FOLLOWERS

Friday 7 May 2010

HARBEAS CORPUS? TAK PERLU, BAGINDA HANYA DIBERI KAWALAN KESELAMATAN KETAT !





KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis hari ini menjelaskan, tindakan mengawal ketat keselamatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak bermakna baginda 'ditahan' di hospital.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim menegaskan, persoalan untuk memfailkan permohonan 'habeas corpus' tidak sepatutnya timbul.

Menurut beliau, kawalan ketat polis di hospital adalah bagi memastikan keselamatan Tuanku Ismail Petra terjamin berikutan insiden seorang pengawal istana ditembak pada minggu lalu.
"Polis telah menahan seorang kakitangan istana kerana disyaki terbabit dalam kejadian tembak itu dan ekoran itu, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya polis meningkatkan kawalan keselamatan terhadap sultan.

"Tengku Muhammad Faris juga menyenaraikan nama lima individu yang dibenarkan untuk melawat sultan dan sesiapa yang tidak berkenaan, kecuali doktor serta jururawat yang merawat sultan, yang ingin berbuat demikian perlu mendapatkan kebenaran daripada Tengku Muhammad Faris," kata Amir Hamzah.

Lima individu tersebut adalah isteri baginda, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid, anakanda Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Amalin A'ishah Petra serta dua ahli keluarga terdekat.

Bagaimanapun, nama Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry tidak tersenarai. Amir Hamzah berkata, polis sekadar melaksanakan titah pemangku raja dan menyeru orang ramai agar tidak mendengar khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan, siasatan kes tembak membabitkan pengawal istana minggu lalu berjalan lancar dengan penahanan seorang kakitangan istana tersebut. Amir Hamzah bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut kakitangan itu.

Penghuni Gua : Itu yang sebenarnya. Baginda DYMM Sultan Kelantan bukan ditahan tetapi diberi kawalan keselamatan ketat. DYMM bukan hak keluarganya tetapi adalah hak rakyat dan ia merupakan satu institusi. Polis bertanggung jawab menjaga Baginda.

2. Polis tidak mengetahui siapa musuh. Jika terjadi apa-apa , nanti dikatakan polis juga yang cuai. Jadi tindakan proaktif perlu diambil bagi keselamatan Baginda. Tak perlu pun para peguam ini sehingga memohon Harbeos corpus pun. Baginda bukan ditahan. Titah Pemangku Raja ada kekuatan undang-undang. Baginda pemerintah Kelantan. Baginda berhak untuk menitahkan ayahanda Baginda diberi kawalan keselamatan ketat dan ia lebih jauh melebihi kuasa dan kehendak Permaisuri Tuanku. ( Itu pada pandangan PG ajelah ).

3. Cuma satu sahaja, peguam-peguam politik : jangan campurtangan dan mengeruhkan keadaan lah. Juga masa bila pula si Gobind itu prihatin kepada institusi ini? Sama aje macam ayahnya. Juga kerabat-kerabat , PG pohonkan agar tidak mengganggu dan menambah kerohkan kemelut ini. Biarlah Duli Tuanku berehat dan mendapatkan rawatan dengan tenang. Lawatan perlu dihadkan. Titah Pemangku Raja sebagi DYMM Pemerintah Kelantan harus dipatuhi tanpa persoalan. Para Peguam, jika berniat baik, berilah nasihat yang betul kepada semua kerabat terdekat. Elakkan campurtangan melebihi yang sepatutnya.

4. Semuga Allah merahmati Baginda dan keluarga. Amin.

6 comments:

  1. Salam sejahtera,

    1 Kpd para peguam yg berkenaan; jangan cuma semata-mata nampak peluang besar duit besar masuk - mentang-mentang hal ini berkaitan dengan istana yg memang dikenal kaya raya.

    ReplyDelete
  2. Kami keliru dan tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku di Kelantan.

    ReplyDelete
  3. PG percaya, Pemangku Raja berkuasa. Tindakan baginda adalah kebal selagi bertindak atas kapasiti Pemangku Raja dan atas tugas rasmi baginda.
    Mahkamah Khas akan berikan keputusan seperti di atas. PG percaya ini yang akan berlaku dan semua peguam tu pun tahu. Mahkamah tiada hak mempersoalkan titah arahan sah Pemangku Raja. Pemangku Raja kebal dari segi undang-undang kerana ini hal rasmi baginda dan ia bukan arahan atas sifat peribadi baginda. Perlembagaan telah jelaskan DYMM Sultan / pemangku Raja kebal dari segi undang-undang atas sifat diri dan jawatannya.

    ReplyDelete
  4. cuma peguam-peguam ini sahaja buat buat tak tahu atau ada agenda lain kot.

    karpal pun tahu, Dymm tidak boleh di saman contoh seperti di Perak Selagi DYMM melaksnakan tugas rasminya. bukan hal peribadi.

    mahkamah khas akan buat keputusan seperti yang PG yakini di atas. percayalah.

    ReplyDelete
  5. Macam 'house arrest' atau 'protective custody'. Bila lawyer2 nak mengadap mesti ada kene mengene soal 'will' atau surat wasiat. Agaknyalah. Yang salah ialah cara kerajaan negeri menangani isu istana ini. Dari awal hingga kini rakyat masih dalam kegelapan sedangkan rakyat ada kepentingan untuk mengetahui kedudukan sebenar. Kerajaan tidak bertanggung jawab!

    ReplyDelete
  6. melayuangkat.....
    anda tk paham apa sebenarnya berlaku di kelantan?
    saya nak terangkan secara terbuka gini tak patut!

    Ringkasnya ni perlawanan antara pihak yg memperjuangkan kebenaran & kepentingan rakyat dgn pihak yg batil! itu saja ringkasnya!

    Dan kami berdiri teguh menyokong & menyatakan taat setia kpd Tuanku Sultan,Pemangku Raja,Tg Bendahara & Tg Amalin.....moga Tuanku semua dibwh peliharaan Allah selalu...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR