FOLLOWERS

Wednesday 26 May 2010

SABARLAH CHE PUAN ELIA SUHANA! SABAR !






SEMUA pihak digesa agar menghormati "kesendirian" (privacy) Istana Kelantan dan tidak cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku sekarang untuk tujuan kepentingan diri atau kumpulan.

Meskipun Raja-Raja Melayu di Malaysia merupakan raja berperlembagaan, namun istana mereka dikawal oleh tradisi dan budaya yang tersendiri, yang tidak sama dengan tradisi dan budaya yang mengawal istana dan raja-raja di negara-negara lain, misalnya di England.

Melibatkan raja yang memerintah dengan mahkamah, meskipun daripada aspek tertentu perundangan merupakan sesuatu yang mungkin boleh dilakukan, namun dari segi tradisi dan budaya ia adalah suatu tindakan yang terpelanting jauh daripada adat dan tatasusila bangsa Melayu.

Merujuk keputusan penyemakan kes hak melawat suami oleh Che Puan Elia Suhana oleh Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, suka saya memberi pendapat bahawa berasaskan hukum dan budaya Che Puan perlu menangguhkan dulu acara lawatan berkenaan sehingga kes dakwaan cerai oleh Tuanku Ismail Petra selesai dibicarakan.

Mana tahu kalau-kalau talak tiga sudah jatuh sebelum ini dan mereka berdua tidak lagi merupakan suami isteri.

Dalam syariat Islam, talak akan jatuh sebaik saja dilafazkan. Walaupun undang-undang keluarga Islam Kelantan mengatakan ia mesti disahkan oleh mahkamah kalau ia dijatuhkan di luar mahkamah tetapi undang-undang juga tidak menafikan bahawa talak seperti itu berlaku dari segi agama.

Memaksa istana untuk menerima lawatan beliau dalam keadaan seperti ini membangkitkan berbagai implikasi, termasuk hukum, budaya dan malah mungkin undang-undang sendiri.
Saya berpendapat, mahkamah yang memutuskan semakan itu tidaklah berniat untuk memaksa Istana Mahkota Kelantan menerima Che Puan masuk mengadap Tuanku, kerana Istana tersebut adalah tempat bersemayam Tuanku dan Permaisuri Baginda dan merupakan kediaman persendirian yang tidak boleh diceroboh kalau tidak dibenarkan masuk, apa lagi untuk mengatakan menghalang kemasukan Che Puan untuk mengadap Baginda.

Orang biasa pun mempunyai hak untuk mempertahankan kediaman masing-masing dari dimasuki oleh orang yang mereka tidak suka.

Ternyata sekali lawatan yang tidak dijemput ke Istana Mahkota Kelantan itu merupakan tindakan di luar budaya dan kesopanan Melayu dan sepatutnya dielakkan agar semua pihak dapat menjaga maruah masing-masing.

Dari segi agama juga mungkin ada persoalan yang timbul, kerana dari segi agama sebelum kita bertandang perlu meminta izin terlebih dahulu.

Saya bersedia untuk bertemu para peguam bagi kedua-dua belah pihak bagi membincangkan perkara tersebut agar dapat diselesaikan dengan saksama berdasarkan hukum dan adat Melayu.

Sebagai seorang rakyat Negeri Kelantan saya rasa berkewajipan untuk memberi pandangan ini dan mengharapkan ia mendapat perhatian semua pihak agar dapat diselesaikan dengan saksama berdasarkan hukum dan adat Melayu.
Sebagai seorang rakyat Negeri Kelantan saya rasa berkewajipan untuk memberi pandangan ini dan mengharapkan ia mendapat perhatian semua pihak agar maruah Istana dan Raja-raja Melayu dapat diselamatkan.

Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid

Penghuni Gua : PG amat setuju dengan pandangan Prof ini. Kepada Che Puan Elia Suhana, bersabarlah dan elakkan menggunakan saluran mahkamah. Ini kerana ia banyak baik daripada buruk terhadap institusi ini dalam jangka panjang.

2. Banyak sangat pihak yang cuba mengambil kesempatan dari isu ini untuk melemahkan isntitusi ini. Bersabarlah Che Puan. Fikirlah cara lain yang lebih baik. Mungkin perbincangan melalui orang ketiga . Aturlah pertemuan dan perbincangan secara tertutup. Bukan semua masalah rumahtangga perlu diketahui oleh orang ramai.

3. Sabarlah Che Puan. Banyakkan sabar. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, daulat Tuanku.

9 comments:

  1. SUBSIDI AKAN DIPOTONG, TANAH DI SINGAPURA DIJUAL, DAN GST AKAN DIPERKENALKAN, APA LAGI DAYA BN?

    Habis. Keupayaan Kerajaan BN untuk mencari kewangan untuk Negara sudah meleset. UMNO/BN sudah tidak berupaya lagi. Budget Kerajaan Persekutuan sentiasa didalam keadaan defisit.
    So, apa Kerajaan UMNO/BN nak buat? Biarkan Negara ini bangkerap? Atau jual harta Negara? Atau ujudkan bon-bon baru walaupun bon-bon lama masih tidak dilangsaikan dan keupayaan untuk melangsaikan sudah meleset!
    Jalan paling mudah ialah menjualkan harta Negara seperti harta KTMB di Singapura, naikkan cukai, tarik subsidi dan perkenalkan GST!
    Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menarik subsidi dan apabila ini dilakukan akan memberi kesan kepada kepada harga petrol, gas asli, makanan, perubatan, toll dan penjagaan kesihatan.
    Ini bererti rakyat akan dibebankan dengan bebanan yang tidak terpikul, ini bererti rakyat akan menjadi lebih susah dan sukar untuk menghadapi kehidupan.
    Dilema kepada Kerajaan sekarang adalah samada untuk memansuhkan subsidi atau menghadapi keadaan kewangan yang suram yang mana akan menambah kepada hutang Kerajaan yang kini sudah meningkat hingga RM362 billion tahun lalu atau 54% dari GDP.
    Ini adalah jauh lebih tinggi dari Indonesia yang hanya 28% dan menghampiri Filipina ditakuk 62%, dan jika ini tidak diambil tindakan Malaysia akan meningkat 100%.
    Kerajaan UMNO/BN sudah hilang daya untuk mengatasi masalah ini dan di tahun-tahun akan datang ini rakyat akan menghadapi masalah kehidupan yang lebih membebankan dengan pendapatan tidak berubah manakala kos kehidupan akan bertambah dengan tingginya.

    ReplyDelete
  2. APA CERITA ANOY NI. !!!!

    ReplyDelete
  3. Anon 26/05/10 10:45,

    Betul ke M'sia jual harta KTMB kpd S'pore ?
    Kan dikatakan tanah itu akan dibangunkan bersama.
    Jadi M'sia tak dapat duit malah perlu belanja duit !

    Berapa Msia kena beri KTMB sebagai pampasan ?
    Kan KTMB tu syarikat BERHAD !

    Tun Lah kata win-win tapi belum nampak kan mana.
    Ade siapa yg boleh terangkan ?

    PG, sorry off topic sebab terlalu marah.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  4. anon 26 may 2010 10:55,

    komen anon 10:45 itu luahan dlm bentuk sinis & sidiran. nak cari relevannya dgn tulisan prof itu?

    mari buka sikit lagi pintu minda & hubung-kaitkan segala2 yg penuh serba 'ekskulif' dgn segala simbol2nya sebagaimana yg digambarkan dlm tulisan prof itu dgn kehidupan penuh kesengsaraan yang bakal memcekik & menjerut batang leher setiap rakyat jelata, terutamanya yg berpendapatan kecil, apabila apa yg sedang dirancang oleh kerajaan - penghapusan subsidi, pelaksanaan SGT, & cukai2 yg bakal dilipatganda bagi membayar hutang kerajaan - apabila itu semua dilaksanakan sedikit waktu lagi.

    itu belum lagi dikira lesapnya wang rakyat & negara ygt 'tiris' [?] di tingkat pembuatan & pelulusan dasar. apakah para pembuat dasar itu semua akan ikut merasakan keperitannya, atau dipindah & agih ke batang tengkuk rakyat?

    ReplyDelete
  5. Anon 11.23

    Hujah anda amat tepat...hal2 spt inilah yg pihak pro UMNO/BN buat2 tak faham, padahal mrk amat arif dgn situasi ekonomi negara, mrk munafik dlm menerangkan isu ekonomi pd rakyat...mrk menerangkan yg muluk2 saja, namun dlm masa yg sama menjerit balik rakyat...kenyataann di atas itu adalah BENAR kerana kerajaan UMNO/BN berbuat, namun rakyat yg akan menaggungnya....lihat sahaja dgn GST skrg, GST bukan dimansuhkan namun di"senyapkan" saja spy rakyat tak marah2...bodek dulu rakyat lps tu jerut!!! tol, subsidi, minyak, harga brg2, cukai, semuanya "disenyapkan" dulu, namn mrk pasti akan kenakan juga untuk cover ekonomi yg teruk...seolah2 kerajaan umno/bn tidak kreatif mencari duit yg nampak hanya cukai!!!

    ReplyDelete
  6. PG PUN MARAH. BAB SERAH TANAH KITA NEGARA LAIN ATAS APA TUJUAN PUN MEMANG TAK BOLEH TERIMA. PULAK TU , DAPAT TANAH GANTI KENA USAHASAMA DENGAN TEMASEK PULAK. AKHIRNYA SEMUA BANGUNAN DAN TANAH JADI HAK TEMASEK SEPERTI MANA ISKANDAR MALAYSIA.

    ReplyDelete
  7. Jangan cepat marah PG...sabar! Tanah KTMB tu pun dah diganti dengan tanah lain yg sama harga. Saya yakin keputusan ini diambil selepas pakar2 ekonomi kita menimbang kebaikan dan keburukan.

    Nabi SAW pun selalu mengambil keputusan yg nampak mengalah tapi diakhirnya mengutungkan orang2 Islam di masa itu.

    Tahniah DS Najib...Malaysia is in the top ten world's economy growth.

    ReplyDelete
  8. Anon 12:26

    Ko tak leh samakan tindakan Najib gadai tanah KTMB dan Iskandar Malaysia dengan tindakan Nabi SAW dlm membuat keptutsan. Nabi dipandu wahyu walau tampak rugi namun di akhirnya umat Islam lbh untung, namun Najib dipandu olh Singapura dek kelemahan sbg gambaran bhw Singapura tidak akan bersetuju jika tidak mendatangkan keuntungan pd pihak sengapura!!! ingat tu!! ko ingat senang2 jer ke Singapura nak setuju? jika dlm kontrak nanti mrk lbh untung walau jangka panjang!!Sngapura lb hebat dr pemikiran dan tndakan kerajaan kita!! lihat Iskandar Malaya, apa dah jadi!

    lihat pulau Batu Putih, siapa menang? kita makin jd Pak Turut Singapura apatah lg jd hamba US...semua satu (Singapura, US dan Yahudi)dlm mempermainkan kita!! di malaysia dikatakan, inilah dia pemimpin Najib yg hebat!!! kononnya lah...

    ReplyDelete
  9. sebenarnya rakyat tak senang hati dgn Najib serah KTMB kpd Singapura, walau pun tempoh pajakan adalah 999 tahun, tahun 2917 nanti baru tamat...walaupun diganti dgn tanah lain, tapi tanah itu memang pusat perdaganagn, tapi tempat itu adalah kasino..judi lagi...tak habis2 umno kena bodohkan olh si cilik...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR