FOLLOWERS

Tuesday 4 May 2010

ISU AMINULRASHID : PANDANGAN A KADIR JASIN !





KITA diminta bersimpati. Tetapi kita juga diajar jangan terlalu emosi. Kita kena faham pokok dan pangkal, baru kita menjadi orang berakal.Mati di jalan raya itu bukan tragedi. Mati minum Paraquat pun bukan tragedi. Ia sekadar kematian yang menyedihkan. “Tragic” dalam bahasa Inggeris. Tragis kata bahasa Indonesia yang kita guna pakai.Tragedi, dalam pengertian asalnya adalah drama atau sandiwara yang kesudahannya menyayat hati umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Peristiwa yang menyedihkan tidak semestinya tragedi. Ia boleh menjadi komedi. Mati berlanggar di jalan kerana menandu tanpa lesen atau ditambah polis kerana enggan berhenti bukan tragedi.

Ia sekadar “tragic” – menyedihkan atau menghibakan.Tetapi apa nak buat. Banyak istilah asing apabila diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atau diserapkan ke dalam bahasa Melayu, lain pula maksud dan pengertian yang diberikannya.Saya pun tidak faham, malah naik sasau apabila perkataan “ori” khabarnya diterima pakai oleh DBP bagi membawa erti asli atau original. Emotional atau emosi sudah jadi “emo”.

Bahasa Inggeris, sepanjang pengetahuan saya, tidak pula menyingkatkan original menjadi ori atau emotional menjadi emo. Yang guna ori dan emo ni remaja. Tetapi orang tua pun sudah terikut-ikut.Satu Malaysia yang guna bahasa Melayu. Itu kata Perlembagaanlah. Tetapi kerana terbawa-bawa dengan bahasa Inggeris, maka kecewa disangka “frust”.

Jadi ramailah kerana “frust” lantas bunuh diri, mengambil madat, lari dari rumah dan macam-macam lagi.Lulusan universiti pun sangka “frust” itu adalah perkataan Inggeris untuk kecewa atau hampa. Jadi bila saya beri mereka kamus Oxford dan suruh mereka cari perkataan “frust”, mereka terpinga-pinga kerana tidak ada.

Istilah sebenar Inggeris adalah “frustration”.Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian “tragic” (menyedihkan) yang tidak sepatutnya berlaku kerana BUDAK 15 TAHUN TIDAK LAYAK MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR.

Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).Soal dia “pinjam” kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.Kita boleh salahkan polis kerana “trigger happy”.

Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.Saya pun ada anak. Sejak mereka lahir saya sudah ada kereta. Tiga daripada mereka sudah ada lesen dan seorang sedang belajar dengan sekolah memandu.Sebelum mereka belajar dengan sekolah memandu dan lulus ujian memandu, saya tidak benarkan mereka menyentuh stereng – tak kira kereta saya atau kereta orang lain.

Saya tidak benarkan mereka memandu jauh-jauh atau lewat malam sehinggalah mereka cukup cekap. Sebenarnya tidaklah susah sangat nak disiplinkan anak-anak demi keselamatan kalau ibu bapa ada akal dan ada disiplin.Justeru itu, saya susah sikit hendak bersimpati dengan orang yang sayangkan anak sampai abaikan undang-undang dan keselamatan.Dan terlanjur Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengarahkan agar tidak ada apa-apa disembunyikan dalam siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, pihak terbabit perlu siasat siapa yang mengajar dia memandu, kenapa begitu mudah membiarkan anak-anak melanggar undang-undang dan membenarkan remaja keluar rumah lewat malam.Sambil-sambil itu, cuba buat pemeriksaan di sekolah-sekolah menengah takut-takut ramai lagi budak 15 tahun bawa kereta atau tunggang motosikal.

Posted by A KADIR JASIN at 8:46 AM

Penghuni Gua : Tak apalah. Anak mereka orang baik-baik. Semalam pun seorang anggota polis patah kaki dilanggar mat rempit. 3 hari lepas seorang anggota patah tangan dilanggar mat rempit. 3 jam tertiarap di atas jalan, seokor spesis yang dikatakan manusia ini tak ada pun yang menolong.

2. Mana NGOs dan peguam-peguam yang handal mengenai hak asasi manusia ini berada . Ada ke mereka pernah melawat anggota polis yang dilanggar mat rempit ini. Contohnya dalam 2 kejadian tersebut? Ada ke mereka melawat dan menawarkan khidmat guaman. Mana GPMS atau Shahrizat atau pakar keadilan seperti PAS , DAP dan PKR ini. Tak berbunyi pun melahirkan simpati apatah lagi nak hulurkan bantuan guaman kepada anggota ini?

3. Keadilan ke arah mana. Hanya untuk anak orang baik-baik sahaja ke? Bab ini PG setuju dengan Tan Sri Musa.

4. Memang PG bertambah meluat melihat sesumpah hak asasi ini samada suaranya atau tindakannya.

5. Tahniah PDRM. Ramai lagi di luar ini menyokong anda.

8 comments:

  1. ibu bapa zaman sekarang,mengenggap anak mreka baik baik belaka,yang tak baik org lain..

    ReplyDelete
  2. skrip & kelas lakonan oleh khalid samad kepada kawan adik amirul tak cukup berkesan... kurang penghayatan!

    http://1peluru.blogspot.com/2010/05/aminulrasyid-skrip-dari-khalid-samad.html

    ReplyDelete
  3. Yang jahat adalah jahat... yang baik adalah baik... tak kira polis tak kira orang awam... Satu pihak salah kerana memandu tanpa kelayakan... satu pihak salah kerana menggunakan senjatapi... usah mempolitikkan isu... berpijak di bumi nyata..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Harap PG dapat mengulas tindakan saksi utama kes yg membuat kenyataan media semalam...dari pandangan undang2.Bagi saya adalah tidak adil kerana perkara masih dalam siasatan dan pertuduhan belum dilakukan!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  5. Salam
    Bagi saya dua-dua pihak bersalah. Tak perlu menyembunyikan fakta dan menokok tambah apa yg ada. Akui kesalahan sendiri bukan satu dosa. Mungkin di dunia boleh lari dr menanggung kesalahan sendiri dgn mengaburi mata org ramai tp sesungguhnya dosa itu akan menghantui hidup anda sehingga ke akhir hayat anda.
    Org boleh mengata tp bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.

    ReplyDelete
  6. Saya fikir bagus juga kalau semua pihak yang terlibat membuat kenyataan awam supaya semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri. Mungkin satu permulaan yang baik bagi 'pengadilan awam'. Kadang-kadang dari kenyataan akhbar kita boleh agak samada orang itu bercakap benar atau tidak, atau pun samada orang itu secara tidak sengaja mendedahkan kesilapannya sendiri.

    ReplyDelete
  7. dalam kes ini tak perlu lah pihak pembankang mengambil tempat tak perlu lah pihak pembangkang bagitahu pada rakyat bahawa pihak polis kejam itu lah ini rakyat dapat menilai kerja kerja polis jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.Siapa siapa pun akan curiga sekira nya kereta yg pandu laju lalu melanggar sekatan polis kalau kalian berada ditempat angguta polis ada kalian berfikiran bahawa kereta telah melakukan jenayah kemukingnan bersenjata adakah kalian berfikiran macam angguta polis yg sedang bertugas kalian berfikirlah cara yg bijak bukan macam pemfikiran pembankang kusut lagi gila.

    ReplyDelete
  8. Biar satu suruhanjaya DiRaja dibentuk untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Namun begitu saya ingin mencadangkan kepada keluarga aruah, tak perlu lantik peguam dari pihak pembangkang seperti Karpal Singh tu, akhirnya siasatan hanya menjurus untuk menunding jari kesalahan kepada pihak kerajaan. Lihatlah apa yang terjadi pada inkues Teoh Beng Hock, perkara tarik papan sorong papan telah berlaku.

    Rakyat ingin megetahui kebenaran, tetapi pihak pembela pula asyik berdrama bila Phorntip kejap mahu jadi saksi patologi, kejap tak mahu kononnya diugut dan takut diapa2kan oleh ugutan yang langsung tak wujud.

    Jangan pula, kes Aminulrashid ini hanya akan jadi cerita politik saja nanti. Kebenaran yang dicari, langsung tak diketahui dek SINGA POLITIK yang laparkan kuasa, BUKAN LAPARKAN KEBENARAN.......

    Ingat pesan saya ini, tak perlu ambil Karpal Singh hatta peguam yang ada kaitan dengan politik, kesannya nanti hanya menyusahkan keluarga anda sahaja nanti. Karpal Singh tu juga berfail2 kerja yang masih ditangguh, kes membela AnWAR Al-Juburi juga sudah berkali2 ditangguh. Apakah anda mahu melihat kebenaran muncul setelah 5 hingga 10 tahun akan datang hanya kerana 'kesibukan' peguam SINGA POLITIK tu????.....

    Bagi saya lupakan peguam seperti itu. Banyak lagi peguam yang handal di Malaysia ini, yang kita mahukan adalah KEBENARAN bukannya POLITIK!!!! Jika terbukti anggota polis bersalah, hukuman untuk mereka sedia menanti, jika sebaliknya terimalah dengan reda. Sekian.....

    Shalom AnWAR Shalom dari PÅSrael FOR ALL

    ReplyDelete

PETA PELAYAR