FOLLOWERS

Friday 13 August 2010

MAHASISWA BERPOLITIK : PESANAN MAHASISWA UNTUK DATO SAIFUDDIN !!!!





SEJAK pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 1970-an, penglibatan mahasiswa dalam parti politik hangat dibicarakan baik dalam kalangan mahasiswa ataupun para akademia. Pada 4 Ogos lalu, kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam Soal Jawab TV3 yang bersetuju mahasiswa dibenarkan berpolitik merupakan satu idea yang cukup berani.

Mahasiswa diberi kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya bahawa mereka mampu dan dapat berfikir secara matang serta mampu membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Bagi mahasiswa, sudah tentu kami berasa amat gembira dengan kepercayaan dan keyakinan itu. Memang benar mengambil perkembangan politik semasa merupakan satu proses yang akan membentuk dan melahirkan mahasiswa yang berpandangan jauh serta berfikiran matang.
Namun, kami berpendapat bahawa melibatkan diri dalam parti politik secara langsung dan berdaftar sebagai ahli parti bukan satu-satunya cara untuk mengikuti perkembangan politik semasa.

Persoalannya, adakah kebebasan untuk menyertai parti politik jauh lebih penting berbanding dengan proses untuk melahirkan graduan yang boleh berfikir secara kritikal, berdaya saing, berpengetahuan luas, berketrampilan serta mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing?

Persoalan ini mesti dijawab dan dijustifikasi sebelum kerajaan membuka ruang kepada mahasiswa menyertai parti politik.

AUKU khususnya Seksyen 15 tidak membenarkan mahasiswa menyertai parti politik. Kami tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa peruntukan undang-undang ini membantutkan perkembangan mahasiswa.

Sepatutnya kita mengupas isu ini daripada perspektif yang lebih menyeluruh. Menyertai parti politik bukan satu-satunya langkah untuk melahirkan mahasiswa minda kelas pertama. Banyak perkara lain yang jauh lebih penting perlu diberi perhatian. Dari sudut pandangan para aktivis, sudah tentu sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin.

Sewajarnya, mahasiswa yang bakal membarisi pimpinan negara masa depan memberi keutamaan kepada pengajian serta meningkatkan soft-skill masing-masing sewaktu berada di universiti.

Tiga atau empat tahun adalah tempoh yang amat singkat, dan menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan secara berfaedah. Sekali lagi kami tegaskan, kami tidak menolak kebebasan mahasiswa untuk berparti politik. Namun, kami berpandangan bahawa sepanjang berada di universiti, tempoh itu wajar digunakan untuk menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing dan meningkatkan soft-skill melalui penglibatan dalam program yang bersifat ilmiah, kebudayaan, kepimpinan, riadah dan lain-lain lagi.
Kami tidak menolak bahawa mahasiswa boleh bergiat dalam parti politik, tetapi kami merasakan bahawa belum sampai masanya untuk membuka ruang kepada mahasiswa menyertai parti politik. Pandangan ini bukan tidak berasas. Berbagai-bagai aspek perlu diberi perhatian. Menurut Tan Sri Ibrahim Abu Shah, kita patut melihat sama ada perkara ini membuahkan kesan positif yang lebih banyak ataupun kesan yang sebaliknya.

Justeru, kita perlu bijak membezakan apakah sebenarnya yang lebih utama buat pembangunan negara sama ada kebebasan mahasiswa berpolitik atau pembentukan mahasiswa minda kelas pertama?

Suasana politik di negara kita tidak memerlukan pimpinan yang terlalu taksub dengan ideologi politik tersendiri bagi memperjuangkan pembangunan rakyat dan negara. Kami berpendapat bahawa suara mahasiswa masih mempunyai ruang dan diberi perhatian oleh pelbagai lapisan masyarakat sekiranya mahasiswa itu bebas berfikir, membuat keputusan dan mengkritik tanpa dipengaruhi oleh ideologi politik kepartian.

Selama ini, kami tidak teragak-agak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kepada mana-mana pihak kerajaan kerana kami bebas daripada kongkongan mana-mana parti politik. Atas dasar inilah yang memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa mahasiswa mampu berfikir secara matang dan rasional dalam membuat keputusan sekali gus mampu memacu negara merealisasikan Wawasan 2020.

Dalam hal ini, mahasiswa yang tidak menyertai parti politik sebenarnya memainkan peranan besar untuk pembangunan negara. Realitinya, kami tidak mampu menyediakan infrastruktur kepada masyarakat, namun kami mampu menyumbang dari segi modal insan serta pemikiran yang terbuka untuk membantu kerajaan membangunkan negara.
Saya berharap pihak kerajaan mengekalkan status-quo dan tidak terburu-buru membuat keputusan untuk membawa suatu perubahan yang bakal mendatangkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat dan negara.


Tey Jun Ren
Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang Asia, Bangi, Selangor.

Penghuni Gua : Kirim salam untuk Dato Saifuddin Tim Menteri Pengajian Tinggai. Jangan nak memandai-mandai. Kerana mahasiswa yang kemaruk politiklah maka Malaysia kacau bilau semasa DSAI menuntut dulu. Kacau bilau sehingga sekarang. Mungkin si saifuddin ini menyuarakan hal ini bagi pihak bekas sifunya DSAI itu kot!!!

2. Pandangan mahasiswa di atas adalah terbaik dan jauh lebih matang dari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tersebut.

3. Untuk Saifuddin , hanya dengan menyertai politik sahajakah, mahasiswa jadi matang? PG lihat tak matang pun mereka yang menyertai politik semasa di kampus. Lihat ajelah contoh ringkas si pembakar bilik kuliah tu. Sedang dibicarakan pun. Perangai pun jauh lebih burok dari perangai budak sekolah menengah.

4. Cukuplah Saifuddin, cukuplah nak gunakan isu mahasiswa ini untuk faedah diri. kami pun bukan bodoh sangat untuk melihat sepak teranjang politik anda .!!! dah lama kenal. Terlalu kenal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nota : Cara berpakaian Saifuddin ni pun dah berubah. Dulu 24 jam asyik serupa aje dengan DSAI. DSAI pakai capal dia pun pakai capal. DSAI pakai baju stail ...... dia pun ikut. Kalau DSAI jalan tangan di belakang, pun dia akan ikut. ........................... Cakp sikit , sana sheikh , sini pak sheikh, ente, ana. Sekarang dah berubah, tak lepas dengan suit. Stail cakapnya pun dah berubah. Tak serupa dengan Pak sheikh. Cuma suaranya dan ideanya sahaja masih sama dan di Platform Pak Sheikh / DSAI. Ada apa-apa ke Din?

PG Menyampah mereka yang hipokrit dan talam dua muka serta seperti sesumpah. Asyik berlindung diri disebalik warna dengan berbagai pakaian.!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nota : Tahniah kepada Tey Jun Ren Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang Asia, Bangi, Selangor. Otak dan fikiran anda seribu kali ganda jauh lebih bijak dari seorang pemimpin atau menteri. Tahniah. Semuga anda terus berjaya dan menjadi pemimpin berkelibar di masa akan datang.

17 comments:

  1. aku bekas mahasiswa dan politiking di universiti telah menyebabkan ramai anak melayu jadi student general degree atau 3rd class...

    kenapa isu ni tak nak dibangkitkan ...bukankah ini jihad yang lebih aula dari berpolitik...

    susahlah anak melayu sekarang...dah lah 1st class sudah nak ada...lepas tu dok sibuk nak jadi champion...bila habis belajar semua senyap entah kemana...sebabnya tak dapat kerja result macam darjah 2...

    ReplyDelete
  2. betul anon1436
    mereka / mahasiswa tyang nak sangat berpolitik ini cakap aje lebih . belajar tak setara mana. cakap mengalah yang ada phd. keputusan kemetot. bodoh tak boleh di ajar. tak dapat kerja, salahkan kerajaan. masa belajar asyik ke hulu ke hilir ikut ceramah politik pembangkang dan tampal poster. itu le kerjanya. lain padatu, bakar dewan kuliah. lepas tu tak mengaku.

    dahi hitam mengalah tok sami di kuil di india. juga mengalah imam mekah. tetapi erangai dan otak: masyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Saya bekas pimpinan mahasiswa subuah universiti di lembah klang, saya berpandangan bahawa cara untuk menjadi pemimpin bukan hanya dengan cara laluan politik. kita ada persatuan di universiti, kita ada NGO yang sah. itu sebebarnya platform terbaik untuk mengasah bakat memimpin. minta dato timb menteri pengajian tinggi untuk mengecilkan skop. pemimpin vs ahli politik, mana yang kita mahukan?

    ReplyDelete
  4. Salam tuan PG & Sema2...,

    MAHASISWA BERPOLITIK : PESANAN MAHASISWA UNTUK DATO SAIFUDDIN !!!!

    Atah daie ite tuh kuat sangat tonyoh semasa solat kot. ..., He he he ....

    Bersama PG yang lain, maaf... Ada yang pernah ditemui, semasa menunaikan solat samada waktu dsbnya. P5B nak tahu dari yang hebat2 dalam bersama PG lain ni..., mengikut teori sains seseorang bercakap mengambil masa satu minit percikan air liurnya sebanyak 320 percikan (maaf kalu silap). Tapi bagaimana kalau sesorang menunaikan solat dengan hanya berseluar yang dipakai sehari suntuk dan kemungkinan telah membuang air besar dan kecil berlaku.

    Pang5 Beliung bimbang tak ....

    ReplyDelete
  5. baik sembahyang dariopada tak sembahyang. seluar kena tahi dosanya kecil berbanding tak sembahyang. main-kalau-kalau itu syak. kalu seluar mungkin, sana mungkin sini. itu syak . syak itu syaitan. utamakan sembahyang. islam tu mudah dan amat senang. manusia aje yang nak lebih-lebih dan menyusahkannya. itu yang orang jauh dari islam tu. mereka takut.

    pang4

    ReplyDelete
  6. pang5.

    ia perkara remeh. jangan menyusahkan. banyak lagi perkara wajib. islam tak pertikai pun. mungkin-mungkin itu syak. islam bukan mungkin dan was-was

    pang7

    ReplyDelete
  7. Salam tuan PG & Sema2…,

    MAHASISWA BERPOLITIK : PESANAN MAHASISWA UNTUK DATO SAIFUDDIN !!!!

    Khas utk anon 131702 n 131704 – maafkan P5B tak belajar agama tinggi2, sibuk politik jah. Tk atas tunjuk ajar tuh, teruskan…

    Pang5 Beliung dok tunggu muncul lagi pang...

    ReplyDelete
  8. Aku memang setuju sangat mahasiswa/si tak berpolitik. Umur 17/18 tu memang mudah dipesongkan oleh orang2 yang mengambil kesempatan. Lagipun mahasiswa/si patutnya gunakan masa 3/4 tahun untuk menguasai ilmu di U.

    Pada mahasiswa/si yang sibuk nak berpolitik tu... tolonglah kesian kat diri anda dulu...

    ReplyDelete
  9. Pang5 Pangsai... tu la cara pemikiran nko mmg typical UMNgOk, memberatkan yg kecil, meringankanyg berat!

    Mana pilihan nko antara keTUANan dgn keTUHANan
    Nko ni sama spesies dgn PG Kuda ni!

    Pang8

    ReplyDelete
  10. pang8,

    kau tu salah faham. pang5 tu tanya. salah ke. dah dia tak tahu , kita lah bagitahu. bukan cercanya.

    apalah

    pang10

    ReplyDelete
  11. Universiti bukan medan berpolitik tetapi medan akademik bagi mahasiswa mempelajari program yang ditawarkan. Bukan tidak boleh berpolitik tetapi biarlah dimedan yang betul iaitu dengan menjadi ahli mana-mana parti politik dibawah Akta Pertubuhan, Universiti awam amanya ditubuhkan dibawah AUKU dengan membawa agenda negara bukan agenda komunis, sosialis dan sebagainya. Jika berpolitk tidak dibendung di IPTA,pelaburan kerajaan terhadap mahasiswa agar mendalami kursus program tidakakan tercapai sebaik mungkin. Mahasiswa yang belajar dengan subsidi dan pinjaman (pendekata percuma)haruslah fokus dalam pelajaran. Berpolitik dimedan akademik bukan sahaja tidak tepat bahkan memecahbelahkan mahasiswa dan bercakaran yang tidak berkesudahan antara satu dengan lain. Apakah ini agenda negara? Apakah universiti milik orang politik dan parti politik ataupun IPTA milik Persekutuan Malaysia?

    ReplyDelete
  12. SALAM KEDARAH TAIK SEROPA SALAM 1 MALAYSIA.


    BEWAK2 PEJUANG MELAYU SUMA .....POSA2 NI LEBIH HANG ZIKIAQ KA. BACA QURAN KA. DOK MELALTU TAK TENTU PASAI , KURUIH PAHLA POSA TU

    ReplyDelete
  13. Sebok sgt pasal politik...ini boleh, itu tak boleh...apa benda lah...

    samada umno bagi atau tidak..aku yakin sebahagian besar mahasiswa TIDAK AKAN UNDI UMNO/BN DALAM PRU 13...bak kata Ibrahim Shah mantan TNC UiTM dlm Bual Bicara TV 3 baru2 ni bhw, "...bhw jika dibenarkan mereka berpolitik, nescaya umno/bn akan kalah, kalau tak dibenarkan pun dipercayai undi mereka akan ke pembangkang...".....


    ...............mahasiswa dk matang lagi?...abih org2 tua warga emas tu pun tentu dah tak dapt fikir dgn sempurna, kecuali tengok tv, utusan, tv 3...maka tak leh lah mrk mngundi...hanya org2 yg matang2 dan waras saja berhak mengundi....


    boleh ata tidak...kami warga 1 malaysia akan tetap mengundi....bukan UMNO/BN tapi PAKATAN RAKYAT.......

    (JEMU DAH DGN UMNO/BN NI!!)

    BRAVOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO PR!!

    ReplyDelete
  14. Salam tuan PG & Sema2…,

    MAHASISWA BERPOLITIK : PESANAN MAHASISWA UNTUK DATO SAIFUDDIN !!!!

    Dia datang dgn terjelir-jelir lidahnya, dia datang dengan lidah-lidahnya, dia datang...!!!. Kalu doh spesis bewok kapok tuh, memenag x lupa nak jelir2 lebih bersama dgn pang2 hok tok bapo reti. Ore cito mugo laie dio oyat mugo laie. Kalu doh sengoti kena najis gapo io hok susohnyo, kan Isle tu terlalu agung wat aponyo dipolet2taik @ dipermudah mace make kacae. Kalu zamn perbokalo @ batu tuh x polah, sekare ning terlau banyok kemudahe. Gunolah kaie hok beli mahal2 di di kedai Cik Siti jale halo ko PCB tuh. Baru come sengoti solat tuh. Tk pang10 kerano nok jadi woghis P5B.

    Pang5 Beliung pohon ampun maaf ke atas tuan PG kerana banyak gunakan ruang dalam gua ni.

    ReplyDelete
  15. Aku ada sikit profil tentang Lord Reid Pukimak ni, dia ni asal dari permatang Pauh tempat ejen CIA main bontot, dia ni dah dilarang dilaman pembangkang sebab banyak guna perkataan lucah. Sekarang dia cuba nak provok laman penyokong kerajaan, dia juga guru disekolah kebangsaan dekat Permatang Pauh mengajar murid Tahun dua sebab dia lulusan sijil Perguruan saja, Bini dia tengah kursus buat KPLI di UPSI, aku pernah maki dia sampai pagi di laman pembangkang pinkturtle. Oleh itu dia ni diibaratka dajal jugalah,

    ReplyDelete
  16. Anon 14Ogos2010 3:02...

    nko ni mhasiswa ke??? Suruh mana2 budak sekolah baca kenyataan nko... dan semak dgn motto nko kat bawah dia! Aku paste balik...

    "... KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

    Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


    SEKIAN,

    UMNO Didahulukan...
    BN Diutamakan... "

    Nampak bebeno BNgap & BNgang juak2 UMNgOk ni, Org gila TigaSuku pun terguling baca kenyataan "tak terikat dgn mana2 parti korang tu!" UMNO didahulukan... BN diutamakan tu tak berpati ke Ngap oi.... Ngang oi....! Memang nko ni BNgai & BeNgong betui.... nak buat mcm mana dah memang typical UMNgOk macam tu!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR