FOLLOWERS

Friday 22 November 2013

HARAM PAS YANG HARAM ..... SATU PERTANYAAN !!!!! KAH KAH KAH !!!!

Benarkah tiada 'pertembungan' Pas?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

pengarang@utusan.com.myAbdul Hadi Awang

KETIKA berucap di majlis penutup Ijtimak Pas Selangor, kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, haram bagi ahli Pas mengikut permainan media luar kononnya berlaku pertembungan antara golongan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Malah beliau juga menyifatkan dakwaan kononnya wujud pertembungan antara golongan ulama dan profesional dalam Pas adalah permainan media musuh dan tidak seharusnya mempengaruhi ahli Pas

.“Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu." Itulah penegasan beliau.

Sememangnya itu hak beliau untuk berkata atau berhujah apa sahaja dalam memastikan Pas tidak menjadi parti yang tunggang-langgang berikutan perebutan jawatan dalam parti itu sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-59 mulai Jumaat ini.Bagaimanapun dalam masa yang sama, Abdul Hadi juga harus memberi jawapan apakah ‘tidak haram’ terhadap perkara-perkara berikut:

* Menafikan berlakunya pertembungan antara golongan ulama dan profesional, apabila dalam laman-laman sosial termasuklah blog dan Facebook berlaku perdebatan bukan sahaja antara pemimpin tetapi juga penyokong kumpulan itu

.* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas cuba menafikan kebenaran bahawa dalam pemilihan kali ini, budaya fitnah memfitnah dan buruk memburukkan antara satu sama lain dalam kalangan ahli Pas begitu ketara sekali?

* Bagaimana pula dengan kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Tidakkah ia boleh dikategorikan ‘haram’ apabila kedua-dua parti itu tidak bersetuju dengan perjuangan menegakkan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas tidak lama dulu?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas masih terus mahu bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin DAP yang ada antara mereka dengan lantang menegaskan ‘langkah mayat beliau dahulu’ jika mahu melaksanakan hukum hudud?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas begitu teruja mengarahkan penyokong-penyokong turun ke jalanan untuk berdemonstrasi sehingga boleh mencetuskan huru hara kepada keselamatan dan ketenteraman awam?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas tidak mahu bersetuju dengan pandangan supaya pemimpin tertentu membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan terlibat dalam perbuatan tidak bermoral?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam semata-mata kerana kepentingan politik?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila pemimpin-pemimpin Pas yang sebahagian besar mereka bertaraf ulama dan ustaz serta tok guru, diam seribu bahasa apabila ada pemimpin pembangkang bukan Islam sewenang-wenangnya membaca ayat-ayat suci al-Quran dalam kempen politik mereka?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas tidak menegur perbuatan sesetengah pemimpin mereka yang begitu mudah menuduh UMNO mengamalkan Islam plastik?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas dengan mudah membiarkan sahaja pemimpin-pemimpin UMNO dituduh kafir?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas dilihat tidak berusaha untuk menyatukan umat Islam yang berpecah belah kerana terhasut dengan permainan politik kepartian?

* Apakah ‘tidak haram’ apabila Pas lebih selesa untuk menuding jari menyalahkan pihak lain kerana tidak dapat melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka sendiri sudah mengubah haluan perjuangan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan?
.
* Apakah ‘tidak haram’ apabila sebahagian besar kepimpinan Pas seolah-olah kecut perut dengan sekutu mereka yang dilihat acap kali memperlekehkan parti itu?

* Kita juga mahu bertanya, apakah ‘tidak haram’ apabila pemimpin Pas yang cuba mempertahankan prinsip perjuangan parti itu dipecat?

Sebenarnya, kalau mahu bercakap soal ‘haram’ dan ‘tidak haram’ apabila menyentuh politik Pas banyak perkara boleh diperbincangkan. Tetapi kita tidak perlu terikut-ikut dengan ‘rentak gendang yang dipalu’ oleh Pas.Ia memandangkan apa yang dinyatakan ‘media luar’ yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah satu kebenaran.Cuma apa yang menjadi persoalan, adakah kenyataan Abdul Hadi itu sekadar satu penafian politik atau beliau sendiri semakin resah dengan kemelut perebutan jawatan yang berlaku dalam Pas sekarang?Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Rencana/20131121/re_01/Benarkah-tiada-pertembungan-Pas#ixzz2lN0zDDFI © Utusan Melayu (M) Bhd KLIK

..........PAS YANG HARAM DAN BERMULUT HARAM. AKHIRNYA SEMUA TAK MENGAKU.  VEDEO PUN HANYALAH BESI. TAK KE BODOH NAMANYA. 

MULUT ULARMAK PAS!!!!!!! YA ALLAH.......LEBIH TERUK DARI MULUT KITA SEMUA DAN LEBIH TERUK DARI SYAITAN YANG DIREJAM.

PERKARA DAN ISU SAMA. BILA KERAJAAN HARAM.  TANG DEPA HALAL......  TAK KE LAWAK.

SAH......MEMANG ALLAH DAH BUTAKAN MATA DAN MATA HATIVDAN KEPEKAKKAN TELINGA MEREKA. 
.

2 comments:

  1. Wal haram mu wal halal ku

    ReplyDelete
  2. Apakah dosa orang melayu di Malaysia, sehingga semua pemimpin politik orang melayu semua nya tidak jujur. Kaki putar belit. UMNO dengan penipuan tentang perjuangan untuk orang melayu. Tapi hakikatnya perjuangan hanya untuk pemimpin dan kroni sahaja. PAS pula dengan penipuan tentang agama. Kehulu kehilir berceramah konon nya pasal agama, nak menegak islam tapi hakikatnya ceramah penuh dengan fitnah caci mencaci malah kadang2 tu sehingga maki hamun. PKR pula kononnya memperjuangkan keadilan, tapi hakikatnya keadilan untuk Anuar seorang sahaja. Jika rakyat teliti semua pemimpin ini hidup dengan keadaan senang lenang. Bukan hanya untuk diri mereka, malah kaum keluarga dan kroni2 mereka. Waima Mat Sabu yang bukan MP pun hidup dengan kemewahan. Memang nasib orang melayu ditipu oleh pemimpin2 mereka yang bernafsu. Lain pula dengan pemimpin bangsa lain. Walaupun mereka dari kalangan berlainan parti, tapi bilamana kaum mereka ditindas atau apa jua yang bersangkutan tentang bangsa mereka, mereka bersatu tanpa mengiri dari mana parti yang mereka wakili. Pemimpin bangsa lain pun sibuk mencari kekayaan. Tapi bilamana bangsa mereka ditindas atau hak mereka digugat mereka sepakat sehati sejiwa menolak ketidaksepakat dalam politik dan berdiri bersama untuk bangsa mereka. Perkara ini tidak berlaku dalam kepempinan orang melayu. Kenapa jadi bergini...jawapnya hanya kerana sikap tamak busuk hati dan hasad dengki. Jika perkara ini berterusan...jangan terkejut orang melayu akan jadi pelarian ditanah air sendiri. Nasib Melayu akan jadi seperti warga peribumi Australia.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR