FOLLOWERS

Saturday 9 November 2013

AL ARQAM BERTAUBAT : ALHAMDULILLAH !!!!!

ARQAM BERTAUBAT NASUHA 



http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131109/dn_14/Ummu-Jah-400-pengikut-Al--Arqam-lafaz-taubat-nasuha

SHAH ALAM 8 Nov. - Balu pengasas kumpulan Al- Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah yang mengetuai lafaz taubat nasuha bersama kira-kira 400 pengikut pergerakan itu bertekad tidak lagi mengulangi perbuatan mereka mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah.

Hatijah yang juga Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn. Bhd. turut menyatakan bahawa pihaknya akan memulangkan semua harta anak yatim yang telah diambil sebelum ini dan kini dalam proses memulang semula dana tersebut selaras dengan pengisytiharan taubat mereka itu.Ummu Jah menegaskan, mereka menyedari kesilapan lalu dan menyesal dengan perbuatan melanggar prinsip-prinsip Islam berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariat dan akhlak Islam seperti dinyatakan dalam fatwa.

''Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kami hari ini bertaubat dengan sebenar taubat dan kami begitu hina dan menyesal dengan perbuatan lalu kami.''Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan kami dan selayaknya (wajib) atas kami untuk tidak akan memberi sebarang ruang sebesar zarah kepada tempias dan sisa fahaman serta pegangan untuk berdetik dan berlegar-legar di hati-hati kami," katanya ketika melafaz taubat tersebut dalam Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam di sini hari ini.

Pengisytiharan taubat itu disaksikan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin; Timbalan Mufti Selangor, Abdul Majid Omar; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussein.Majlis tersebut disertai sebanyak 291 kakitangan GISB dari negara ini, Indonesia (47), Australia (tujuh), Singapura (10) dan seorang dari Afrika Selatan.Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini mengenakan hukuman kepada Ummu Jah dan 17 pengikutnya bon berkelakuan baik bersyarat selama setahun

.Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Syarie, Kamaruzaman Ali selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar arahan mufti berkenaan pengharaman ajaran Al-Arqam.Dalam majlis yang dianjurkan oleh JAIS itu, Hatijah turut memberikan jaminan bahawa pihaknya sendiri akan memastikan kesemua pengikutnya dalam GISB tidak lagi mengamalkan ajaran yang terdapat dalam kumpulan Al-Arqam sebelum ini termasuk acara pencak.

''Kita telah terima fatwa sebagai satu pakej. Saya sendiri akan pastikan perkara ini, Insya-Allah, pergilah tengok di tempat-tempat ibadah kami, kita tinggal dah dan selepas ini kami ada sesi 500 jam kursus pemulihan iaitu selama setahun," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131109/dn_14/Ummu-Jah-400-pengikut-Al--Arqam-lafaz-taubat-nasuha#ixzz2k5wgdnLi © Utusan Melayu (M) Bhd 

7 comments:

  1. Bila pulak nak mintak pemimpin PAS bertaubat nasuha dari menjual kalimah ALLAH?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah semoga semua umat Islam Melaysia bersatu kembali. Ameen

    ReplyDelete
  3. Pas bile lak nak taubat? Dah sesat jauh tu...

    ReplyDelete
  4. .. PAS suroh orang lain ikut dia... orang lain ler yang kena taubat.. he.. he... he.. samada mereka betul atau salah.. itu soal lain... kan cogankata mereka hallalku harammu... umno-mca harammmm.. pas-dap halallll.....

    ReplyDelete
  5. Macam tak percaya la ucapan taubat depa tu. Nak melepaskan diri la tu.

    ReplyDelete
  6. Dulu Abuya bertaubat juga..tapi....

    ReplyDelete
  7. Dulu pernah depaa tu kataa apaa salahnya Al Arqam, depa duk kataa bukan penjenayah. Depa duk pebahas kataa KDN zaliimm. lar ni apaa cghitaa pulak

    ReplyDelete

PETA PELAYAR