyDelete
  17. salam,
    saya berpendapat siasatan harus juga dibuat terhadap keluarga mangsa kerana cuai menjaga kanak2 bawah umur sehingga berjaya 'melarikan' kenderaan dan melanggar beberapa undang2 jalanraya...biar ini jadi pengajaran kpd ibubapa yg lain akan tanggungjawab mereka!.bukan hanya menyalahkan pihak berkuasa klau ada perkara buruk berlaku!.Jika ditakdirkan arwah melanggar pengguna jalanraya sehingga menyebabkan kematian...adakah kaum keluarga sanggup bertanggugjawab?

    Bukan untuk menidakkan kesedihan keluarga arwah...tapi dlm keadaan sekarang seolah2 mereka henda kmenyalahkan 100% pihak polis dan seakan cuba 'mencuci' dosa 'kesilapan mereka'!.Ingatlah setiap perkara yg terjadi ada hikmahnya...baik pada individu itu maupun masyarakat umum...itupun bagi mereka yg berfikir dan menerimanya!!

    Pada pihak polis...sya menyokong dan menyanjung penuh usaha murni anda selagi mengikut lunas2 yg ditetapkan dan sya pasti berbangga jikau ada di antara anak2 sya yg menyarung uniform 'sang saka biru'!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  18. Kuda Perang oiii...ko tukar jerlah jadi Kuda Kayu..

    Ayat paling bodoh dalam dunia yg pernah aku baca.
    Baik aku baca cerita rakyat. Nak komen tulisan ko pun aku takut kecerdikkan aku terikut jadi kebodohan mu...hahahaha.

    Singkat punya akal fikiran..kalau nak tulis,otak tu biar perpandangan jauh. Jangan fikir idea yg datang jer. Kenapa fikir Pro & Kontra sekali. Ini kalau ada company sendiri, mau lingkup,kalau kerja ngan org..mau lingkup org tu...hahahaha

    ReplyDelete
  19. bravo! kpd polis.. padan muka pada budak tu n famili dia...

    ReplyDelete
  20. anak liar memang patut pun kena tembak .

    ReplyDelete
  21. Polis dah kejar 6 km..kenapa budak ini tak berhenti, apa dia bawa sama dalam kereta tu. tentu ada yang tak kena, kalau tak salah, apa perlu lari...

    ReplyDelete
  22. Apa nak bising-bising Bro! Kuda Perang tu memang telah dilahirkan sebagai seorang yang BODOH DAN DUNGU sejak azali lagi. Kata orang lebih bodoh dari orang yang bodoh. Dan leibh dungu dari yang dungu.

    Gua sokong PDRM sepenuh hati.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR