FOLLOWERS

Monday 2 August 2010

TAHANAN LARI : TUKAR AJE DENGAN KP LAIN !!





Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden membabitkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Ahad. Berita lanjut : KLIK. Juga KLIK

Penghuni Gua : Menteri sudah bagi kata dua kepada KSU Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Imigresen. Pada PG bagi kata satu sudah cukup. Tindakan yang perlu bukan lagi kata dua , atau kata tiga atau kata empat.

2. Hanya satu kata aje sudah memadai. Letih sudah kami di luar ini mendengar amaran demi amaran dan kata dua hingga kata ke sepuloh. Tukar aje KP Imegresen ini. Habis cerita. Lebih baiknya tukar dengan pegawai kanan polis bagi mengambil alih jawatan sebagai KP Imegresen.

3. Bukan sekali dua perkara ini terjadi. Kejadian lari dan merusoh di pusat Tahanan Menggatal Sabah juga sudah berapa kali. Mahang Kelantan pun sama dan banyak lagi kejadian lain terjadi melibatkan imigresen.

4. KP Imigresen boleh ditukar dan digantikan dengan pegawai kanan polis. Ia tak mustahil dan sebelum pada ini pun sudah banyak kali polis mengambil alih beberap pos penting dan berjaya menyelesaikan masalah di jabatan-jabatan tertentu. Contohnya semasa Tun Mahathir, KP Penjara juga di ganti sebanyak dua kali oleh pegawai kanan polis iaitu Dato Yassin dan dato Zaman Khan, Tan Sri Bakri pernah mengambil alih jawatan sebagai bos Malaysia Airport Berhad, dan banyak lagilah termasuk pusat-pusat serenti di seluroh negara yang mana pernah diambil alih oleh pegawai kanan polis. Semuanya boleh dikatakan berjaya memulihkan keadaan di tempat-tempat dan jabatan berkenaan.

5. Jadi apa salahnya kerajan menggunakan model tersebut bagi mengatasi masalah ini? Pihak polis lebih mahir dalam mengekang dan menguatkuasakan perkara-perkara seperti ini iaitu yang berkaitan dengan tahanan. Walau pun ada cacat dan kelemahan di sana sini tetapi sebagai jalan dan jawapan sementara, apa salahnya sistem dan kaedah ini digunakan semula. Selepas keadaan kembali terkawal, maka ia , KP imigresen ini mungkin boleh diambil alih semula oleh PTD.

6. Mengapa perlu tunggu. Segerakan tindakan sebelum imej kerajaan menjadi semakin buruk atas sebab kelemahan dan tiada kesungguhan mereka yang diberi amanah untuk menjaganya.

7. Apa tunggu lagi...............Tukar aje. Yang bertanggung jawab seperti Penjaga pusat tahanan Imigresen di KLIA tersebut wajib diambil tindakan keras sehingga kepada buang kerja atau dituduh di bawah seksyen 223 kanun keseksaan kerana dengan cuai melepaskan tahanan lari dari tahanan yang sah. Mengapa tidak!!!Wajib mereka ini dituduh di mahkamah agar menjadi pengajaran kepada yang lain.

8. Jangan beri mereka makan gaji buta aje................... Menyampah...........................

19 comments:

  1. Tu lah polis ni pun satu hal lah !...asyik2 nak rembat rakyat nak dengar ceramah, pasang lilin, last2 penjenayah yg nak memusnahkan negara pun boleh lolos!!! polis lbh ramai kawal org nak dengar ceramah dr nak jaga penjenayah sbenar!!!! padan muka..!!

    bukan tukar KP Imigresen jer..tukar jer umno/bn tuh!!! lagi bagus lah!!

    ReplyDelete
  2. Makan gaji buta la tu namanya.
    Elok juga sumbat jer mereka yang lalai ni dalam tahanan sementara tahanan yang bolos dapat di tangkap semula.

    ReplyDelete
  3. huiii! zalim bebenor kau matrengganu,
    habis, kalo yg bolos tu dah lepas ke negara asal mereka, kan naya polis2 tu kena tunggu sepanjang umor kat dlm tahanan... padan muka...!

    ReplyDelete
  4. Apa plak zalimnya...penjenayah sebenar lolos gitu-gitu jer!! rakyat yg nak pembelaan disembur dgn asid, kena belangkung kepala, sepak terajang usah nak cakap lah...last2 pintu terngaga, sebab asyik membelasah rakyat sendiri...apa lagi sang pencuri pun...
    cak lik but laaaaa.....

    bagus...bagus..bagus...bagus abg polis!!! lepas ni nak gaji lagi yer!!!

    ReplyDelete
  5. Kesian Anon-Anon ni...kau orang baca berita ke dengar berita? Yang lolos tu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dibawah kawalan Imigresen. Apa kena mengena dengan kau kata polis yang loloskan PATI tu? Aku pun anti polis juga tapi taklah tuduh melulu. Apalah bodoh sangat kau orang ni. Tak pasal-pasal abang-abang polis tu kau orang kutuk.
    Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.

    ReplyDelete
  6. Betul tu Anon 3 August 2010 00:11 nampaknya Anon-Anon lain tu nampak sangat tak tahu bidang tugas jabatan-jabatan dalam negara sendiri. Mereka inilah contoh rakyat Malaysia yang bodoh dan dungu. Yang mereka tahu kutuk-kutuk!!!

    ReplyDelete
  7. Patek baca cerita orang Afghan ni dapat lolos pun macam cerita Hindusstan laaa, macam cerita Tamil pun ada jugak.!!! Mustahil dapat lolos begitu ramai dari kem tahanan.! Senangkan cerita, BOOT THEM OUT.!!! Habis cerita, berlaku lagi dimasa hadapan BOOT THEM AGAIN. Hal keselamatan pun pun buat cincai ke.?? Ramai lagi yang nak kerja dengan kerajaan. Amat memalukan negara aje. Poodahhh..!!!

    ReplyDelete
  8. org yg kutuk polis tu sb dia mrah sgt pd polis.cuba fkir sb apa diorg mrah?maybe diaorg tu sume penjahat negara yg kena tangkap dgn polis&pernah duk dlm jail cm barua PATI sume yg lolos tu..bodoh penjahat!!!!!,hahaha

    ReplyDelete
  9. Anon 3 August 02:24,

    Kalau aku memang dijel sebab jahat, aku tak kisahlah, dah kaedahnya. Kata negara demokrasi. Kalau pihak dia buat, arak kepala lembu misalnya, boleh. Kalau orang lain nak luahkan keadilan, di keroyok. Lebih dahsyat, apa salah ke nak dakwahkan lslam? Kena tangkap juga. KPN tu bukan lslam ke? Nak nyatakan keadilan lslam, dirisik2, dipantau2. Padahal SB2 tu banyak orang lslam. Ceramah agama dihendap2. Dia orang tu ingat lepas ke dari dosa & pahala. Inilah akibat taat kpd 'yg berkuasa', tapi tak takut kpd Yang Maha Kuasa. Sudah2 le bkerja dgn puak2 puak2 orang yg zalim...

    ReplyDelete
  10. Tidak cukup bagi Ketua Pengarah Imigresen mengatakan bahwa dia akur jika dia ditukarkan ke tugas/jawatan lain tetapi sepatutnya dia meletakkan jawatan akibat kecuaian menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Itulah sebenarnya jalan yang terbaik bagi dirinya daripada dilucutkan sahaja jawatan itu daripadanya.

    ReplyDelete
  11. Salam PG

    Minta hebohkan, ada juga dimana pegawai-pegawai tadbir yang memendam atau menyorok fail-fail mereka-mereka yang berhutang dengan kerajaan Malaysia seoalah-olah pegawai-pegawai ini bersekongkol dengan penghutang-penghutang tersebut. Akibatnya, setelah sekian lama, hutang-hutang itu yang berjumlah berjuta-juta menjadi lapuk dan tidak boleh dituntut diMahkamah. Namun demikian, kesalahan-kesalahan kecil kakitangan dihenjut habis-habisan sedangkan wang-wang yang berjumlah sekian banyak itu tidak mengapa! Apa nak jadi!

    ReplyDelete
  12. Anon 10:08,

    Jangan haraplah hal semacam ini berlaku di Msia nih. Mati hidup balik pun, letak jawatan macam ini benda mustahil haram jadah sanggup mereka lakukan. Mereka nak makan apa? Muka2 tak tau malu smuanya tu.. Mereka ini, termasuk menteri2nya sekali, bukan orang2 yg ada integriti diri. Kat Jepun ke, Prancis ke, Korea ke, meletak jawatan atas dasar tanggungjawab perkara biasa, walaupun mereka semua tu kapir laknat. Lagi pula, imigrsen ni kan lubuk besar..

    ReplyDelete
  13. Letak jawatan?...ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha...nak letak jwtn sbg memikul tangungjawab?...ho..ho..ho.....lu ingat ini Jepun ke?...tak! ini nagara serupa Zimbabwe@Somalia lah bro...

    Ling Liong Sik dah terang2 menipu kerajaan dan rakyat, dia bersara pun dpt TUN lagi....ha..ha..ha...kelakar...

    ReplyDelete
  14. Anon 13:08,

    Betul ko! Kalau dah seluruh kabinet & satu kerajaan boleh ditipu hidup2 oleh orang dia sendiri, memanglah itu satu KERAJAAN YG SANGAT KELAKAR. Aku ingatkan setakatnya kelakar mr bean jer... Ko punya tamsil lagi terukk.. Zimbabwe..kah kah kah! Tu kerajaan puak Zulu yg masih pakai cawat..tapi pakai titel TUN.. tun kelakar, tan sri kelakar, datuk kelakar, datuk seri kelakar,.. semua kelakar lah...

    ReplyDelete
  15. Salam tuan PG & Sema2..,

    TAHANAN LARI : TUKAR AJE DENGAN KP LAIN !!

    Anonymous said...

    - Si bangang ni...

    Tu lah polis ni pun satu hal lah !...asyik2 nak rembat rakyat nak dengar ceramah, pasang lilin, last2 penjenayah yg nak memusnahkan negara pun boleh lolos!!! polis lbh ramai kawal org nak dengar ceramah dr nak jaga penjenayah sbenar!!!! padan muka..!!

    bukan tukar KP Imigresen jer..tukar jer umno/bn tuh!!! lagi bagus lah!!
    - Kalu bini ka mak, anak ko kena rogol jangan lapor polis, ko lapor pada punaisiast Al jubri eliwkangkang tu abis citer…

    Ini bukan lagi lumrah, kalau dah berturut2 kejadian memalukan negara dan kerajaan apakah polis mesti dipersalahkan. Kalu orang spt anon 2 August 2010 22:58 satu pandangan bangsat. Memang kalau dah duduk di kerusi empok tu dah tak ingat lagi dunia luar tambah pula tak nak ambil tahu pekerja2 bawahan, datang pejabat punch card lepas tu mula beramah mesra dengan g.o.l.f (gulungan orang lemah fikiran). Habis tu dah panas hangit terus tidur begitulah seterusnya hingga jadi KP. Bila berlaku kejadian sedemikian, siapa susah, kalu nak tahu serba sikit tentunya pihak polis menjadi mangsa terpaksa memikul tanggungjawab mengawal sempadan, air port, perairan udara dan darat. Silap2 pendatang tu ada HIV pulak.

    Pang5 Beliung setuju bagi peluang pegawai polis atau tentera pinjamkan jadi KP Img, bagi order spt regular.

    ReplyDelete
  16. Pang5 Beliung...

    wah marah nampak! ko kena kepala sendiri tau plak marah...dah nak wat cam ner...mesia ni seghopa Zulu dan Zimbabwe...order ikut kepala sendri jer..sebab? sebab pemimpin dia pun seghopa cam tu gak...tipu kerajaan, tipu rakyat...last2 dapat gak merasa TUN...

    dah gitu sifirnya malaya ni...kepimpinan tak penting, yg penting saku/kocek mesti nak dipenuhkan setiap masa!!!

    Anon 14:21...

    lu manyak betul lah bro...ini kanggaroo punya negara..semua masyuk perut!!!!

    ReplyDelete
  17. Amaran!!Amaran!!Amaran!!Amaran!!Amaran!!Amaran!!Amaran!!Amaran!!Amaran!!

    Teruskan dengan Amaran!!

    ReplyDelete
  18. Kalo setakat PATI lari kenapa nak tukar KP. Bagi la gelaran TUN...

    Mat Jerontot

    ReplyDelete
  19. POLISI KDN PATUT DITUKAR.....JAGA PATI DI BAWAH AKTA PERDAGANGAN ORANG ATIP 2007.... TAK SAMA NGAN JAGA PATI DI BAWAH AKTA IMIGRESEN..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR