FOLLOWERS

Tuesday 28 June 2011

BERANI KE PAS QAZAFKAN MAT SABU AL JUBURI ?



Dipetik dari blog : YB Zul Kulim





Salam 2 all.

Kalau PAS benar-benar ikhlas dan istiqomah dalam prinsip mengenai qazaf, maka PAS wajib menghukum pemimpin-pemimpin mereka dahulu dengan 80 kali sebatan. Kerana mereka terang-terang melakukan fitnah dan tuduhan liar terhadap manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Para pimpinan, penceramah, termasuk ustad-ustad PAS menuduh Anwar Ibrahim sebagai AL-JUBURI, tanpa bukti, tanpa 4 saksi, hanya dengan dakwaan daripada seorang punjabi tak berturban!

Buktinya. Pada 22.10.1997, mursyidul am Pakatan pembangkang, Karpal Singh, mendedahkan didalam Dewan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim pengamal homoseks, terlibat dengan kegiatan meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Tidak cukup dengan itu, Karpal mengulangi tuduhan itu semasa berceramah di Hotel Federal, Kuala Lumpur. YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), bekas Ketua Penerangan dan pimpinan kanan DAP pada masa itu mengakui beliau mendengar sendiri ucapan Karpal tersebut.

Karpal juga telah menemui beberapa orang pimpinan PAS. Karpal memberikan taklimat mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar Ibrahim, yang pada masa itu adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Kepimpinan PAS, termasuk para ustad dan agamawan PAS pada masa itu terus menghukum dan mengisytiharkan Anwar Ibrahim dengan pertuduhan Al Juburi. Satu dunia menjadi saksi melihat gelagat penceramah dan ustad-ustad PAS pada masa itu, tanpa segan-silu tanpa malu, membelasah Anwar Ibrahim dan menghukumnya sebagai Al Juburi. Dalam ceramah, dalam kuliah, dalam tazkirah, dalam himpunan dan dibanyak tempat..label Anwar Al Juburi bergema disegala pelosok negara pada masa itu, diiringi dengan lolongan takbeer dan derma jihad.

Teman tak pernah dengar masa itu kepimpinan, ulamak dan ustad-ustad PAS berkata tentang qazaf. Teman tak dengar langsung ustad-ustad PAS bercakap tentang fitnah. Teman tak dengar langsung pada masa itu ulamak-ulamak PAS berpatwa mengenai hudud qazaf dan lain-lain. Teman tak dengar langsung pemimpin PAS mendakwa kenyataan Karpal tidak cukup 4 persaksian. Teman tak dengar langsung muktamar PAS membuat resolusi dakwaan Karpal hanya sekadar "besi buruk" yang tidak boleh menjadi bahan pembuktian syariah. Teman tak dengar langsung usul untuk membahaskan dakwaan Karpal itu.

Malah PAS langsung tidak menyiasat, bertanya atau mendapatkan bukti. Hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, mereka secara membabi buta terus menghukum dan melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Juburi!!! Mereka tiada 4 saksi, mereka tidak ada bukti, mereka tidak ada apa-apa langsung!!!

Sekarang, berdepan dengan videoklip, berdepan dengan saksi mata iaitu Datuk Eskay yang ada ditempat kejadian, berdepan dengan pembuktian pakar dalam dan luarnegara akan kesahihan videoklip tersebut, berdepan dengan pengesahan DNA, berdepan dengan kengganan Wan Azizah dan Anwar menunjukkan jam Omega, dan terlalu banyak bukti dan keterangan; para ulama, ustad dan kepimpinan PAS bukan sahaja menolak secara membabi buta (sebab mereka tengok videoklip tu pun tak), malah mereka menjatuhkan hukuman qazaf dan mengisytiharkan ianya fitnah. Dalam kuliah, tazkirah, ceramah, sampai kerabat tangga mimbar Jumaat mereka menghukum qazaf semua orang; demi membela seorang manusia yang mereka sendiri isytihar sebagai Al Juburi beberapa tahun lepas!

Jadi, kalau hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, seorang kafir harbi yang bersedia mati daripada membenarkan PAS menubuhkan Negara Islam, ulamak, ustad dan kepimpinan PAS boleh menerimanya dan terus menghukum Anwar dengan label Al-Juburi tanpa sebarang keraguan, tanpa sebarang siasatan, tanpa sebarang bukti, malah tanpa sebarang saksi syarie', mengapa bukti persaksian Datuk Eskay, videoklip, jam Omega, DNA, keterangan pakar dan lain-lain tidak boleh diterima?

Persoalannya sekarang, mengapa dengan bukti saksi mata, videoklip, keterangan pakar, DNA, jam Omega dan lain-lain, tetiba keluar pulak patwa qazaf, hukum fitnah?!

Kesimpulannya mudah. Ini semua adalah retorik dan sandiwara politik semata-mata; dengan memperkudakan ayat Al Quran dan hukum-hakam agama. Begitulah tahap pelacuran politik yang boleh dilakukan manusia bila sudah menjadi politikus kalkatus yang rakus kerana ketaksuban dan ketamakan duniawi. Hingga kalimah ALLAH pun dijual, anak bini menjadi gadaian politik, perjuangan negara Islam pun ditongsampahkan hanya kerana takutkan seorang punjabi yang tak berturban! Mereka berubah makhluk menjadi kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Rumusannya, kalau PAS beriya-iya nak hukum qazaf dan fitnah dalam isu videoklip, jadi wajib PAS menghukum para kepimpinan, penceramah dan para ustad mereka yang menuduh Anwar dengan label Al Juburi tanpa 4 saksi, tanpa qarinah dan tanpa bukti menurut hukum syara'. Jika tidak, PAS akan dilihat sebagai tidak konsisten, tidak istiqomah; dan lebih bahaya, PAS akan dilihat sebagai pengamal politik double standard, hipokrit, dan memperkudakan agama hanya kerana habuan politik kepartian.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu
26 Rejab 1432
28 Jun 2011


Penghuni Gua
: Berani ke PAS nak qasaf presiden dan pemimpinnya. Ludah mereka terkena kepada mereka semula.

2. Macam mana sekarang. Nak ke PAS, Qazafkan Naib Presidennya Mat sabu ?????

3. Pelacur PAS ini cakap aje lebih. Buat tak berani. Pandai cakap tapi tak pandai nak laksana.

8 comments:

  1. dh xda modal spin blk isu lama
    kah kah kah!

    buat modal dol...

    ReplyDelete
  2. tak modal ke ko tu tak leh nak balas hujah ....sudahlah dol monggol,,,hujah ko ,,,ko suruh org balas,,,hujah org ko tak leh balas bagi alasan...dasar ahli PASngok yang BODOH nak tunjuk PANDAI....

    PIIIIIIIIIRAH.....dah nampak dah kebodohan dolmonggol...

    ReplyDelete
  3. kpd dolmonggol yang bahlol...ini bukan cerita spin blk isu lama...ini adalah satu fakta yang semua org tau...moral of the story, ludah le langit terkena muka sendiri..

    ReplyDelete
  4. dol dah terkulat dah. itulah. minum kencing lelaki y banyak sangat.

    ReplyDelete
  5. Bukan setakat minum kencing je,,,,tadah jubor pun dia sanggup ni...

    bukan bole pecaya mamat dol ni,,,

    ReplyDelete
  6. kah kah kah!
    oi anakbabi2 umngok yg maha bahalol & anak omar haram!makan taik blk ke woi>?kah kah kah!
    dulu dh berak skrg mkn blk taik si zol kolom tuh!
    mmg prinsip kedarah duit hindu sekor neh!
    kah kah kah!

    panas ke dol pas sepakat tolak isu seks lu org?
    kah kah kah!dh nama pun nirrajim mmg ler marah alim ulama' x terima isu tu!
    kah kah kah!sabar dol!usaha lg dol!kah kah kah

    gua nk tanya lu yg x pasal2 nk qazaf kan mat sabu tu pasal ape?kah kah kah!
    bile plak pas usulkan qazaf?kah kah kah!
    ade ke tgns/tghh melompat2 mintak qazaf?
    kah kah kah!

    usaha cara lain la nirrajim oi!kah kah kah!
    nk bayar duit lawyer pun guna duit zakat!
    kah kah kah!

    wtf!!!

    ReplyDelete
  7. apa benda lah yang dok merepek ni dolmonggol...mcm tigasuku....dari apa yang aku dok kaji tentang hujah dan pendapat hang dlm blog ni,,,,HANG BYK GELAK DARI APA YG HANG NAK SAMPAIKAN...BYK..KAHKAHKAHKAHKAH?????? apa ni....hang ni TAIK MINUM TODI ni,,,,,

    ReplyDelete
  8. biar mcm 3 suku!
    jgn jd tv3 suku!

    biar minum todi!
    dr kedarah duit zakat buat bayar lawyer!

    gua nk gelak gua punya suka la
    lu nk ISA kan gua ke dol?
    desperado spesis2 umngok neh!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR