FOLLOWERS

Monday 14 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MERAMPAS KAD PENGENALAN PENGUNDI !


[1996] 5 MLJ 301
Public Prosecutor v Wong Sing Nang
Case Details:

Malaysia SESSIONS COURT (MIRI) — CRIMINAL CASE NO 62–27–95

Judges SUPANG LIAN J

Date 26 APRIL 1996
Citation [1996] 5 MLJ 301


Catchwords:

Criminal Law — Election Offences Act 1954 (Malaysia) — s 9(1) — Refraining voter from casting vote — Whether complainants were registered voters at the relevant polling station — Whether accused was in the vicinity of the polling station while polling was in progress — Whether the accused’s act of taking away the NRICs of the complainants amounted to refraining them from voting

Election — Conduct of elections — Mode of determining whether a person is entitled to vote — Whether a voter can cast his vote without an NRIC — Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 regs 14 & 20

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary

Tertuduh telah dituduh dengan tiga kesalahan di bawah s 9(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (‘Akta tersebut’). Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merampas kad pengenalan seorang yang bernama Terry ak Kilat (‘PW3’) yang merupakan pengundi yang didaftarkan dengan stesyen mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Assan (‘SRK Nanga Assan’) dan dengan itu telah menghalangnya daripada membuang undi. Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merampas kad pengenalan seorang yang bernama Dyg Rapieah bte Awang Hassan (‘PW4’) yang juga merupakan pengundi yang didaftarkan dengan stesyen mengundi di SRK Nanga Assan dan dengan itu telah menghalangnya daripada membuang undi.

Dalam pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa merampas kad pengenalan seorang yang bernama Genick bin Likau (‘PW5’) yang merupakan pengundi yang didaftarkan dengan stesyen mengundi di SRK Nanga Assan dan dengan itu telah menghalangnya daripada membuang undi. Kesalahan itu dikatakan telah dilakukan pada 25 April 1995 kira-kira pada 1 tengah hari di persekitaran stesyen mengundi di SRK Nanga Assan. Isu-isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah: (i) sama ada PW3, PW4 dan PW5 adalah pengundi berdaftar; (ii) sama ada tertuduh berada di persekitaran stesyen mengundi semasa pengundian dijalankan untuk merampas dan menahan kad-kad pengenalan PW3, PW4 dan PW5; dan (iii) sama ada akibatnya tertuduh telah menghalang mereka daripada mengundi.

Diputuskan:
Diputuskan, membebaskan tertuduh:

(1) Keterangan berkenaan setiap pertuduhan hendaklah dipertimbangkan secara berasingan. Tambahan pula, sebelum kes prima facie boleh didirikan, adalah menjadi tugas mahkamah untuk menjalankan penilaian keterangan secara maksimum untuk memastikan sama ada pihak pendakwa telah membuktikan setiap unsur penting kesalahan tersebut melampaui keraguan yang munasabah (lihat ms 305E–F); Tan Boon Kean v PP [1995] 3 MLJ 514 diikut.

(2) Menurut peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981, daftar pengundi merupakan keterangan prima facie untuk menentukan sama ada seseorang itu berhak untuk mengundi di mana-mana kawasan pilihanraya. Oleh kerana nama-nama PW3, PW4 dan PW5 terdapat di dalam daftar pengundi, maka mereka patut dianggap sebagai pengundi-pengundi berdaftar dan menurut peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pengundi-Pengundi) (Sarawak) 1971, mereka berhak mengundi (lihat ms 307B–C).

(3) Berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwa, pihak pendakwa telah mengemukakan dua versi yang bercanggah berkaitan dengan masa tertuduh telah sampai dan meninggalkan stesyen mengundi itu. Memandangkan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa adalah tidak bebas daripada keraguan yang munasabah, maka pihak pendakwa tidak boleh dikatakan telah membuktikan melampaui keraguan yang munasabah satu unsur yang penting kesalahan tersebut iaitu bahawa tertuduh berada dalam persekitaran stesyen mengundi di SRK Nanga Assan kira-kira pada pukul 1 tengahari pada 25 April 1995. Mungkin sekali, tertuduh telah sampai di sana pada pukul 2 petang. Dengan itu, biarpun tertuduh telah mengambil kad pengenalan PW3, PW4 dan PW5, ianya tidak boleh dikatakan bahawa beliau telah menyekat mereka dengan tujuan menghalang mereka daripada membuang undi kerana pembuangan undi telah tamat pada pukul 2 petang pada hari itu (lihat ms 314D–315A).

(4) Andainya penemuan fakta bahawa tertuduh telah tiba di stesyen mengundi pada pukul 2 petang adalah salah, tertuduh masih tidak boleh dikatakan telah menghalang PW3, PW4 dan PW5 daripada mengundi dengan mengambil kad-kad pengenalan mereka kerana seseorang pengundi boleh mengundi tanpa kad untuk membenarkan seorang pengundi untuk mengundi terletak pada pegawai berkuasa di setiap stesyen mengundi. Sekiranya terdapat apa-apa halangan, ianya adalah daripada penduduk rumah panjang yang telah membantah terhadap PW3, PW4 dan PW5 membuang undi di SRK Nanga Assan. Memandangkan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh telah memulakan tindakan penduduk rumah panjang itu, maka tertuduh tidak boleh dikatakan telah menyekat pengadu-pengadu supaya menghalang mereka daripada membuang undi (lihat ms 315B–316B); Tg Nawawi bin Tengku Ab Kadir lwn Lokman bin Muda & Lain-Lain Lagi [1996] 1 CLJ 551 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

6 comments:

  1. SUDUT SAHASTRA


    HABAQ 44 LESEN ARAK DILULUIHKAN
    WALHAL ..... KURIAAN PALA BEWAK.

