FOLLOWERS

Thursday 10 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN PENAMATAN PERKHIDMATAN / MEDICAL BOARD !



[1994] 3 MLJ 391
Syed Mahadzir bin Syed Abdullah v Ketua Polis Negara & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) — CIVIL SUIT NO 357 OF 1982

Judges VINCENT NG J

Date 18 JUNE 1994
Citation [1994] 3 MLJ 391


Catchwords:

Administrative Law — Public servants — Compulsory retirement of police inspector on health grounds — Medical report equivocal and ambiguous — Whether compulsory retirement a nullity and void — Pensions Ordinance 1951 ss 8(2)(d) & 10(5)(c)

Administrative Law — Public servants — Compulsory retirement of police inspector on health grounds — Whether principles of natural justice in dismissal cases also apply to cases of compulsory retirement on medical grounds

Administrative Law — Public servants — Employment status supported by statute — Whether court could grant declaration that termination of service was null and void or that contract of service still subsists

Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif, seorang inspektor polis, telah dibersarakan di bawah s 10(5)(c) Ordinan Pencen 1951 (‘Ordinan itu’) selepas suatu lembaga perubatan telah mendapati beliau menghidapi penyakit skizofrenia, iaitu suatu penyakit akal. Di dalam suatu laporan perubatan (‘laporan itu’), lembaga perubatan itu telah mengesyorkan supaya plaintif dihentikan perkhidmatannya atas dasar psikiatrik ataupun diberikan jawatan di mana beliau tidak perlu menggunakan senjata api.

Peguambela plaintif berhujah bahawa syor di dalam laporan itu taksa dan oleh itu cacat; dan terdapat suatu pelanggaran keadilan asasi kerana nasib plaintif telah dibincangkan di belakangnya dan beliau tidak diberikan peluang untuk mencabar syor itu.

Plaintif telah memohon untuk, antara lain:

(a) suatu deklarasi bahawa persaraannya sebagai seorang inspektor polis oleh defendan tidak berkesan dan bahawa beliau masih merupakan seorang anggota perkhidmatan awam; dan
(b) suatu perintah bahawa defendan membayar beliau semua tunggakan gaji, elaun dan emolumen lain yang dihutang kepadanya dari tarikh persaraan wajibnya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:

(1) Intipati dan niat sebenar laporan itu adalah bahawa plaintif dibenarkan bekerja sebagai seorang pegawai polis jika terdapat suatu jawatan di dalam jabatan itu yang tidak memerlukan pembawaan senjata api. Oleh itu, kandungan laporan itu taksa dan tidak mempunyai sebarang unsur kemuktamadan sama ada plaintif seharusnya ditamatkan perkhidmatannya di dalam angkatan polis. Oleh demikian, prinsip yang sama seperti yang terpakai di dalam undang-undang jenayah seharusnya diikut oleh defendan, iaitu syor yang lebih memihak kepada plaintif sepatutnya diterima. Oleh itu, persaraan wajib plaintif adalah suatu pembatalan dan tidak sah dan tidak mematuhi s 10 Ordinan itu.
(2) Prinsip keadilan asasi yang sama seperti yang terpakai di dalam kes pemecatan sepatutnya juga terpakai kepada kes persaraan wajib atas dasar perubatan, kerana siasatan yang membawa kepada persaraan wajib itu bersifat kuasi-kehakiman dan mesti mengikut rukun keadilan asasi. Di sini, terdapat suatu pelanggaran rukun keadilan asasi di dalam prosedur yang digunakan untuk membersarakan plaintif dan penggajiannya tidak ditamatkan secara sah.

(3) Walaupun di dalam kes majikan dan pekerja yang biasa, suatu deklarasi bahawa penamatan perkhidmatan itu adalah batal dan tidak sah ataupun bahawa kontrak perkhidmatan itu masih wujud tidak seharusnya dibuat, mahkamah mungkin membenarkan deklarasi yang dipohon itu di dalam kes penggajian atau perkhidmatan awam di mana kakitangan awam itu mempunyai suatu taraf yang disokong oleh statut.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pelajar dan pembaca. Tq

3 comments:

  1. asyik dgn malayan law journal, malayan law journal jer PG ni..! Dah kering idea ke? nih orang [terutamanya melayu] tengah panas [hati] nih tentang reshuffle kabinet ds najib ... ulas ler sikit, bagi peluang member2 curah isi hati & pandangan..! barulah ikut perkembangan current affair & kontemporari dea blog engkau, PG..!

    ReplyDelete
  2. Salam Anon 10:10,

    Undang2 tu penting. Kena tahu jugak sedikit sebanyak. Orang Melayu rata2 buta undang2 sebab tu banyak yg tak tahu hak mereka. Mungkin awak tak minat undang2 sebab awak belum ada keperluan terhadap undang2. Nanti bila hak awak diambil orang baru awak terhegeh2 cari PG...

    Mat Jerontot

    ReplyDelete
  3. anon 10 jun 2010 15:42,

    "...bila hak awak diambil orang..."

    yg anon 10 jun 2010 10:10 cakap berkenaan reshuffle kabinet tu ada juga kaitannya dgn 'hak yg diambil orang...' misalnya;

    i] dlm reshuffle yg ds najib buat, tak adakah
    hak melayu yg tergadai apabila kouta melayu dipenuhkan dgn bukan melayu? mintalah PG kemukakan bantahan secara undang2 terhadap perkara yg mengenepikan hak melayu tu.

    ii] seluas-luas kawasan simpanan minyak di perut laut malaysia yg abdullah badawi serah kpd
    brunai, suruhlah PG minta kabinet yg baru direshuffle tuntut balik, dgn melantik anak csl porn-star mengepalai tuntutan balik hak malaysia yg terlepas itu.

    iii] bukankah ada tanggungjawab kabinet utk membuat usul menolak penyerahan tanah ktm kpd singaupra. banyak peguam dlm kabinet. itu hak negara kita yg terlepas tu...mana pergi ilmu undang2 mereka.

    undang2 tu betul, tapi kalau pelaksanaannya diseleweng, apa ertinya. yang jadi masalah kpd undang2 ialah mafia undang2. banyak tu ada dlm pemerintahan & pentadbiran negara kita.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR