FOLLOWERS

Friday 20 August 2010

AMARAN RAIS KEPADA PORNSTAR DAN RAKAN-RAKAN !!!!





JELEBU, 20 Ogos (Bernama) -- Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana Perkara 153 memberi hak yang terasas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak dan pihak-pihak yang dilindungi oleh semua peruntukan undang-undang.

"Apabila beliau menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, sekali gus beliau menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

"Mungkin beliau tidak sedar perkara ini tetapi saya ingin mengingatkan iaitu Perkara 153 bukan merupakan satu peruntukan yang mudah, malah ia tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan juga sesuai dengan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Felda Pasoh 1 dekat sini malam tadi.

Rais berkata bahawa semasa Chua menyuarakan hal itu, beliau mungkin menyesuaikan dengan sentimen politik partinya tetapi orang Melayu khasnya, sebagai pejuang menegakkan perlembagaan, tidak boleh menerima itu.

"Jika itu dilaksanakan dalam bentuk tindakan maka pertama, kita mencabul Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 153 dan kedua, kita mencabul kedudukan Raja-Raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong yang berhak menentukan kepentingan- kepentingan tersebut.

"Kita maklum hal ini bukanlah perkara yang diamalkan begitu saja, tetapi ini sudah diterima oleh semua yang menjadi pihak kepada kontrak sosial pada tahun 1956, 1957 semasa Suruhanjaya Reid ditubuhkan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dimaktubkan," katanya.

Rais berharap pada masa depan pemimpin parti politik tidak hanya menyatakan sesuatu mengikut sesuka hati mereka, tetapi memberi pengiktirafan kepada perkara yang sudah menjadi pokok kepada negara ini.

Katanya hal ini harus diterima dan tidak boleh lagi dipinda mengikut sentimen politik sekarang.

"Misalnya, jika Umno sendiri pun nak pinda Perkara 153, tidak boleh. Ia mempunyai lapisan kuasa-kuasa tertentu, apatah lagi kalau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek nak memindanya atau pun nak menidakkan bahagian yang hak kepada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak," katanya.

Rais berkata bahawa dalam Perkara 153 juga, hak kaum juga juga disebut, dan dalam soal ini, Chua boleh berjuang dan meminta ehsan kerajaan untuk membantu, tetapi tidak boleh menidakkan hak yang ada pada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak.

"Jika Chua hendak menuntut yang lain, ini terserah kepada tenaga sekutu politik yang ada dan saya percaya orang Melayu mempunyai fahaman dan juga pendirian yang tegas, dan jika dikira kekayaan dan perolehan bukan Melayu seperti rakan-rakan Tionghua kita, mereka sudah mendapati agihan yang lebih daripada 47 peratus.

"Jadi hal ini harus ditimbang dalam kontek sebenar dan kita berjuang sebagai satu sekutu dan sebagai seorang juara," katanya.

Ditanya kenyataan Chua bahawa MCA sanggup berkongsi pandangan sama dengan DAP untuk kepentingan masyarakat Cina, Rais berkata perbuatan Chua sekali gus menonjolkan beliau tidak lagi menghormati gagasan Barisan Nasional (BN) di mana pengerusinya adalah Perdana Menteri dan membelakangkan realiti ini.

"Ekoran itu orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi perkara seperti ini. Jadi bila kita kuat, orang lain tidak boleh cuit...samalah seperti yang saya katakan apabila tiang condong, kura-kura pun nak naik.

"Orang Melayu harus bersatu dan ketepikan perkara remeh dan menyuarakan apa yang hak. Jika ini tidak dilakukan orang seperti Chua akan terus menggugat perjuangan asas," katanya. ......................................................................................................................................-- BERNAMA

Penghuni Gua : Lagi ingatan untuk Chua dan MCA serta mereka yang berhajat untuk menganggu gugat hak istimewa orang melayu dan bumiputra Sabah serta Serawak.

2. Kepada pihak berkuasa dan polis, ISA aje ubat segala perkara di Malaysia ini. Lama dah tak gunakan. Jadi mereka mula lupa dan lupa diri..............

3. ISA kan aje semua mereka ini. Dengan itu kepala mereka akan mengecil sikit !!!!!!

20 comments:

  1. nak ISA mcm mana bro, dh menteri yg jaga ISA tuh asyik bagi AMARAN aje...balik2 kalau kaum cina dia bagi AMARAN..kalau bangsa dia sendiri, confirm ISA 10 tahun...bodoh punyer menteri...

    ReplyDelete
  2. ITU YANG SAYA LETIH TU. AMARAN, AMARAN. DAH NAIK MENYAMPAH!!!

    ReplyDelete
  3. APA NIH!!!KENA KAT KAWAN SEKAPAL UMNO DLM BN, CUMA BERANI BAGI AMARAN JER!!

    MANA PERKOSA MELAYU, TAK DEMO KER? MANA PEMUDA2 KECUT TELUR UMNO TAK DEMO KER?...MANA NGO2 MELAYU YG DIKATAKAN SGT PRIHATIN TTG MELAYU, MEMBUTA KER?
    MANA2 BLOGGERS UMNGOK, TAK MAU TULIS KER? MANA UTUSAN, TAK HASUT SPY ISA KER? MANA TV3, TV2, TV1, ASTRO, BERNAMA TV TAK SEBUT2 PASAL NIH?...


    CAKAP..CAKAP..CAKAP..AMARAN..AMARAN..AMARAN...LAIN TAK DAK?....TAHI LEMBU LBH MULIA DR UMNO TAU!!!


    MANA HISYAM...MENTERI AMARAN?.....


    SEMUA HANYA ILUSI UMNO/MCA....PERSETANKAN!!!


    KITA SOKONG MEMBABI BUTA KITA DAPAT APA?...AKHIRNYA MEREKA KETAWA MEMBODOHKAN KITA........

    ReplyDelete
  4. tgok la, silap2 Pengetua yang bg ucapan kat sekolah tu, tak kena gantung keja, kena pecat...tak pun pindah sekolah. Berani menteri tu nak buat kat CSL atau mana-mana Cingkie/Paria yang bg ucapan macam tu???

    ReplyDelete
  5. Salam ..,

    PG, ini masalah xkan selesai selagi Melayu tuding Melayu. Harapkan Melayu selain dari Melayu yang mereka dakwa semata2 memperjuangkan Islam, tapi Islam yang diperkenalkan mereka tu xsampai ke mana2 pun. Pemimpin ini xlain tak bukan asyik2 demo, demo, demo... ceramah, ceramah.. mereka nak tolak ISAlam.

    ReplyDelete
  6. DARI ZAMAN PAK LAH@SAMDOL HINGGA KE HARI NI MENTERI AHSYIK AMARAN AMARAN AMARAN.. SIAPA NAK TAKUT PAK YUP OOOI

    ReplyDelete
  7. WAHAI MENTERI PROPAGANDA...SAPA PEDULI AMARAN ANDA? CUBA TOLEH SIKIT KE BELAKANG...TUH.. SISA-SISA JAMBATAN YANG DATUK BAKAR DULU SEMASA TINGGALKAN UMNO MASUK SEMANGAT 46 DAN KATA TAK AKAN MASUK BALIK KE GUA UM-NGOK, MASIH BELUM REPUT PUN.. MASIH BERCERACAK, MASIH BOLEH ORANG TENGOK, MASIH ORANG INGAT... BERI AMARANLAH KAT DIRI TU DULU DAN GENG2 DATUK DLM MN-NGOK BAHAWA: MAJORITI MELAYU, TERUTAMANYA PARA PEGUNDI MUDA, DAH TAKDA SELERA DGN UM-NGOK..!

    ReplyDelete
  8. Cara nak bagi amaran bukannya susah.
    Mula bagi first warning...
    lepas tu bagi second warning...
    setelah second warning, bagilah third warning..
    kalau berterusan juga, kena bagi first warninglah semula.
    keh,kehkeh.. aku pun boleh jadi menteri

    ReplyDelete
  9. bro anon 21:26,

    yalah..first warning, second warning, third warning. lefas itu ante fusin leh balik first warning, secosnd warning... fusin lagi, and fusin lagi, and lagi. lama-lama ante fuun fenning... jadilah ente menteri kefala menonin...kah kah kah

    fenin, fenin jadi rakyat mesia mcm nih..

    ReplyDelete
  10. tulah...dah talak 3, mana boleh rujuk balik. kan dah kena duduk sebelah-menyebelah dgn isha amaran tuh.. kena jangkitan virus isha lah nih..tak lama lagi mewabaklah ke seluruh rumah. anti-biotik dah habis plak tuh..TDM dah bawak semuanya...ada rasa2 nak minta juga kat TDM, tapi dah termalu...
    kih kih kih...

    ReplyDelete
  11. Sekarang ini, kalau Cina cakap apa pun tidak ada satu tindakan tegas yang diambil. Panas, panas, panas kemudian sejuk dan lenyap entah kemana. Menteri pula lembik, tak habis habis dengan amaran. PM pula serba salah, salah perhitungan berkubur Pru ke 13.
    Apa nak buat dah nasib Melayu. Bila tidak sepakat dan lemah, ini lah akibatnya. Bangsa asing semakin hari bertambah kuat dan bila dah kuat sudah tentulah berani mengeluarkan tuntutan yang tidak sepatutnya.Mereka tahu dalam keadaan karang Melayu tidak boleh berbuat apa-apa.....

    ReplyDelete
  12. Kata YB Dr Rais Yatim,
    "Kita maklum hal ini bukanlah perkara yang diamalkan begitu saja, tetapi ini sudah diterima oleh semua yang menjadi pihak kepada kontrak sosial pada tahun 1956, 1957 semasa Suruhanjaya Reid ditubuhkan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dimaktubkan," katanya.

    Kenapa orang Melayu dan pribumi diberikan keistimewaan tidak pula diberikan penjelasan.

    Persekutuan Malaysia terdiri dari gabungan Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu samada Bersekutu atau tidak Bersekutu. Negeri-Negeri ini adalah wilayah yang berdaulat dan tidak dijajah kerana British sekadar mentadbir namun kedaulatan tetap kekal pada YangdiPertuan Negeri-Negeri. Pendekata, orang-orang Melayu sememangnya adalah rakyat Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu berbanding bangsa -bangsa lain yang walaupun berada di Persekutuan Negeri-Negeri Tanah Melayu, mereka-mereka bukanlah rakyat diPersekutuan Tanah Melayu. Ketika itu, isu orang-orang Melayu tiada keistimewaan tidak timbul sama sekali dan bangsda-bangsa asing ketika itu sememangnya sedar siapa mereka. Perlembagaan Persekutuan Malaysia sekadar mengendoskan sahaja kontrak sosial itu supaya dulu kini dan selama-lamanya seperti kata hang Tuah, "tidak Melayu hilang didunia dan Persekutuan Malaysia asalnya ialah Negeri-Negeri Tanah Melayu tempat tingal orang-orang Melayu dibawah Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu. Apakah sudah lupa apa itu KTM?

    ReplyDelete
  13. Anon 06:51,

    ltu semua retorik kertas. Utk Dato' Rais dapat PhDnya, itulah benda yg dia bedah & korek2. Tapi dlm realiti politiknya, hampehh pun tarak; dia sndiri tak dapat kotakan apa yg telah dia belajar; tak dapat jaga, perjuang & pertahankan hak2 Melayu sesuai dgn semangat Hang Tuah 'tidak mati hilang di dunia'. Di kalangan dia & rakan2, yg nampak jelas skarang ialah hilangnya integriti dan keyakinan diri, sedangkan itu asas2 bagi kepimpinan yg berkesan.

    Sekarang ini perang strategi politik utk parti menzahirkan keuntungan yg dapat dirasai kaum yg diwakilinya, bukan lawan siapa kakak tua yg lebih hebat utk mengulang2 ayat perlembagaan. Perlembagaan itu kertas, benda mati. Yg mnghidupknnya bukan sekadar yakin & taksub kpd ayat2 perlembagaan itu saja, dan kefasihan mengulang2 baris ayat2nya, tetapi tindakan2 tegas yg terarah, yg didasari oleh rasa pertanggungjawapan, rasa berkewajipan [yg bagi Rais & semua yg Muslim itu kerana amar ma'ruf nahi munkar, kerana ltulah jati diri mereka sebagai pemimpin Muslim], bergerak sebagai perisai yg melindungi Melayu & hak2nya. ltulah jatidiri Melayu-Muslim yg diamanahkan di bahu2 mereka. Tapi, ini yg sekarang tidak dirasai oleh Melayu drp dia, & drp para pemimpin Melayu sekarang.

    Apakah Chua SL melihat berapa banyak harta, bintang kebesaran, kroni, kuatnya sokongan oleh kelompok2 yg ada para pemimpin Melayu skarang? Dia tidak hairan itu semua. Yg mereka geruni & hormati hanya kalau ada nilai2 yg melekat pada tokoh2 spt Tun Dr Mahathir, Allyrhm Tun Dr lsmail, Dato' Harun, Alhyhm Tan Sri Ghazali, Allhyhm Dato' Harun [sbg contoh, tanpa lepas drp apa juga kelemahan mreka]. Orang Melayu sebenarnya sekarang ini sedang sangat2 merindui orang2 spt ini dlm kalangan mereka, utk memimpin mreka. Fikir2kanlah apa yg ada pada mereka yang sedang berdiri di situ sekarang...

    ReplyDelete
  14. HAII NK WAT CMNE LG BROO. KETUA PEMUDA PUN PALE DH WENGGG!. MAKIN CONDONG2..MAKIN LENTUK KAT ATAS RIBA PEMBANGKANG ADOIYAIIII

    ReplyDelete
  15. Jeffry,

    Dan dia, Khairi ini, telah diangkat & masih jadi ketua pemuda, pemuda Umno? Yg ertinya mengepalai sejumlah besar [kalau benar] anggota gerakan politik pemuda Melayu-lslam...? Dan Umno itu adalah gerakan politik, antara gerakan yg mengaku mahu menentuan hidup mati Melayu! Jadi, apa wajah, semangat dan matlamat politik Melayu- lslam yg mahu ditumbuhkan ke dalam minda & jiwa pemuda-pemudi Melayu, kalau masih wujud, dan mahu diwariskan kepimpinan jenis ini?

    TS Muhyiddin sekajap dulu mengemukakan idea utk mentransformasi kepimpinan dlm Umno. Satu hal yg dia tak sebut [atau bimbang nak sebut], iaitu apakah pengisian yg paling tepat utk mentransformasi gerakan kepimpinan umat lslam? Apa dia? Utk parti yg dianggotai umat lslam - kembalilah kpd yg paling asas - lslam. Suburkan politik yg bersumberkan tsaqafah [pemikiran2, ilmu & nilai2 lslam ] & ideologi. Yg tulen. Bukan spt pemikiran & jalan politik yg satu lagi parti umat itu sedang dukung. ltu parti lslam caca-marba. Kalau mahu benar2 lslami, asaskan & lekatkan pemikiran & jalan politik Umno dgn matlamat hidup yg dituntut oleh agama orang2 Umno - lslam, iaitu halal-haram, amar ma'ruf nahi munkar, ibadah & maksiat, dosa & pahala, syurga & neraka, perintah2 Allah & larangan2 Allah. ltu landasannya, bukan alasannya. Tapi inilah istilah2 yg Umno sangat fobia & sentiasa menghindarinya dlm gerakan politiknya. Menafikan ini semua, bererti
    Umno menafikan benda2 'haq', bererti menafikan pertolongan Allah. Baca dan imani Surah al-Hajj, ayat 8 hingga 10.

    ReplyDelete
  16. Salam tuan PG & Sema2...,

    AMARAN RAIS KEPADA PORNSTAR DAN RAKAN-RAKAN !!!!

    Populasi majmuk rakyat Malaysia yang menikmati keunikan masing-masing merupakan asam garam @ lebih mesra dinamakan budaya etnik warisan purbakala nenek moyang. Dikategori kecilkan setiap warisan budaya sesutau kumpulan etnik itu masih terpelihara oleh setiap populasi majmuk walaupun dalam jumlah yang sudah mengecil.

    Tambahan pula, populasi yang mengamalkan warisan ini agak terbatas disebabkan arus pembangunan perdana negara, hingga pemimpin yang di pilih terlepas pandang mengenai iklim ini. Ada juga pemimpin dipilih tidak mendapat apa-apa faedah, ada pemimpin yang tidak dipilih tetapi dilantik mendapat faedah dari arus perdana ini.

    Dari fenomena ini beberapa ketagori telah melalui proses secara langsung atau sebalik. Pemimpin yang mendapat tempat dan habuan melalui tranformasi ini, egonya agak tinggi berbanding mereka yang dipilih tetapi tidak mendapat sebarang habuan. Pemimpin sedemikian, telah merasakan kumpulan dan budaya etnik ini yang tidak dipedulikan lagi. Perasaan meruak-ruak dan meluap-luap mulai berlegar-legar dalam kotak pemikiran dan menunggu masa untuk diledakan. Pertembungan ini perlu diatasi.

    Jika sebilangan generasi hari ini mengenal hanya satu etnik eg. Melayu adalah Melayu, Cina adalah Cina, India adalah India, Orang Asli hanyalah Orang Asli. Bukan sahaja begitu pengertiannya, tetapi dalam konteks lain populasi etnik ini mengikut kelompok lebih kecil; eg. Melayu, dengan Jawanya, Boweyan, Wan, Syed, Tengku, Nik, Kulup dan sebagainya. Begitu juga China, India, Orang Asli, spt Hakka, Cantones, Hailam, Hainan, Mandarin; Brahmins, Shudras, Jakun, Semelai, Batek etc, itu belum dikira hitung di Sabah dan Sarawak...!!! Melalui budaya dan etnik ini... boleh...!!!. Jangan memandang remeh...

    Pemimpin yang memegang amanah ini, tak perlu datang dengan hamparan permaidani, lebih syahdu hadir dengan budaya etnik disitu. Ringkas kata populasi berbentuk etnik ini bukan objek “tekan” tetapi ia memerlukan “sentuhan” untuk sama-sama bertauk di alam maya ini. Bukan bererti Perkara 153 dicabuli.

    Pang5 Beliung ingin sekadar berkongsi nilai.

    ReplyDelete
  17. BREAKING NEWS...

    SEORG PENGETUA SMK TUNKU ABD RAHMAN PUTRA, KULAI JOHOR KATA :
    ..." bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu..."

    APA KOMEN ENGKO WAHAI UMNO2 SEMUA....?
    MAMPOSLAH KO KALI NI...

    ReplyDelete
  18. betul ke? anon 1318
    kalau betul buang kerja aje atau tindakan tegas yang lain.
    tak ada masalah. sumbat aje cikgu bodoh tu ke penjara kalau betul

    ReplyDelete
  19. Mengenai laporan 1318 di atas...

    PG...!

    sila rujuk laporan malaysia kini...tak de dlm utusan atau RTM, BH, dll

    ReplyDelete
  20. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taksubsainspuncasejarahdipinggir/Article/index_html

    Taksub sains punca sejarah dipinggir
    Oleh Zanariah Abd Mutalib

    2010/08/25

    Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    1Malaysia bukan minta Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

    Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukan-bukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

    dipetik dari blog rajamenangis; http://rajamenangis.blogspot.com/2010/08/pentingnya-memahami-sejarah.html

    ReplyDelete

PETA PELAYAR