FOLLOWERS

Wednesday 5 May 2010

SERAH WILAYAH / TELAGA MINYAK : BAB INI PG SETUJU DENGAN DATO HUSAM !




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut mendedahkan kepada awam semua perrhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya peristiwa penyerahan sempadan laut Malaysia kepada Brunei.

Ketika membuat tuntutan tersebut, pemimpin PAS yang juga exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa juga meminta perdana menteri mendedahan semua keputusan kabinet mengenai perkara itu.

"Atau menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara ini kejadian yang sama berlaku selepas negara merdeka.

"Maka, demi kepentingan negara dan kepentingan awam, kejujuran, keterbukaan dan ketelusan oleh kabinet dan perdana menteri adalah sangat diperlukan," tegasnya.

Katanya, tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari kerajaan pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara.

........................................................................................................................................................

Menurut Husam lagi, kedaulatan wilayah adalah penting untuk setiap negara dan sepanjang sejarah, banyak perselisihan wilayah berlaku antara negara-negara yang telah mengakibatkan perang.

'Pengasas negara Malaysia memberikan penghormatan yang tinggi untuk melindungi wilayah kita dengan menyediakan peruntukan dalam Artikel 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara ini," tegasnya. ........................................................................................................................................

"Tidak kira betapa berkuasanya seseorang perdana menteri itu, namun Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang perdana menteri Malaysia menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain sama ada di daratan atau lautan.

"Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah," tegas Husam lagi Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bab ini PG setuju 100% dengan Dato Husam. Setuju , bahawa penyerahan dan pindaan yang berkaitan sempadan negara perlu melalui parlimen. Cuma jangan Husam atau PAS dalam isu ini gunakannya untuk kepentingan politik. Ia hendaklah hanya untuk kepentingan negara.

2. PG rasa marah yang amat sangat dengan Tun Pak Lah yang menyerahkan dengan begitu senang wilayah kita kepada Brunei. Senang aje. Hanya atas dasar keuntungan wang dan hanya kerana Brunei dikatakan akan menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang.

3. Persetankan Brunei. Apa Brunei boleh lakukan sekiranya kita tak serahkan Limbang. Hak Brunei terhadap Limbang pun belum tentu sah atau tak sah. Kemboja: hanya kerana sebuah kuil lama sahaja sanggup berperang berkali-kali sehingga kini demi maruah negara mereka.

4. Adakah kita masih mempunyai maruah? Pertanyaan untuk Tun Pak Lah. PG masih amat marah sehingga kini. Amat dan teramat marah. Teramat marah.

Nota : Bab , Dato Husam cadang tubuh Suruhanjaya DiRaja tu pun boleh dipertimbangkan tetapi bab nak saman dan meminta ADUN-ADUN Sabah dan Serawak memfailkan saman terhadap PM dan kerajaan Malaysia, PG tak setuju. Sebab tak setuju? Tak ada sebab. Mungkin juga ia lahir atas dasar kepentingan politik. Untuk dapat keuntungan politik.

7 comments:

  1. jangan la salahkan pak lah semata2.
    belajor sikit bab pentadbiran.
    hal serah 2 blok minyak dah dibawa dalam mesy. kabinet pada feb.2008. Maknanya ia bukan keputusan pak lah sorang, ia adalah keputusan kabinet.
    seluruh anggota kabinet kena ambik tanggung jawab atas hal ni.

    ReplyDelete
  2. pak lah ketuanya. ia yang memandu mensyuarat. mana pernah dia nak mendengar pamndangan kabinet. itu yang haru biru semuanya. ia lebih dengar suara lain selain dari suara kabinet. kabinet hanya jadi rubber stamp aje di bawahnya.

    bukan kami bodoh sangat. kabinet ini hanya pak lah gunakan untuk cuci tangannya sahaja.

    ReplyDelete
  3. Dalam hal kedaulatan wilayah Tuanku, hendaklah dibawa kepada Majlis Raja-Raja untuk pengendosan.

    ReplyDelete
  4. Sekarang barulah jelas kedudukan blok2 yang dipertikaikan seperti mana yang dijelaskan oleh Dr Rais. Itulah jangan lekas meletup. Ini persoalan antara negara. Tentu sekali pemimpin Malaysia tidak hendak melaungkan2kan pada masa itu bahawa Brunei rugi & Malaysia untong +5,000 kilo meter2 kawasan. Nanti orang cakap ini tipu punya jalan. Ada pemimpin juga cakap blok2 tersebut kepunyaan Malaysia mengikut sejarah. Menghairankan. Harap teliti sejarah kawasan Borneo. Barangkali kejahilan sejarah tidak menghairankan karana cakap2 ini di keluarkan oleh orang2 Malaya. Kita di Borneo tahu akan sejarah kita. Harap sudara2 boleh semak sejarah dan apa pendapat penduduk2 Borneo semasa penubuhan negara sudara ketika itu

    ReplyDelete
  5. 3. Persetankan Brunei. Apa Brunei boleh lakukan sekiranya kita tak serahkan Limbang. Hak Brunei terhadap Limbang pun belum tentu sah atau tak sah. Kemboja: hanya kerana sebuah kuil lama sahaja sanggup berperang berkali-kali sehingga kini demi maruah negara mereka.

    Diharap gunakan akal yang waras tanpa menghina negara jiran.

    ReplyDelete
  6. Masa tu Pak Lah hanya dengar suara JIN aja kot? Nasib baik jangka hayat Pak Lah jadi PM tak lama. Kalau lama alamat tergadai juga Malaysia ni. Tapi DS Najib kena hati-hati KJ pulak. Bukan boleh diharap budak tu. Mana ada seorang Ketua Pemuda kena booo!!! dalam majlis. Ada yang tak kena tu? Tapi kira okeylah boleh catat "HARI INI DALAM SEJARAH PEMUDA UMNO"

    ReplyDelete

PETA PELAYAR