    HABAQ JUDI ADA KAT KELANTAN
    WALHAL.....PALA BEWAK DOK BAGI

    HABAQ......PARTI AJARAN SESAT
    WALHAL....DOK IKUT LORD RIED

    HABAQ.....DAH NON MUSLIM JADI CALON
    WALHAL....BUMIPUTRA SABAH ISLAM KE

    HABAQ....PENCACAI YAHUDI
    WALHAL....APCO TU NATANG APA.

    HABAQ.....KOHILAL RUGI
    WALHAL....PKFZ,SIME DARBI,TABUNG HAJI BUKAN BERBILION2 KA.

    HABAQ ....NEGAGHA MAJU 2020
    WALHAL.....EKONOMI MAMPIH TAUN 2019

    HABAQ.....HULUQ PALA NGAN CINA
    WALHAL....PULAU BP,TG PAGAQ & SSELURUH SINGAPORE DOK SEDEKAH KAT CINA.

    HABAQ....ISLAM HADHARI,ISLAM BETUI
    WALHAL...LAAAAGHI PI MANA LANI TADAK DENGAQ LAGI.

    HABAQ.....PEJUANG BANGSA & NEGARA
    WALHAL....BEEEEEEEEEEEWAK.


    mana penerbit nak muatkan sajak ni dalam antologi sajak dia...misti mintak kebenaran kat BEWAK.

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak

    ReplyDelete
  2. SALAM MAKAN TAIK UNTUK ADIK2 BEWAK SUMA.
    ( seropa ngan salam 1 malaysia jugak la )


    JENUIH DOK TUNGGU LA ABANG NGAN ADIK2 BEWAK SUMA. ABANG SEDIKIT TERKILAN LA NGAN ADIK2 BEWAK SUMA. ABANG KIGHA BEWAK SUMA DAH TAKUT NAK GURAU NGAN ABANG NI.
    PEERRRKKKK…….. ABANG TADAK MAGHAH HAIH NGAN ADIK BEWAK SUMA. CUMA KADANG2 ABANG BENGANG SAJA NGAN PEEL BEGHOK KULUM PELIAQ BEWAK2 SUMA. APA TAK NYA DOK MAI BAK MENDE REMEH TEMEH YG TADAK RELEVAN LANGSUNG NGAN PERJUANGAN MELAYU BEWAK SUMA. KALU DOK BAK CUKAI PENDAPATAN LA….. ORANG CACAT NAK MAMPUIH WALAUPUN DAH BULIH BANTUAN PARTI BEWAK LA,
    LEMBU PAWAH LA TADAK RELEVAN NGAN SEBAB2 MELAYU BERPECAH.
    KITA TANYA APA SEBAB PARTI BEWAK TAK SUKA HUDUD, BEWAK DOK KATA DAP TAK SUKA JUGAK. BAK MAI HUJAH YANG PARTI BEWAK MEMPERJUANGKAN HUDUD…….KALU ADA RASIONAL DAN KUKUH HUJAH TU…. ABANG PUN TERLIUQ NAK IKUT PARTI BEWAK.
    KALU SETAKAT MAI DOK PASTE NGAN NIAT NAK MAKAN TAIK KICK DE GILA BEIK TOSAH MAI LA, KALU TAKUT KENA MAKI.


    He he he
    Gurau ngan puak2 bewak pejuang melayu.

    ReplyDelete
  3. HE HE HE

    BLOG NI KALU AKU TAK MAI.....TADAK SAPA
    PELAHAT NAK KOMEN.

    ReplyDelete
  4. Baguslah tu, selalu pergi buang undi tapi kurang periksa tentang akta. Sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuan.

    agbr47: Kurang ilmu menafikan hak.

    ReplyDelete
  5. Bravo Bro Lord Ried...

    Hang memang kelakar..tapi hang punya kelakar, puak2 apa benda tu, (puak bewak la)diorg ni ketap2 bibir marah kat hang...tapi diorg (puak2 bewak) ni tak de hujah langsung nak lawan hujah hang bro! last2 diorg marah2 jer, maki hamun jer (wal hal marah, maki hamun tu mmg kerja umno pun)...tak per LR...teruskan sendeloka hang!! panassss...dan berfakta!! namun umno gagal mengupas dgn fakta juga, cuma marah2 jer!!!

    mcm ni org bagus! cakap dgn lengkap fakta dan hujah !! tak mcm umno, lingkup!!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Lord Reid. Hang dok kutuk melayu hang sendiri pun tak kemana. Sayang la hang ni orang bijak pandai buang masa kat blog ni.....

    Mat Jerontot

    ReplyDelete

PETA PELAYAR