FOLLOWERS

Sunday 6 June 2010

ANUAR DAN BAHALOL.......NYA : AWANG SELAMAT !





WAJARKAH seorang pemimpin yang kononnya mendokong gagasan masyarakat berperadaban (madani), asyik melemparkan kata-kata kesat? Pertanyaan ini Awang lemparkan kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang makin galak menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapannya. Baru-baru ini, pemimpin utama PKR itu menggambarkan hakim yang mengadili perbicaraan tuduhan liwatnya sebagai bahalol.

Ini bukan kali pertama beliau menghamburkan kata-kata sedemikian. Dalam ucapan-ucapannya di khalayak umum termasuk kempen pilihan raya umum 2008 dan beberapa pilihan raya kecil selepas itu, Anwar kerap menggunakan istilah seperti bahalol, bangang dan bodoh. Bukan itu sahaja, perkataan celaka dan sial juga digunakan.

Ternyata tabiat Anwar suka menggunakan kata-kata kesat sudah cukup mencerminkan siapakah sebenarnya beliau. Dalam kita menekankan pentingnya adab, budi bahasa dan sopan-santun terutama di kalangan anak-anak dan pelajar, wajarkah seorang pemimpin politik yang ghairah mahu menjadi Perdana Menteri, mempunyai mulut yang celupar.

Ingatlah kemuliaan seseorang bukan diukur dengan kekuasaan, kedudukan, kekayaan mahupun keturunan. Sebaliknya ia dinilai daripada banyak kriteria yang terkandung dalam al-Quran termasuk tutur kata. Sejarah telah membuktikan bahawa adab adalah penentu jatuh bangunnya pemimpin, bangsa dan negara.

Dari sudut yang lain, kenyataan Anwar itu bukan sahaja tidak menghormati dan memperlekehkan hakim bahkan menghina mahkamah. Anwar seperti biasa menggunakan pentas politik untuk membela dirinya dalam kes liwat kali keduanya itu. Awang percaya, tiada mana-mana pemimpin politik dalam dunia ini, yang bertindak seperti Anwar. Siapa sekalipun kita, mahkamah tetap mahkamah. Mewujudkan perbicaraan di luar mahkamah hanya menampakkan beliau tidak berpegang kepada prinsip keadilan. Ketika Anwar memperhebatkan usaha untuk menyelamatkan dirinya di dalam dan luar negara, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat, lebih banyak berdiam.

Saiful bukan sahaja nampak berani untuk melalui tekanan, mengharungi perbicaraan yang sukar dan membuat sumpah laknat atau mubahalah di masjid malah akur kepada proses mahkamah. Walaupun ada keterangan baru yang memihak kepada Saiful seperti berlaku kesan penetrasi dan DNA pada dubur dalam kes liwat itu, beliau tidak mengambil kesempatan menjajanya sebagaimana yang lazim Anwar lakukan. Kelmarin mahkamah memutuskan kes tersebut ditangguhkan hingga Julai atas permohonan Anwar. Sudah terlalu banyak kali perbicaraan ditangguhkan mengikut kehendak beliau. Lagi lama berlarutan, ia boleh menyebabkan keadilan tidak dapat dilaksanakan terutama bagi pihak yang menuntut keadilan. Namun Awang hairan di sebalik banyak penangguhan, Anwar masih mahu menganggap hakim bahalol. Dengan kata lain, jika sesiapa tidak mahu terdedah dengan kemungkinan dilabel bahalol oleh Anwar maka tunduk sahajalah kepada beliau biarpun melakukan kesalahan moral dan pembohongan seperti isu 16 September.

Pada Awang, ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata. Ia adalah keadilan untuk insan kecil seperti Saiful. Usahlah gundah untuk mencari kebenaran dan diadili. Melabel orang lain bahalol, tidak akan dapat menutup kebenaran dan sebarang muslihat. Dari sisi Islam, orang yang takutkan kebenaran, menganiaya orang lain, hipokrit besar dan bersikap pengkhianat, itulah sebenarnya bahalol. Tafsirkanlah sendiri.

Penghuni Gua : Sebenarnya BAHALOL itu untuk DSAI. DSAI mengatakan untuk dirinya. Dan memang DSAI BAHALOL selama ini.

