FOLLOWERS

Saturday, 11 July 2009

PM UMUM BERITA GEMBIRA ! TAK CUKUP , TAMBAH SIKIT LAGI !




PM umum 11 berita gembira
11/07/2009 12:24pm

KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

- Utusan

Penghuni Gua : Terima kaseh PM. Semuga sikap keperihatinan ini berterusan dalam perkara-perkara yang lain juga.

2. Yang tak cukupnya harga barang terus melambung tinggi. Kementerian yang berkaitan masih tidor dan bekerja mengikut musim bagi pemantauan harga barangan. Kelihatannya penguatkuasaan kurang.

3. Kadar tol secara keseluruhannya masih tinggi kepada pengguna biasa. PLUS terutamanya sudah untung. Kutipan tol sekarang hanyalah untuk menambahkan keuntungan. Jadi apa salahnya kadar tol ini dikurangkan . Ia tidak akan merugikan PLUS tetapi keuntungan mungkin kurang. Walaupun begitu dengan penurunan tol, akan menambahkan peningkatan kenderaan di lebuhraya. Jadi hakikatnya PLUS tak rugi pun.

3. Bantuan kepada keluarga miskin diutamakan. Bnayak lagi penduduk yang terlalu daif rumahnya. Bukan bantuan PPRT tak ada, yang PG tahu ia lebih dari cukup. Tetapi JKKK dan pegawai kebajikan serta mereka yang diamanahkan masih tidor dan berjuang di atas permaidani Merah. Jika tidak masakan dalam rancangan " Bersama Mu TV3 " masih ada lagi gulungan yang sedaif itu.

4. Kadar biasiswa perlu dinaikkan. Kadar sekarang tidak mencukupi.

5. Kadar bantuan wang dari jabatan kebajikan kepada gulungan miskin perlu dinaikkan sehingga gulungan miskin ini boleh makan 3 kali sehari sekurang-kurangnya. Ini ada lagi yang masih menerima bantuan kebajikan RM 100 sebulan. Apa yang boleh dibeli dengan kadar itu pada masa ini?

6. Semuga kerajaan terus prihatin kepada rakyat bawahan.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR