FOLLOWERS

Tuesday 3 August 2010

SAMAN EKOR : SETUJU DENGAN PAS !!!!





Wartawan Kita


KOTA BHARU, 2 Ogos: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.
Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, setelah sedemikian diputuskan oleh mahkamah, kenapakah pihak kerajaan dan JPJ masih melakukan perkara ini? Tidakkah keputusan mahkamah ini perlu dihormati dan diikuti?” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tegasnya, tindakan sebegitu adalah merupakan suatu penganiyaan ke atas rakyat Malaysia dan perlu diberhentikan segera.

“Kami juga dengan ini mendesak agar Kerajaan Malaysia dan JPJ bersegera dalam menarik balik penyenaraian hitam ini kerana isu ini sudahpun diselesaikan oleh mahkamah,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Tambahnya, tinggal lagi sama ada Kerajaan Malaysia dan JPJ mahu mematuhi perintah mahkamah tersebut atau tidak. ...................................................................................................................Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Kali ini PG setuju dengan PAS. Memang saman ekor tidak berpelembagaan. Ianya sepatutnya dihapuskan atau dipinda undang-undang dahulu sebelum iannya dilaksanakan.

2. Kes law di atas adalah jawapannya dan samada polis atau JPJ wajar mematuhinya. Kepada pihak polis dan JPJ, patuhinya dan jangan buat undang-undang ikut sedap sendiri sahaja.

26 comments:

  1. "Tegasnya, tindakan sebegitu adalah merupakan suatu penganiyaan ke atas rakyat Malaysia dan perlu diberhentikan segera."

    Komen aku :

    Memanglah kerajaan BN suka menginaya rakyat...semua paksa..tak bayar saman, senarai hitam,...apa benda lah...nak saman boleh, tahan si pemandu yg melanggar undang2 dan saman serta tandatangan pd slip saman...ini saman ekor betul2 gila punya saman...dah lah tu siap ugut lagi tu, tak bayar kena blascklist...seghopa lah dia buat undang dan dia putuskan undang tanpa bicara...

    dah lah tu nak menyaman, polis terhendap2 di belakang tiang jambatan lebuhraya dgn kameranya, lps tu shoot...tak lama lg dapat khabar gembira lah si pemilik kenderaan...khabar gembira? lancau lah!!!

    apa...kerajann dah berduit sgt ker?...

    sepatutnya polis, dan unit penguat kuasa lbh byk memberi kesedaran sivik dan pendidikan...bukan saman ekor...


    semua paksa! saman, ugut, tangkap...bukan main lagi tegasnya...tapi hukum Allah wat selamba jer!!!
    kps abang2 polis..rentikan lah inaya org!!! tak barakah rezki tu..lg banyak dpt, lg besar lobang mengalir rezeki tu keluar!!!! yg tinggal, taik saja!!!

    ReplyDelete
  2. Slogan SATU MALAYSIA gempak habis.Realitinya rakyat bawahan di bebani oleh pelbagai bentuk tekanan.Inikah yang di maksudkan cakap tak serupa bikin.Kulit cantik isi banyak busuk.PU 13.tak lama lagi bawa-bawa lah penyejuk hati rakyat yang separuh papa....Lu fikir lah sendiri,Lu ada baca over sea.

    ReplyDelete
  3. kalau saman ekor orang marah, kalau saman kena sain, orang bagi rasuah, mana 1 pilihan anda.

    patut ada peraturan baru antara bayar saman atau khidmat sosial 7 hari jadi polis trafic, berjemur kat trafic light, mana 1 pilihan anda

    ReplyDelete
  4. bukan salah kerajaan tetapi pentadbir yang diberi amanah , tetapi tak mahu fikir dengan otak. masing-masing pakai kepala lutut. itu je

    ReplyDelete
  5. pemandu ni pon satu hal jugak...
    cubala patuhi peraturan jalanraya...