2. Cuma pengikutnya sahaja yang tak tahu dia BAHALOL. Kesian!!! Tak salah kot PG guna perkataan BAHALOL. Sebab DSAI gunakan sudah banyak kali perkataan ini. Diakan pemimpin islam dan pemimpin perjuangan islam ABIM dahulu.

3. Takkan pejuang islam dan pejuang untuk memerintah mengikut cara islam ( dululah ) boleh buat salah. Ada lagi kawan-kawannya ( ulama-ulama lagi dengan 3 kilo serban di kepala ) tetapi bahasanya MasyaAllah , lebih teruk dari kita yang awam ini.

4. Jadi fikirkanlah semua pengundi muda. Sebenarnya kita jauh lebih baik dan cerdik dari mereka ini. Kita adalah wajah kita. Kita tak ada kepentingan apa-apa. Tak ada untung pun tulis blog ini pun. Tetapi tanggung jawab!!

5. Pokoknya ! DSAI hanya BAHALOL kan diri sendiri. Biarkanlah!!!! ( Bahasa pejuang islam katakan).

21 comments:

  1. Yang bahlol ialah yang percaya akan cerita konspirasi Anwar Ibrahim yang menjadi ejen Yahudi itu.

    ReplyDelete
  2. sudah lama dsai nih dok kutuk hakim2 yg membicarakan kes beliau... mungkin juga ada kebenaran kata2 dsai bahawa hakim bahlol kerana x berani mengenakan hukuman keatas dsai kerana menghina mahkamah sejak dahulu lagi...

    ReplyDelete
  3. Dia memang bahalol negara. Tuhan cipta wanita untuk lelaki tapi dia pilih lelaki. Dia memang bahalol.Kalau duduk diam2 semasa jadi TPM sekarang dia dah PM. Dia memang bahalol. Kalau dah pernah liwat dan jadi banduan bila keluar patut serik,tapi dia liwat lagi. Dia memang bahalol.Orang lain jadi penasihat kerajaan negeri gaji ribu-ribu,dia mintak RM.1.00 je. Tak ke bahalol namanya.

    ReplyDelete
  4. kesian jijah. orang lain madunya wanita, dia mendapat madu lelaki

    ReplyDelete
  5. hahahahahah....lawakkk..dapat madu lelaki....

    ReplyDelete
  6. dan hakim memang bahalol kerana asyik mengikut kehendak anwar , kenapa tak bertegas saja ? hakim memang bahalol kerana tak perdulikan penderitaan saiful , cuma perdulikan anwar sorang ..
    tunda dah 30 kali , ini rekod mahkamah di malaysia dan DUNIA , hakim memang bahalol ..

    ReplyDelete
  7. SLM BRO..BIASA LA BROO, BILA TUHAN NK TUNJUKKAN SIFAT LAKNAT DIA TU KAT UMAT MANUSIA SNANG2 JEK. SAPE SANGKA ORG YG SEGAK DGN SPEK ITAM YG SERING TURUN NAIK MAHKAMAH MCM SI BAHALOL KADIWOL SI SONGSANG NI BERMULUT BACIN! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  8. Bila OKT dipanggil masuk membela, masa itulah OKT dpersilakan nak habak versi cerita OKT. Nak panggil pakar forensk dari Australia atau dari bulan, terserahlah pada OKT. Buat masa ni, diperingkat pendakwaan, dengarlah dahulu versi cerita Pendakwa dari sudut Saiful dan pakar dan saksi-saksi Pendakwa. Terserahlah pada pendakwa dan OKT mempertengahkan dan berhujah kes masing-masing. Nak dok maki hamun hakim yang tiada kepentingan dan untuk OKT kepanasan tak tentu pasal itu apahalnya? Hakimkan sekadar mendengar dan memutuskan (to hear and determine). Hakim-Hakim dilantik oleh YDPA - hormatlah kedudukan mereka.

    ReplyDelete
  9. Aku rasa DSAI memang dilahirkan bahlol! Penyokong-penyokongnya juga keturunan bahlol sebab tu dia orang tak nampak apa yang DSAI buat dan telinga dia orang pun pekak dalam dengar. Paling teruk hati pun gelap sebab menyokong perbuatan keji lagi menjijikkan.

    ReplyDelete
  10. Hanya si bahlol sama seperti Anwar yang akan menyokong peliwat itu.

    Off to the International Criminal Court you Israelis terrorists.

    ReplyDelete
  11. Wahai Bahlol-bahlol UMNO semua ! kemari kau, aku nak bicara!

    Macamana org (rakyat) tak kata UMNO/BN tak BAHLOL, jika byk perbuatan dan tingkahlaku UMNO/BN dlm kes Nuar begitu byk BAHLOLNYA...

    Jika kita lihat sejak kes Azizan hinggalah ke kes Sepol Jubo pun byk yg meragukan dan membahlolkan rakyat yg dah cerdik...
    contohnya :
    Kejap kata diliwat dgn rela, esok kata dipaksa pulak, hari ini kata sekali, esok kata byk kali pulak, hari ini kata pukul sekian, esok kata pukul lain pulak, hari ini doktor2 kata tiada berlaku tusukan, esok kata ada sperma dlm jubo pulak, hari ini Najib kata sepol dtg jumpa nak minta biasiswa, tapi sepol kata nak mengadukan kes dia diliwat, hari ini kata diliwat tapi liwat berlaku lusa harinya, hari ini dia bersumpah esok Nuar nak penamaan calon PRK Permatang Pauh, konon tak tahu!, kata AG tak campur tgn langsung, tapi dia yg mengarahkan bcara ke Mahkamah Tnggi, hari ini jumpa Ezam, esok Ezam dapat jd Senator, hakim2 tetap tak bagi hujah pembelaan, hakim asyik kata tak relevan, akhirnya hakim tak relevan dapatlah naik pangkat ke Mahkamah Persekutuan (kes azizan), pegawai penyiasat dapat naik pangkat jd IGP,ketua penyiasat dapat naik pangkat jd ketua polis negeri Melaka, ketua pendakwa pulak dapat jd AG, azizan kata tempat liwat di Vila tertentu, tapi Villa itu tak siap lagi, azizan kata tarikh sekian, tapi esok tukar tarikh lain, kata salah taip pulak...dan macam2 lg lah versi cerita liwat yg UMNO nak bahlolkan rakyat!

    Dan yang paling BAHLOL sekali ialah belum pun Nuar dibicarakan, Nuar sudah dikatakan BERSALAH olh UMNO dan dia dikutuk, dihina, dikeji semahunya, walhal jka kes belum atau masih dibicarakan adalah dilarang kita memperkatakannya apatah lagi sudah dianggap dia sbg bersalah!!
    Dan Nuar langsung tidak diberikan bercakap di media UMNO/BN secara langsung malahan dikutuk pulak!! dan Nuar didakwa, tapi Chua Soi Lek lepas begitu saja walaupun dia pelaku seks dan raja seks bebas! kenapa tak dakwa sekali soi lek!!

    umno paksa rakyat jd bahlol spy percaya pd cerita versi UMNO saja, kalau rakyat tak percaya akan dilabel sbg musuh!

    maaf lah kata, org tak ambil pusing pun cerita Nuar ni, tak de masa nak fikir pun, tapi kes dia ni pelik sgt bila kita fikirkan! umno gagal membahlolkan rakyat kerana UMNO masih lg primitif dgn berfikiran BAHLOL!!!

    ReplyDelete
  12. kalau umno nak dedahkan apa2 video/tape/gambar anuar , aku rasa banyak..sebab Kerajaan dipegang oleh BN dan semua agensi risik dibawah kerajaan..kalau Umno zalim bersepah benda2 diedarkan dipasar malam...PKR yg bebal..dalam Parliment PKR dah tak banyak MP da...da kurang suara....ada hati nak jadi PM..( Pi Menutuh )...perbicaraan Jangan tangguh@ lagi..kenapa ambil pakar DARI LUAR? Pakar yang di bayar semestinya memihak kepada siapa yg membayLuar...kalau orang lain buat PKR kata mana betul..PKR buat semua OK..kalau org lain tangguh dia kata tak adil PKR buat OK semua...Kaki Jubur tetap kaki jubur....kaki jilat puki tetap akan jilat walaupun puki jalang..Itu FAKTA....

    ReplyDelete
  13. KAH kah kah!
    malam ni,
    terasa nak biar pening,
    tapi terbuka PG,
    tak jadi pening,
    tajuk bahlol,
    siapa bahlol?,
    kenapa jadi bahlol?,
    adakah org bahlol mengaku bahlol?,
    orang bahlol tak mengaku bahlol,
    sah! pasti! yakin!,
    arifOmar adalah bahlol,
    ibnu kepada si bahlol,
    abu kepada si bahlol,
    suami kpd si bahlol.

    kah kah kah!
    beginilah kenyataan,
    beginilah jadi.
    bila kita serang org sebagai bahlol,
    tanpa bukti tanpa asas,
    aku boleh kata bahlol,
    Anwar boleh kata bahlol,
    kau boleh kata bahlol,
    raja lawak boleh kata bahlol,
    dr. al-Kuty boleh kata bahlol,
    tapi bahlol tetap bahlol,
    sekian selamat berbahlol.

    ReplyDelete
  14. istilah bahalol siapakah yang memulakan ? adalah si anwar peminat lubang jubur ..!!
    siapakah yg mula2 kata hakim bahalol ? semestinya anwar ..
    siapa yg menjaja istilah bahalol ? anwar ..

    siapa anwar ?

    ReplyDelete
  15. anon 2038..perbanyakan membaca dan mengkaji , ingat setiap tarikh dan tempat , serta turutan peristiwa sesuatu kes sebelum mengutarakan pendapat ,
    kalau tidak anda akan hanya diketawakan orang , jangan memalukan diri sendiri ,
    jangan ambil sesuatu kes itu main lompat2 , ambil separuh2 , tapi ambil dan fahami keseluruhan perjalanan kes ,

    ReplyDelete
  16. Dengar dulu versi liwat pendakwa dari saksi2 pendakwa. Bila OKT dipanggil masuk membela, bolehlah OKT pula ketengahkan versi liwatnya dengan saksi-saksinya. Persoalan pokoknya sekarang, apahalnya nak marahkan hakim yang sekadar mendengar dan memutuskan? Apakah OKT tidak yakin dengan keterangan yang ada padanya bila dipanggil masuk membela? Merasa kepanasan dan mengamuk tidak bertempat apahalnya. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.Nak marah pada UMNO, marahlah semasa mengundi, tapi halnya marah hakim, marah Timbalan Pendakwaraya, marah Saiful (mangsa), marahkan Dr Pakar yang menjalankan tugas - apahalnya?

    ReplyDelete
  17. peningpilkuda suka lari dari topik atau isu. Isunya berkenaan rencana awang diberita harian dimana OKT suka memperlekehkan hakim yang mendengar kesnya denga mengatakan hakim itu bahalol.Peningpilkuda bukan saja emosional, tapi tak faham isu dan merapu dan merapi. Mungkin peningpilkuda ambil dadah jenis peningpilkuda kot - sebab nampak gaya lebih merapu berbanding merapi.

    ReplyDelete
  18. ini bukan isu BN atau PR, tapi adanya atau tidak berlaku liwat. Dalam kes Azizan, apa Mahkamah Persekutuan kata?, apa Chedet kata? Dalam kes sekarang, apa Saiful kata, apa Dr Pakr kata? Apa relevannya kes liwat ini dengan mana-mana parti politik? Persoalannya, ada liwat ke tak ada?

    ReplyDelete
  19. Kapal Sing secara langsung dah mengatakan ada liwat. Sebab dia tanya Si Sipol tu ada mandi wajib ke tidak lepas diliwat. Rupanya Kapal Sing ni bahlul juga tapi mungkin taktik dia nak jatuhkan atau memalukan DSAI. Hanya dia yang tahu tujuan pertanyaan dia terhadap Si Sipol tu. Tunggu keputusan Hakim nanti! DSAI bersalah atau tidak itu keputusan mahkamah dunia. Akhirat nanti yang sebenar-benarnya. Mahkamah Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  20. e'e'eh..mana lu tau ada?
    lu ada dlm mahkamah ke time prosedur tu dijalankan?
    setakat dgr ckp org/media
    baik lu dgr mak lu main...................

    ReplyDelete
  21. bagus juga Anwar tu dipanggil bahalol,sebab bnyak org xtau asal usul nama bahalol siapakah orgnya kekuatannya.akhirnya Anwar bahalol menjadi PMX.sekian terima kasih

    ReplyDelete

PETA PELAYAR