FOLLOWERS

Monday 16 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES JUAL BELI RUMAH / TEMPOH / HAD MASA PERJANJIAN


[1996] 1 MLJ 387
Jeow Fong Mei v Chong Mee Yoke
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
W–02–116OF 1995

Judges ABDUL MALEK JCA
NH CHAN JCA
ABU MANSOR JCA

Date 11 DECEMBER 1995
Citation [1996] 1 MLJ 387


Catchwords:

Contract — Sale and purchase of land — Balance of purchase price — Purchaser had three months from 14 July 1993 to make payment — A further extension of two months was given — After which sale and purchase agreement would be of no effect — Computation of time — Meaning of ‘calendar month’ — Whether final date for payment of balance of purchase price was 12 or 13 December 1993 — Whether vendor could terminate agreement on 13 December 1993

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu (‘pembeli’) dalam kes ini telah mengikat suatu perjanjian jual beli (‘perjanjian tersebut’) dengan penentang (‘penjual’) untuk membeli sebuah rumah. Perjanjian tersebut telah menyatakan bahawa bayaran baki harga belian hendaklah dijelaskan dalam tiga bulan dari tarikh pemberitahuan oleh penjual kepada pembeli, bahawa kebenaran pihak berkuasa tertentu yang diperlukan telah diperolehi (‘pemberitahuan tersebut’).

Suatu lanjutan masa selama dua bulan juga telah diberikan kepada pembeli untuk menjelaskan bayaran, dan selepas ini perjanjian tersebut tidak akan lagi mempunyai kesan undang-undang, dan pembeli akan dilucut hak sebanyak 10% daripada harga belian. Pembeli telah menerima pemberitahuan tersebut daripada penjual pada 14 Julai 1993. Seterusnya, menerusi sepucuk surat bertarikh 13 Disember 1993, penentang menamatkan perjanjian tersebut atas alasan bahawa perayu gagal membuat bayaran baki harga belian seperti yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut.

Perayu mengambil tindakan terhadap penentang, dan menghujah bahawa hari terakhir untuk membayar jatuh pada 14 Disember 1993, dan bahawa penamatan penentang adalah tidak sah. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penamatan perjanjian yang bertarikh 13 Disember 1993 itu adalah sah. Perayu membuat rayuan. Isu utama untuk diputuskan ialah, bilakah tarikh akhir untuk perayu menjelaskan baki harga beliannya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan:

Dalam kiraan masa berdasarkan bulanan kalendar, masa hendaklah dikira berdasarkan kalendar dan bukan dengan mengira bilangan hari. Sebagai contohnya, pemenjaraan selama satu bulan kalendar harus dikira dari hari pemenjaraan sehingga hari yang mempunyai nombor yang sama dengan hari itu dalam bulan yang berikutnya, kurang satu. Menggunakan pendekatan ini, tempoh tiga bulan yang pertama untuk pembayaran berakhir pada tengah malam 13 Oktober 1993. Tempoh tambahan selama dua bulan bermula pada 14 Oktober 1993, dan berakhir pada 13 Disember 1993. Maka, penamatan perjanjian tersebut oleh penentang, adalah tidak sah kerana perayu mempunyai sehingga tengah malam pada tarikh yang sama untuk membuat pembayaran (lihat ms 391E–H and 392B).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq.

2 comments:

  1. Pastikan dahulu ianya 3 bulan bukannya 90 hari. Kadangkala kita menganggap 3 bulan bersamaan dengan 90 hari dan begitu sebaliknya.

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Menantu Hantu - Edisi Khas di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  2. salam,

    macamana kalau si penjual lambat menyelesaikan sesuatu dokuman, di mana dokumen itu diperlukan si pembeli utk follow up dengan bank bagi melepaskan wang kepada si penjual.

    harap dpt di perjelaskan. saya tengah dispute dgn si penjual pasal tu la.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR