FOLLOWERS

Wednesday 4 August 2010

TEMBAKKAN PAS YANG TAK MENGENA !!!!!!





Kongsi 16PAS hari ini membidas Umno, dan melabelkan parti itu sebagai punca kempen 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui kebuntuan.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Najib keseorangan menjuarai kempen itu dan mendakwa malah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertanggungjawab merobekkan 1Malaysia.

"Bersama kumpulan pelampau kanan Melayu, PERKASA, dengan sokongan Muhyiddin, ia menandakan terkuburnya 1Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak perlu memerlukan musuh.” Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah lawak PAS dan pemimpinnya yang mutakhir. Kesian juga dengan PAS ni. Dah tak ada isu. Yang ada hanya lawak bodoh untuk cuba melagakan pemimpin kerajaan. Mungkin mereka anggap pemimpin kerajaan Malaysia ini bodoh sangat kot.

2. Cari le isu lain. Kalau nak pasang perangkap pun, biarlah bijak sikit. Nampak selekeh sangat isunya. Kenyataan Muhyiddin pun hanya diambil sekerat-sekerat . Bukan secara menyeluruh. Tak ada salah nya dengan 1 Malaysia. Tak ada salahnya dengan kenyataan Muhyiddin dan tak ada salahnya dengan kenyataan Tun Mahathir. Pokok isunya dan kenyataan 2 pemimpin tersebut ialah pembaikan dan memberi pemahaman yang jelas kepada semua lapisan rakyat apa itu 1 Malaysia. Itu aje

3. Sudah lah PAS. Jerat tersebut sebenarnya telah memakan diri anda. Ada baiknya PAS yang pakar dalam segala bidang ini, selesaikan hal rakan DAPnya di Selangor yang tak habis-habis dengan penipuan dan rasuah tetapi cuba menutupnya dengan berbagai kaedah.

4. Ada baiknya PAS cadangkan kepada SELCAT yang dikatakan amat telus itu untuk menyiasat dan bersidang bagi membicarakan isu penyalahgunaan kepala surat exco tersebut. Cuba SELCAT siasat, salah guna kepala surat ke atau memang diarahkan untuk disalahgunakan oleh exco gangster tersebut?

5. Jangan berdiam diri dalam perkara mungkar wahai PAS. Walaupun terkena pada rakan sendiri, wajib kita semua membenterasnya. Jangan cakap islam pada kami aje tetapi hati dan badan sendiri penuh dengan tahi......................Tahi DAP lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

8 comments:

  1. Memang pun Najib secara solo jer memperjuangkan Satu Malaya dia, sampai nak pecah dan tercabut anak tekak dia berucap pasal 1 Malaya dia...TPM buat dek jer!!, ye lah 1 Malaya Najib punya idea, nanti TPM naik jd PM slogan lain plak...buat apa nak menyebok org punya slogan..macam Pak Lah dgn Islam Hadharinya (tak tau lah hidup ke mati Islam hadhari Pak Lah), najib wat do no jer!!! lantak lah bukan aku punya...

    yg harunya...najib jer lebih2..pemimpin BN lain pun nak cakap pasal 1 Malaya pun SEGAN!!!!


    Memang 1 Malaya Barang Naik punya!!!

    Kawe pun naik pening dok mikir apa kah itu 1 Malaya...Malaya pun memang dah SATU jer dlm dunia ni!!! Semua org tahu apa itu Malaya...

    ReplyDelete
  2. kita sahaja yang tak faham 1 malaysia kerana kurang diberi faham atau sengaja tak faham atau diputar belit agar jangan faham. itu yang banyaknya

    ReplyDelete
  3. yang tak paham sebab sombong tak mau ajar diri cuba paham. bongkak dengan ilmu yang tak seberapa pastu tuduh orang lain salah la, tak berjaya la. sekurang2nya ada gak benda nak di buat tak la cam pas asyik isu sama je dok ulang-ulang. ceramah2, tazkirah2 kalau ajak orang buat baik tak pe ni tabur fitnah. memang memualkan.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan PG & Sema2...,

    TEMBAKKAN PAS YANG TAK MENGENA !!!!!!

    Samalah tu...!!!. Pemimpin bewok kapok tu, mereka tak faham pun 1Malaysia, konon... Mereka hanya faham Khalifah Abd. Aziz pemimpin pulau sejemput tuh. Itu ajalah mereka akan faham sebagai landasan untuk tolak Islam. Dah pun mereka tau, terang-terangan tolak Islam, masih sokong lagi pemimpin DAPigs tu. Nampak ja puteh atas kepala, tapi fikiran letak celah lutut. Konon hampas seteru politik dilabelkannya oleh pemimpin bewok kapok sendiri. Apa yang pemimpin bewok kapok faham hanyalah seperti budak2 tadika yang baru nak kenal huruf, lepas digula2 dengan ceramah fucknatik dan fuckatan, bebudak ni membesar dalam keadaan fikiran tsbt.

    Faham2 ajalah, pemimpin jenis ni bukan merosakan 1Malaysia, bahkan 1World pun, dikatakan tak faham. Mereka lebih faham membontot spt nyala lilin 1 OGOS 10 baru-baru ni. Yang kena tahan oleh pihak berkuasa ramai dari kalangan penyokong bewok kapok tu pun. Tak kelihatan pemimpin berketurunan DAPigs tu kena tahan, ciri-ciri pemujaan syaitan yang di “test” oleh pemimpin kepada pemimpin fuckatan, pemimpin bewok kapok tetap setuju juga.

    Pang5 Beliung, setia dan terus setia berada di Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  5. Wayang Politik Semuanya..

    ReplyDelete
  6. Aieeek....!! Awat Chedet pun tak paham? PG nak murka dengan Dewata MahaFiraun ke?

    ReplyDelete
  7. Dalam aspek politik, gagasan 1 Malaysia ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang bukan sahaja perlu bersama dalam
    menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat.

    Menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara.

    Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa penyatuan mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Satu Bahasa, Satu Bangsa Malaysia.

    Selain itu, aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama sesebuah bangsa. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakatnya. Justeru itu, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini.

    Memetik kata-kata Mahatma Ghandi "The future depends on what we do in the present". Gagasan 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang sebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang.

    ReplyDelete
  8. salam 1 Malaysia...

    31 Julai lalu PAS event kat hotel royal kat seremban...jika nk tau event apa yang mereka buat follow blog saya..=)

    ReplyDelete

PETA PELAYAR