    ReplyDelete
  6. kalo dah lakukan kesalahan...
    x ngaku salah...
    ditegur melenting pulak...
    kalau aciden...baru kata x kuatkuasakan undang2...x tegas..
    nanti diri sendiri..kena langar patah kaki baru seronok..
    jangan ada penguat kuasa baru nak berhemah..
    x ada...lantak...jalan macam bapak dia yg punya.

    ReplyDelete
  7. undang-undanmg. polis , JPJ dan awam pun kena patuh. dalam hal ini mahkamah telah buat keputusan dalam kes terdahulu. ikut aje lah. cari jalan nak sahkan saman ekor mengikut undang-undang. ppinda undang-undang kalau perlu. tiap orang yang lakukan kesalahan mesti di beri tahu. bukan selepas 2 minggu beritahu. salah dari perlembagaan. hak mereka yang dituduh buat salah mesti diberi tahu seberapa segera. itu undang-undangnya. jadi itu sebab saman ekor tu haram dari segi undang2. bukan marahkan polis.dan jpj. tetapi fikirkan kaedah lain. relax brother anoy 1733. itu yang PG maksudkan

    anak gajah.

    ReplyDelete
  8. Anak gajah,

    Cuba ko selidk juga, ni haramkan trailer d atas jalan2 tertentu pada masa2 tertentu, dah lulus ke undang2nya d kabinet. Nanti kena saman pulak polis2 tu... baru padan muka..

    ReplyDelete
  9. setiap hari lalu di ayer keroh,depan mini asean..ader je polis duduk tepi semak buat speed trap..maklum la jalan besar,had laju pulak 80 aje..dengan keta semakin canggih sekarang ni yg ada abs,dsc tah ape lagi tah.. tak sedar dah 90km/h.. kena saman aje lah...

    ReplyDelete
  10. Aku kena saman ekor di Ayer Hitam Kedah kerana memandu melebihi 60KPJ. Memandu kereta melebihi 60KPJ? biar betul. Aku bukan memandu (menunggang) basikal.

    ReplyDelete
  11. Maaf la saya tau saya salah tajuk ni...
    Baru saya tahu...kaki tipu dapat Tun,kaki rasuah dapat Tan Sri, kaki kelentong dapat Dato', saya cadangkan kaki rogol dan perompak di beri gelaran Dato'Sri lah........

    ReplyDelete
  12. kalau nak salahkan, salahkan JKR sebab buat jalan cantik tapi laju di rendahkan, ada lampu trafic, lampu kuning 3 saat je kurang dari sepatutnya(tak ikut standard antarabangsa).

    ReplyDelete
  13. Road tax mati 30hb lepas, bila renew kata ada 2 saman ekor. Macam sial betul. Habis duit simpanan untuk beli baju raya anak-anak aku untuk bayar saman, renew insuran dan roadtax dan jadi beribu!

    Polis sekarang mana ada buat kerja betul, jenayah meningkat bukan dia orang peduli. Yang penting saman ekor bagi pendapatan bilion-billion pada kerajaan.

    Satu lagi kerja polis trafik aku tengok kebelakangan ni iringi kereta mayat cina mati. Lepas ni kerajaan tak perlu bayar lagi gaji mereka sebab syarikat-syarikat mayat boleh bayar upah mereka. Bikin malu PDRM betul!

    Ini rupanya kerajaan yang aku sokong... ko tunggulah PRU13 nanti!

    ReplyDelete
  14. sokong 100% matrengganu 19:19....hebat weh demo!

    betul tu...si penipu negara dan rakyat dapat TUN, si perompak reta rakyat dapat Tan Sri..etc..
    Duit berbilion2 diorg tibai dan rasuah gila2, rakyat biasa2 ni ditibai dgn saman ekor, nak cover duit yg rasuah dan pecah amanah!! cuba bayangkan Ling Liong Sik punya kerja tahun 2002 tapi didakwan tahun 2010..bayangkan berapa tahun TUN ni menjahanmkan wang rakyat...iu baru satu kes...!!! berbilion2 pulak tuh!!! yg rugi sapa? kita lah...bila kerajaan byk rugi, sapa yg kena tanggung permainan rasuah dan salah guna kuasa mereka? cuba teka siapa yg tanggung rasuah mereka? jawabnya...KITA LAH...!!! sebab tu minyak naik, barang naik (BN), cukai naik, dan mcm2 naik naik...salah satunya SAMAN EKOR lah...cipan betul BN!!!

    dah lah tuh, saman ekor plak polis punya kerja plak nyorok2, dalam semak lah, bwh jambatan lah, atas pokok lah, mengendap2 mcm nak skodeng jer!!kelakar betul...kan perbuatan tu nak menginaya org!!!

    tak apalah kita satu Mesia...angguk jer lah kat BN...tak angguk kang kena belasah plak...PRU 13 nanti kita pulak belasah BN...amacam setuju tak?...

    ReplyDelete
  15. APA DAH JADI NI?...PEMIMPIN UMNO TEMBAK DAN BUNUH, DAN MEMBUNUH DIRI NI?...HANCUS UMNO!!!

    AMAT MALANG DAN SADIS SEKALI...MANUSIA HILANG PERTIMBANGAN APABILA NAFSU MENGUSAI...

    APA LAH NAK JADI DGN UMNO NIH!!!! MENAKUTKAN!!!

    ReplyDelete
  16. Kerja mengendap tangkap gambar pandu kereta melebihi had laju 60km/j Abang Polis Trafik..
    Buat sekatan jalanraya di kawasan merbahaya dan membuat pemandu terkejut beruk JPJ..
    Pandu kereta laju-laju mementingkan diri Pengguna Jalanraya..
    Cuba beritahu yang mana satu betul dan yang mana satu salah?? Rasanya TAK ADA YANG MENGAKU BERSALAH IBARAT "TAK ADA SESIAPA PUN YANG MENGAKU BERAK TENGAH JALAN".
    Pak-Pak Menteri tak payah tanyalah sebab Puak ni mana tau masalah rakyat sebab pergerakan mereka Polis Trafik yang iring..sampai tak reti buka pintu kereta sendiri pun..Protokol Katakan..Tahi!!

    Yang penting kita kena tahu dengan tugas dan tanggungjawab. So sama-samalah jaga nyawa diri dan orang lain. Tanamkan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri..lah Bro! Jangan sampai anak-anak menanti kepulangan anda sebagai MAYAT.

    Aku pandu kereta tak laju cuma 180 km/j aja. Ha!Ha!Ha!

    ReplyDelete
  17. ini bukan kerajaan yang salah. pentadbir yang tak mahu guna otak untuk berfikir.

    ReplyDelete
  18. arif omar, arif omar...

    kalau otak dah lemah, kepala lutut pun dah kematu, inilah jadinya..

    pentadbir tu kan macam anjing tuan. apa tuan kata, itulah yang dia buat.. pernah tngok tak anjing kejar tulang plastik yg tuan dia lontar, tangjkap dan bagi balik kat tuan dia..
    kalau tulang betul, habis dia baham sendiri..

    ReplyDelete
  19. Salam tuan PG & Sema2…,

    SAMAN EKOR : SETUJU DENGAN PAS !!!!

    Anon2 ngok, jaga perasaan hati nak sambut Ramadhan Al Mubarak kemudian nak menyambut hari lebaran pulak. Tenang2 kan fikiran, jangan letak otak sengket kat kepapala lutut jh. Pihak berkuasa kerajaan, polis, jpj tuh nak jaga keselamatan rakyat Malaysia bimbangkan laki ka bini ka jadi duda/janda. Sapa susah, nak janga anak dan keluarga yang ada di rumah tuh.

    Ore Kelate oyat, jange dok agah nge keto besa maha2 beli pulok tuh, jale rayo kejen wat come2 buke nok tane mayat atas jale rayo tuh. Bilo doh mayat doh selerok tok atas jale rayo…, polis, bombo, hospital keno kejo dok akat mayat pulok. Cumonyo fikir nge otak yang sihat jadilah keluago bahagio.

    Pang5 Beliung masih ingat basikal tua.

    ReplyDelete
  20. Tu lah Hishamudin sebok memanjang pasal permit akhbar Harakah, Suara keadilan, Roket...dll, PATI pun terlepas....ha..ha..ha..h.a...

    ReplyDelete
  21. Anon 4 August 2010 16:12 apalah sawan pada otak kau tu? Tajuk untuk PATI lari ada tapi kau yang lari tajuk kat sini buat apa??? Komen biar kena tempat tajuk baru best...ini pakai bantai tak tentu hala..Bahlul punya Anon 4 August 2010 16:12

    Gua suka gulau-gulau (gurau) aja Ma!!

    ReplyDelete
  22. Maaf saya ingin memberi pandangan dengan niat supaya blog saudara Arif Omar ini menjadi ruang perbincangan yg membangunkan minda, yg hasilnya diharapkan, melalui perkongsian buah fikiran dapat menambahkan lagi ilmu kita semua.

    Komentar kita sepatutnya berkisar kepada sama ada yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan isu-isu yg dibangkitkan saudara Arif Omar.

    Yg terlihat ketara sekarang nukilan kita lebih kepada memburukkan UMNO, PAS, PKR, DAP dll bahkan menfitnah keperibadian insan lain yg kita tidak tahu kebenarannya. Kalaulah kita dapat melihat dgn mata kepala balasan akibatnya kepada kita, pastinya kita menjauhi semua keburukan itu.

    Penulisan sebegini mengambil jalan mudah dan tentunya tidak mecabar minda kita. Penulisan kita harus matang dan berhemah, tidak menggunakan bahasa pasar. Biarlah diri kita menjadi cermin keperibadian Melayu. Perbezaan kita hanyalah pada isu yg dibangkitkan.

    Sebenarnya perbincangan rakyat dimana-mana jua termasuk diblog-blog seperti ini sepatutnya berkisar kepada isu-isu semasa yg mana kerajaan sebagai wakil-wakil rakyat akan membuat keputusan dan mengambil tindakan sewajarnya. Inilah yg berlaku semasa perbincangan isu judi bola tidak lama dahulu.

    Dari pengamatan saya, saudara Arif Omar kebiasaannya akan menyokong kerajaan dan menghentam pembangkang walau apa isu sekalipun. Kali ini tidak. Kali ini, saudara Arif Omar berpendirian menentang kerajaan (dan pentadbirnya) dalam isu saman ekor kerana ia melanggar perlembagaan. Saman ekor sepatutnya dihapuskan atau dipinda undang-undang dahulu sebelum ianya dilaksanakan. Tambahnya lagi, kes mahkamah yg lalu adalah jawapan kepada persoalan samada polis atau JPJ wajar mematuhinya. Kepada pihak polis dan JPJ, patuhinya dan janganlah membuat undang-undang ikut sedap sendiri sahaja

    Ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor. Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

    Tidak semuanya yg kerajaan buat itu betul atau salah, begitu juga tidak semua yg disuarakan pembangkang itu betul atau salah. Kerana itulah pemerintah memerlukan pembangkang supaya semua tindakannya setelah mengambil kira pandangan masyarakat.

    ReplyDelete
  23. Undang undang utk pelajaran bukan mengajar makan sambil mencuri

    ReplyDelete
  24. IGP 2 tahun dulu dah iklan discount 50% saman ekor tapi Hishamudin batalkan takikut peraturan konon kena tarik balik. Malu besar Tan Sri Musa terus senyap lantak kau lah Hishamuddin.Sekarang apa dah jadi?jadi menteri amaran sana amaran sini bagilah orang lain jadi menteri bior Musa jadi menteri Dalam negeri kan dah biasa usung tilam 18 tompok airmani anwar kemahkamah....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR